SlideShow

0

situation like me?

kata orang segala yang terjadi pasti ada kait rapat dengan kita..
kata orang dalam dunia kita ada 7 kembar..
mungkin juga kisah kita berkongsi dengan seseorang..
mungkin juga situasi kita orang lain pernah merasainya...
mungkin..
siapa tahu?

walaupun mereka hidup sebumbung tapi mereka jarang berjumpa.meskipun mereka mempunyai pertalian darah mereka seolah-olah bukan lah ahli keluarga seperti orang lain.mereka lain daripada yang lain.sehinggakan ramai orang diluar sana tertanya-tanya tentang mereka..


dia..dia seorang lelaki..berumur dalam lingkungan 20 an.. tinggal dengan adik beradiknya serta anak-anak buahnya.meski pun nampak seperti keluarga yang meriah tetapi ianya hanya pada luaran jika dilihat didalam rumah keluarga ini kelihatan sangat-sangatlah suram.tiada kebahagian yang terpancar dari keluarga ini..

kenapa?kenapa mereka tinggal sebumbung tetapi tiddak bersua muka?
mungkin kerana jadual waktu bekerja mereka membuatkan mereka jarang bersua muka di rumah.
si kakak pulang kerumah waktu malam sewaktu matahari mula terbenam.
si dia bekerja mengikut shif kadang-kadang keje pagi sudah keluar rumah sebelum mereka bangun dan bila pulang merka belum lagi pulang.
bila keje petang si dia keluar sementara itu mereka sudah keluar dahulu dan dia balik bekerja hampir tengah malam menyebabkan mereka sudah masuk tidur,,
bila keje malam mereka sudah masuk tidur dan pulang dari bekerja mereka masih belum bangun..

itu kalau diikutkan pada jadual kerja..
si dia ini banyak menghabiskan masa didalam bilik.
balik dari keje terus masuk dalam bilik sehinggalah ada orang mengajaknya keluar untuk makan atau apa-apa sekalipun.itu kalau keluar..
kalau tiada siapa-siapa yang ajaknya keluar dia akan duduk sahaja didalam bilik sehinggalah esoknya masuk waktu bekerja..sepenuh masa berada didalam bilik..

aiyaaa..apa aku taip nie..teett...error...error..hahhaa..ntah da mamai nie..nie da msuk cter aku nie..hahhaha...apakah..topik lari tajuk..hahaha..damn..bler mgikutkan hati dan perasaaan ini lah yang terjadi..lain yang nk dicterkan lain lak yg kuar..huh...jam menunjukkan 3.34am..dan esok aku nk audit.msuk keje pg..tp asal la mata nie bley nk tdo lg..huhu..mata oo mata tolong la lelap..aku da kesuntukan masa..huhu. +_+



KADANG-KADANG...
SUKAR KITA AKUI...
SEBENARNYA KITA SENDIRIAN...
WALAUPUNRAMAI ORANG DI SEKELILING...

KADANG-KADANG...
TANPA KITA SEDARI...
RUPANYA KITA BERTEMAN..
SEDANG DIRI BERASA SENDIRIAN...



