SlideShow

3

Party BBQ untuk sahabat sekalian (written from my fren)

Dimulakan dengan بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ





Pada 29/4/2011 bersamaan dengan hari Jumaat.Majlis BBQ ni dimulakan selepas solat Maghrib bertempat dirumah salah seorang sahabat kami Zaid Kamal Zakaria(belakang rumah aku je).Kawan kami si Zaid ni sebenarnye nk berpindah dari Saujana Impian ni ke bandar tech.Beliau ni (Zaid) berpindah rumah je pon tapi die masih kerja kt 7-eleven saujana ni sebagai BOSS..hahaha.Plan asalnyer ingtkan nk ajak tgk wayang sama2 sebelum dia pindah tp kami fikir2 balik takut die ni penat sbb esoknyer die kerja,maklumlah jd boss tp xde assistant so xde cuti.Kesian plak die kalau penat ke ape kan jadi kami tuka la rancangan utk wat BBQ beramai2.Elok juga kami wat mcm tu seronok pon seronok sebab kalau tgk wayang bukan semua boleh pergi kan?lagipon lg senang kawan2 nk dtg beramai2 saving pon saving xde la si zaid ni dok umah asyik makan MI SEDAP(HAHAHA..).Memang best la wat aktiviti ni sbb rasa mcm gotong royong pon ade sbb masing ade part masing utk wat kerja,kalau xwat kerja pon xpe ddk makan sudah rezeki tu hehe..Start membakar pukul 8 lebih,konon nk testing ape rasa bahan2 yg dah di marinade tu la kan tp sekali bakar dah boleh mkn kaw2 hahaha..Masa da mula bakar tu berempat je sbb lagi sorang kawan kami Firdaus Omar ade hal sekejap tp rasa mcm xbest la sbb sangkaan kami nk beramai2 tp tu je yg ade tp xpelah kn,biase le tu mula2 mmg xramai org lepas tu dtg sorang2 mmg terbaik la sbb suasana jd happy gile mcm dirancang walaupun orang2 yg kami expect nk dtg xboleh dtg kn.Ape lg makan sakan la semua lagi2 si Haniff dgn Zaid hahaha..Menu dalam BBQ party tu Ayam,Ikan keli dan sosej je tp sangat2 sedaplah kan(Tolong jgn kata ape2 pasal ni xD) serta xkurang hebatnyer jugak si Faqar buat air minum mmg terbaik jgk lah(Jgn nk bangga lebih2 ok.. haha).Sepanjang majlis tu mmg terbaik la dgn suasana best dgn lagu2 nasyid dan sebagainya.maklum la dah lama xdengar lagu nasyid..hahaha..tetap sedap da akan sedap didengar sampai bila pon.Dah selesai majlis tu mmg lawak habis la dgn gelagat beliau2 ni semua(Faqar,Haniff,Aku dan Zaid).Ape2 pon majlis ni kami buat utk sahabat2 kami dan kawan2 yg lain dgn ikhlas dan hati terbuka,mana yg xdpt dtg tu BBQ part 2 nnt tolong la dtg ye dan kami akan usahakan buat yg lebih baik dan lebih seronok dari yg ni.Sungguh la,Aku rasa majlis ni mcm reunion dah mmg syok habis dan puas hati sgt2 walaupun xcukup org yg diharapkan datang.Seriously ni adelah salah satu kenangan paling manis utk aku dengan korang so lupekan lah sengketa lama,jom kita rapatkan hubungan antara satu sama lain dan akan terus kekal kan bende ni sampai ke tua insyaAllah.

Bahan-Bahan marinade yg digunakan utk BBQ majlis ni :-

Bawang putihBawang besarPaprika
Thymes(ntah mcm ne nk eja)Lada HitamLada PutihMaduSerbuk KunyitGaram secukup rasa

Special Thanks And Credit To :-

Haniff,Faqar,Zaid,Firdaus dan semua orang yg datang untuk menjayakan majlis(Mana2 yg xde nama tu jgn la sedih korang ade dlm ni kalau nk aku tulis bg tau ok?)

"Kawan ni ibarat layang-layang,kalau layang-layang tu pergi jauh aku akan gulungkan dan tarik tali tu balik supaya ia kembali dekat dan terbang dengan aman.Dimana layang2 yg terbang teramat2 tinggi tu agak susah nk ditarik dgn angin yg kuat lagi menghalang tp aku akan tetap jgk tarik pelan2 dari masa ke semasa"

Akhir kata kalau ade salah silap ke tersalah eja ke harap dimaafkan dari atas kepala hingga ke hujung kaki.Aku pun dah buntu nk tulis ape da.dah pukul 4 pagi lagi pun.Jadi aku akhiri cerita ni dgn السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
video yg sempat kami rakamkan..selamat menonton..
2

u change bcoz???

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

 

dengan ini ingin memulakan penceritaan tentang perubahan..perubahan???erm..nk kaitkan dgn alam percintaan la..tapi ntah mcm mana nk mulakan pown xtahu..haih..mcm nie la..once upon a time..intro je..

 berubah..kebanyakkan org kita berubah kerna bersebab..bukan kerna diri sendiri ingin berubah..disini aku nk kaitkan ttg cintan-cintun..kenapa la kan..kenapa mesti berubah kerana seseorang tp bukan kerana diri sendiri atau kerana Allah S.w.t..sememangnya kita tahu jika kita berubah kerana seseorang xkira la lelaki/perempuan tp adakah perubahan itu akan kekal??silap2 bila da break hah!!wt blik perangai lama..betul atau tidak apa yg aku katakan nie??bukan  semua la tp kebanyakkan..yg akan terus kekal hanya segelintir...bg aku la kan..ye mmg aku pernah mengalami situasi mcm nie..aku pernah berubah kerana org..tp itu dulu..now..i can said "SOMETIMES PEOPLE CHANGE"so apa salahnya kalau kita berfikiran matang..jgn lah fikir pada satu masa..fikirlah dlm jangka masa yg panjang..fikir terus kehadapan..kalau sekadar fikir pd waktu tu je mmg hidup  kau kucar kacir la hari2..so change it..u can do it..

 so..perlu ke berubah kerana seseorang??rata2 tempat kita pernah dgar ayat yg mcm nie "hanya u yg boleh ubah i supaya jd baik"(gelinye..haha) lagi "sy tahu awak sahaja yg boleh ubah saya" erk.. adakah dia tuhan yg boleh suka2 hati ubah kau??dia hanya manusia biasa..yg mencipta kau barulah Allah S.w.t..

yg boleh ubah kau plak adalah diri kau sendiri.. suka2 ati kau je ckp dye bley ubah kau..xpaham betul la..diri kau so ko ubah lah diri kau sendiri..terpulang pada hak masing2..nie nk gak bg alasan boleh ubah kau padahal ko xnk dye tggalkan ko..konon2 ayat cair la nie eh...hah..

 mcm nie la..kalau kau betul2 berniat nk berubah tanpa bantuan sesiapa dan kau betul2 nk berubah kerana Allah s.w.t dan Insyallah kau akan dapat petunjuk dari-Nya..bukan sesuka hati kau je nk jdkan itu sebagai alasan xnk ditinggalkan..org tu hanya boleh jadi pendorong atau pebimbing mungkin la... tp ingat jgn berubah kerana  seseorang berubahlah kerana Allah s.w.t.

nie contoh lagi satu..ada la mamat nie berkenalan dgn  sorang minah nie kan...minah nie  plak bertudung,tutup aurat,sopan santun..so yg mamat nie lak nk tackle la si minah nie..dye mula berubah..nk tackle punya psl tu..huh..rajin lak g sembahyang,g surau/masjid..dgar lak nasyid...haih mcm2 manusia..tp bila xdpt nk tackle hati frust..g beli beer..isap rokok berkotak2..sembahyang hilang ntah kemana plak..aduyaii..serupa xpayah berubah..sebab apa..xikhlas..berubah kerana perempuan..huhu..mcm nie la..aku nk tanya satu persoalan..apa yg korunk nmpk kt dye sehinggakan korunk jatuh hati pd dye then ckp dye boleh ubah korunk..tp ubah ke mana??benda baik atau benda buruk??bg aku la..haha..ntah la..mcm nie la..aku memilih org bukan kerna apa yg aku nmpk ada atau tidak diantara dye dgn org lain tetapi kalau hati tu da syok rasa dye layak untuk jadi bini serta boleh jadi pendorong di masa depan cukup lah..jgn samakan maksud pendorong dan "awk boleh ubah sy"

pendorong seperti mengingatkan atau membimbing atau menasihati dan yakni boleh kekal..kalau awak bley ubah sy thats mean..er..apa yg dye boleh buat??kekal ke??ikhlas ke??fikir2 kan lah sendiri..haih..

 mcm nie la..bila kita sudah jauh terpesong mmg la sukar untuk mgalami perubahan..so take a time..sikit2 demi sedikit akan ada perasaan ingin berubah..yg penting niat..insyallah dgn ketentuan-Nya akan diberi petunjuk..yg penting perubahan itu ikhlas dan kerana Allah s.w.t. tapi janganlah pulak bila da berubah tu hanya sementara..kuatkan iman supaya ianya berkekalan..kita manusia mmg selalu mudah lupa,riak,..xdinafikan lagi..so usahakan lah untuk ianya berkekalan..

okla..smpi sini aje..aku pown xtaw apa yg aku cter nie..agak melalut..harap maaf kalau ada yg xsetuju atau tidak betul..masing2 ada pandangan kan..so depend la..mana yg elok diambil dan mana yg x elok just abaikan..mata dan ngntuk da nie..erm..-wassalam-

people change.even the person you thought you knew the most change and eventhought it hurts to see them go.you have to move on for the sweetestst memories of all you have and things might never be the same

0

Kenapa Lelaki Kahwin Lambat

KAHWIN..???haih..tertarik ngn satu entry nie drpd blog lain cuma nk copy paste je la...nk baca x??ok..dipersembahkan..

Lelaki kawin lambat? Mengapa?

Bia saye berikan satu contoh
Ia merupakan satu contoh panjang. Kalau anda nak skip, boleh je, sebab saye ade kesimpulan kat ujung  artikel ni.

Katekan lah anda adalah seorang graduate, umur 23, lelaki, kerja pegawai, gaji dalam RM 2000 sebulan dan tiada simpanan di dalam bank. Setiap bulan, perbelanjaan makanan, transport  (motor/ train), bil api, air, handphone, sewa rumah dan perbelanjaan lain, katelah kamu menyimpan dalam RM800 maximum. Sebagai anak yang baik, anda kirim wang ke kampong dalam RM300. Balance duit dalam RM500, dengan disiplin yang ketat, mungkin anda boleh simpan dalam RM5000 setahun

Setahun berlalu, anda berumur 24, anda berkenalan dengan seorang gadis impian anda. Masing masing dah merancang nak berkahwin dalam masa setahun dua ni. Maka, anda perlu menyediakan basic needs untuk happy family anda. macam rumah dan kereta. Anda pun bekerja keras dan mendapat kenaikan gaji sebanyak 10%. Dibesarkan dengan family yang sungguh baik, anda menjadi seorang gentlemen. Semua expenses untuk dating, hadiah, bunga, sudah pun anda sediakan awal awal, maka 10% dah pun untuk si dia.

Seperti tahun sebelumnya, setelah bersusah payah makan meggi nak bersaving, anda berjaya mengekalkan RM5000 lagi savings. Company pulak bagi bonus 2bulan tahun tuh. Maka lagi RM4000 dah bertambah dalam savings itu dan menjadikan total saving anda RM14000. Lepas tuh, anda nak beli kereta pulak, spend RM8000 untuk brand new RM40,000 car. Net saving dah tinggal RM6000 je.

Tahun berikutnya, diumur 25 tahun, dan anda sangat bagus bekerja. Tetapi sebabkan anda kene bayar kereta tiap bulan, total savings dah tinggal RM400 sebulan. Dan mungkin lebih kurang RM 5000 jugak total savings setahun. Bonus takde, sebab company not doing so well. So, total savings dalam RM11,000 sahaja, selepas 3tahun bekerja. Jadi, anda decide untuk bertunang dengan gadis impian. Dia setuju. JadI, RM1500 dibelanjakan untuk cincin dan hantaran pertunangan. Nett saving tinggal RM 9500.

Tahun seterusnya, anda berumur 26 tahun, anda di beri kenaikan pangkat. Gaji anda sekarang RM3000.  Ini  berita baik!! “maka tahun ini saya ishtiharkan akan menamatkan zaman bujang”. Anda pun dah gersang dah tu.

Anda bertanya Tunang anda : berape hantaran kawin?
Tunang anda :  berapa-berapa yang u sanggup
anda :  RM5000 ok?
Tunang anda : I okay je. Tapi my mom tu. Dia kata grad oversea macam I ni mane boleh letak rendah-rendah. Paling kurang RM10,000 tau!
Mate terjegil', air liur 'meleleh'  * PENGSAN SERTA MERTA*

“MANE NAK DAPAT DUIT LEBIH?”
Sebabkan anda terlalu sayangkan dia, anda kerja kuat, sampai dapat award pekerja cemerlang.  wat bisnes sane sini. Supply ayam pencen bagai. Dapat la simpan tahun tu RM20,000
Sekarang umur dah 27 tahun. Duit hantaran dah cukup. Tapi, mak plak cakap ,"Anak mak nak kawin ni mesti la buat grand grand. Kita sewa khemah besar-besar, jemput penyanyi ke artis ke sorang dua datang buat persembahan. Lauk pauk kita cater aje la ya? RM10 je sekepala. Baju kawin ko, kita sewa yg cantik-cantik dan mahal-mahal sket. Kita jemput dalam 1000 orang datang ok?"


Pengiraan pantas dijalankan
"1000xRM10=RM10,000, penyanyi lagi, khemah lagi, buta-buta je RM15,000!!! Tu tak masuk cincin kahwin lagi!!"
Anda : Mak, nak buat apa membazir-bazir duit ni?"
ibu anda : Apa pulak membazirnya? Kau kawin sekali je seumur hidup. Biarlah buat betul-betul.
Anda : Tapi mak?
ibu anda : Dahlah, kau jangan nak buat malu mak. Cik Tipah jiran kita tu buat kenduri kat hotel siap dato, datin, tan sri puan sri lagi datang. Mana la mak nak letak muka kalau buat kenduri kecik kecik?

Setelah bersusah payah, akhirnya anda berkahwin jugak. Tetapi, apekan daya, jodoh kamu berdua tidak panjang. Anda berhutang keliling pinggang, interest makin tinggi. Anda dah tak mampu nak bayar. Wifey kesayangan dah letih kalau anda asik nak mintak duit. Dia tuduh anda tak bertanggungjawap, tak reti bagi nafkah, bla la bla… akhirnya? Bercerai..

Masalah yang membuahkan masalah. Kadang kadang kita pelik kenapa perkahwinan sentiasa gagal dalam Negara kita. Contoh yang saya huraikan di atas adalah salah satu contoh kasar yang boleh dilihat, kenapa orang kita kawin lambat, atau, agak susah nak kawin.

Punca masalah :
Budaya kita yang tak kene tempat.  Saya rasa, ada banyak menda dalam budaya kita yang tak masuk akal dan kadang kala meyusahkan diri sendiri. Budaya yang berakar umbi ini menyebabkan ramai orang takut nak berkahwin, dengan alas an mereka tak mampu untuk berkahwin, walaupun secara fizikal dan mentalnya mereka sebenarnya mampu.  Sedikit pemerhatian dan penyelidikan yang saya lakukan :

(1)    Perkahwinan perlu dilakukan secara bersederhana. Motif kawin kan nak menjamu sanak saudara dan rakan taulan makan? Jadi, makanan sahaja lah yang perlu di ambil kira. Tak perlu nak berabis beriya kepada menda menda yang mendatangkan hasil. Contohnya, pelamin.
Pelamin yang biase je pond ah RM1500 tau. Baru pelamin. Blum lagi, hiasan ini, hiasan itu.. haih..

(2)    “Harga” seseorang wanita bukan sepatutnya diukur dari tahap education beliau, tetapi pengetahuan agama seperti yang di sarankan oleh Islam. Sistem hantaran ini di ambil dari Indian yang datang ke Malaysia, bertahun dulu.  Kalau ditanya pun, mereka sendiri pun dah tak ramai yang praktikan menda yang tidak masuk nih. Kalau hantaran diletakkan terlalu tinggi, perkahwinan terpaksa di batalkan atau di tangguhkan. Padahal, Akad dan nikah itu lebih penting dari wang hantaran.

(3)    Perkahwinan sepatutnya adalah perkara yang paling mudah dan cepat, tetapi kini telah menjadi beban. Zaman kini, perkahwinan sangat complicated dan rata ratanya takut untuk berkahwin. Semasa saya di Sydney, saya lihat, rakan muslim kita berkahwin hanya di masjid, kemudian ada kenduri kecil yang dijalankan di masjid. Para jemputan terdiri dari jemmah masjid, kawan kawan dan saudara terdekat. Tak perlu ber-extravagance. Yang perlu di focus adalah kehidupan selepas berkahwin, bukannya MAJLIS perkahwinan. MAJLIS itu hanyalah pintu ke gerbang perkahwinan itu. Seolah olah kita menghiasi pintu rumah kita cantik bagai nak rak, tetapi di dalam rumah, kosong, gelap dan unattractive?

...dan yang si lelaki menangung bebannya...


0

honestly..do u have that???

jujur..jujur..dan jujur..kenapa benda nie  susah sgt nk ada pada diri manusia zaman sekarang nie..aku??aku xkata la aku nie seorang yg jujur sebab tu aku kata manusia zaman sekarang tapi sekurang-kurangnya aku belajar untuk menjadi jujur..manusia boleh berubah..dulu ye tapi sekarang nie alhamdullilah aku xpernah khianat sape2 aku xpernah mencuri aku xpernah wt ape2 yg berlawanan dgn jujur...so..nk kata klu diri sendiri  pown xjujur tapi nk nasihat org lain,baik xpayah la..??erm..seperti aku kata manusia berubah..or other words people change..bayangkan masa kecik2 korunk pernah kencing dlm seluar kan..xkira la masa kecik ke or da besar ke..tp skrg tgk la..fikir betol2..knape  korunk xnk kencing dlm seluar bila pg mana2 ke??sebab...manusia berubah pandai berfikir..sama la mcm skrg nie korunk da besar panjang da boleh fikir..belajar tinggi2 smpi SPM,msuk kolej msuk U,dpt pengalaman keje tu pown xbley nk jd jujur ke??tolonglah...

apa yg susah sgt nk jd jujur nie??explain skit..jgn nk myusahkan org lain dgn menipu xpsl2..tipu tu tipu nie..apa klu jd jujur xmsuk syurga,klu tipu bley msuk syurga??mazhab mana korunk ikut nie..nk kena pelempang apa..haih...nie xabis2 keje nk menipu..menipu..menipu...apa kebaikan yg korunk dpt..??dpt cover la ape yg korunk wt..xnk  bocor rahsia la..nk jaga hati dan perasaan org tu la eh..susah btol nk ckp ngn org yg mcm nie..wahai manusia sedarlah kamu..sesungguhnya kamu berada di dunia yg nyata tp bukan untuk selamanya.kamu semua hanya menumpang..tempat sebenar kamu adalah diakhirat nanti..BIARLAH SESAT SEMENTARA KERANA UNTUK MENERIMA PENGAJARAN,JANGANLAH SESAT SELAMANYA KERANA TAKUT PINTU TAUBAT TERTUTUP..

so please..pd semua saudara seislam ku..aku tujukan ini umum ye..so kalau ada yg terasa fikir2kan lah.jgn suka menipu org yg tidak buat salah pada kamu untuk menjaga hati dan perasaannya..jujur lah...apa salahnya..xmembawa maut pown..apa yg korunk rasa bler korunk byk menipu kat dye tiba2 terdengar berita kematian dye..ada x korunk rasa bersalah..so renung2 kan lah..BE HONESTLY THATS NOT WRONG...BUT IF U LIED AND THATS WRONG..THINK ABOUT IT IF U ARE HUMAN..IF U CANT THINK U ARE ANIMALS BCOZ THEY DONT HAVE MIND..THINK ABOUT IT..
0

kurangnya kasih sayang

hahaha..sebelom tu nk gelak dulu..hahaha..padahal intro da gelak tp nie nk glak lagi..hahaaha...sudah22 lah tu nt mati sbb kuat glak...huhuhu..

ok..kenapa aku glak..??sbb da lama xpost entry..huhu..
erm..nk cter nie..xpenting pown cuma cter kosong...buang masa je nk baca tp aku xsuruh baca pown sapa g nk baca,bacalah..huhu..ayat apa da..cam nie lah..

best x kenakan org??
mesti seronok gler kan..dpt kenakan org sampai org tu KETAKUTAN,TERKEJUT,MENANGIS..
haih..apa nk jadi lak manusia2 macam nie..silap2 hari bulan ada gak yg hilang nyawa..huhu..
tapikan..adeh..nk taw gak cm mner kenakan org nie.benda jahat ke benda yg menggelikan hati ke ape ke..erm..er...

pengakuan jujur la..yg kenakan org nie sebenarnya aku..aku xjahat cuma nakal..tp kalau nk ckp aku jahat aku terima je...huhu
mcm mana aku kenakan mereka nie xpyh la yaw..biar diorang yg merasa dan terlibat sahaja yg tahu..tapi rasa kesian tu ada gak..hehe.nk wt mcm mana aku hanyalah insan yg kurang kasih sayang dan selalu kesepian ini sahajalah tempat aku berhibur walaupun kadang2 tu agak keterlaluan..huhu..
ampun maaf dipinta..biarlah kalau org nk membenci ke ape ke..aku tak kiisah..dalam kehidupan kita kena bertanggungjawab berani mengambl risiko..semua benda kita kena merasa...miskin,kaya,disayangi dibenci..dihina dimaki..itu semua adat resam dalam kehidupan..

mmg cara nie salah untuk mencari hiburan untuk diri sendiri tapi..erm..ada sesiapa yg ingin membantu??ada sesiapa yg ingin memahami perasaan atau situasi yg aku alami..xda kan..kira cuku baiklah aku xjadi penyangak,pencuri,perompak,pembunuh,,perogol dann mana2 yg terlibat dgn kes jenayah..

aku hidup dalam kegelapan.kegelapan yg tiada harapan untuk cahaya meneranginya..aku tahu kerna ini hidup aku.dan mungkin ini takdir aku..subhanallah..kata2 yg main lepas..nie la  dye..tp betul la...aku xmenafikannya..setiap kali aku ingin berubah hasilnya tetap sama..aku xtaw kenapa kerna aku sendiri tiada jawapan  untuknya..

terlalu byk cabaran dan dugaan yg aku hadapi walaupun masih ada lagi ramai diluar sana yg lagi teruk keadaannya dari aku..cuma apa yang aku ingin katakan INI BARU SAHAJA PERMULAAN..walaupun sudah jauh perjalanan ku dalam menempuh kehidupan ini tetapi seperti yg kukatakan THIS  IS JUST A BEGINNING..masih jauh dan banyak lagi yang perlu kutempuhi...

AKHIR KATA AMPUN MAAF DIPINTA KEPADA SEMUA ORANG YANG MENGENALI KU DAN MENJADI MANGSA2 KU..