0

Berhenti Berharap

mungkin apa yg berlaku pd dirinya ada hikmah disebalik kejadian..
mungkin dia menderita selama ini akan ada kebahagiaannya disatu hari nanti..
mungkin pelbagai masalah yg menimpa dirinya selama ini telah byk mematangkannya..
mungkin kini dia keseorangan,kesunyian dan kesepian di msa yg akan dtg kelak dia akan menemui seseorang yg bakal mengubah destinasi hidupnya..äh!!sudah la...semua tu da xbermakna lagi..sudah terlalu lama..dan ianya sudah terlambat..HENTIKAN!!!HENTIKAN!!! semua ini hanyalah karut..apa yg aku wt selama ini hanyalah sia-sia..IM DONE!!ENOUGH!!! skrg bukanlah masa untuk berfikir mengenai  mencari pasangan..lebih elok kalau aku utamakan kerjaya aku terlebih dahulu..tanpa pasangan pown aku tetap boleh hidup..biar lah aku keseorangan bertahun-tatahun lamanya..aku tidak peduli..selama nie pown aku keseorangan jg..xda hal pown..boleh je idup smpi skrg..tiada gangguan..aku merasakan lg senang hidup mcm nie drpd tercari-cari..terkejar-kejar pd org yg xsemestinya aku dapat..yg ada pown da pergi meninggalkan aku..so what..??biarlah aku keseorangan pown..ada siapa-siapa kisah ke??xda kan..jadi..hidup didalam dunia diri sendiri..kisah aku sudah berakhir..drama ku dah berakhir walaupun terbitnya musim kedua namun episodnya tergantung dan aku ingin menghentikannya..sememangnya aku pasti masa  untuk aku berpasangan masih jauh..biarlah kawan-kawan aku semua seronok dengan pasangan masing-masing..biarlah mereka berbahagia..pedulikan mereka..itu hidup mereka..jika ingin jealous kerana hanya aku seorang sahaja yg xda pasangan sgt-sgt lah xbermakna...apa yg aku boleh wt sekarang hanyalah BERHENTI BERHARAP..janganlah berangan pada sesuatu yang tidak mungkin terjadi..kerna ianya bakal menyakitkan hati dan jiwa..STOP DREAMING...BE URSELF..DONT CARE WHAT THE PEOPLE SAID.."mgeluh lelaki itu yang sedang berada di tepi pantai melayan ombak-ombak yang sungguh deras..ditemani dengan desiran angin-angin yang sepoi bahasa..tempat yang sesuai untuk meluahkan segala perasaannya..sekurang-kurangnya dia akan berasa lega..


berhenti sudah langkah kakiku
setelah lelah yang ku rasakan
langkahku tak secepat langkahmu
karena aku hanyalah aku

lelah sudah ku menanti
berjalan dan mencarimu
mengharap buram jadi terang
mengayam mimpi dalam angan - angan
lelah dalam pencarian
mencari kamu…

apakah aku harus berhenti?
behenti dengan kekalahan…..
berakhir dengan hasil seperti awal..
ku harus bisa menerima kenyataan..

ketika ku tahu yang ku cari 
sudah tidak mengharapkanku lagi
dan ku tahu kau telah mendaptkan yang terbaik.
karena itulah yang kau cari
mencari yang di cari setiap orang
yang terbaik untuk dirimu…
dan kutahu apa yang harus ku lakukan.

berhenti…
dan ku harus bisa menerima kenyataan
kenyataan tentang siapa aku…

berhenti…
berhenti mencari seorang yang kucari
mencari seorang yang dia sendiri tidak tahu siapa aku.

berhenti berharap..
kembali ke awal seorang diri
semoga kau mendapatkan yang terbaik
sambutlah dengan senyum mereka yang luar biasa…
sendiri di tengah keramaian..

-SEKIAN-
0

story in real life??

Andai kata tempoh kita hidup semakin singkat apakah yang akan kita lakukan dalam tempoh itu?
Andai kata kita hidup keseorangan apakah kita akan sentiasa bahagia?
Andai kata kita tiada teman mampukah kita untuk teruskan kehidupan ini?

Kalau lah langit itu rendah kita boleh terbang mencecah ke langit dan kalau jatuh pasti tidak akan sakit.
Kalau lah laut tidak dalam, kapal yang kita naiki karam pasti kita tidak akan lemas.
Kalaulah apa yang kita harapkan  menjadi kenyataan tidakkah kita terasa indahnya hidup ini.
Kalau lah angan-angan yang kita bina boleh menggembirakan kita kenapa kita tidak berusaha untuk mengecapinya untuk memperolehi kegembiraan itu.

Hidup..
Hidup tidak selalunya indah..
Hidup tidak selalunya mudah..
Hidup tidak selalunya menuju kebahagiaan..

Kebahagian..
Susahkah untuk memperolehi kebahagiaan?
Susahkah untuk mencuba?
Susahkah untuk mengambil sebarang risiko

Hadir..
Kau hadir tanpa kusedari..
Kau hadir dikala aku kesunyian...
Kau hadir dikala aku kesepian..,
Kau hadir dikala aku memerlukanmu..

Tetapi..
Kau memberikan harapan yang meninggi tatkala aku benar-benar mempercayaimu..
Kau memberiku ruang untuk ku tetapi sebaliknya itu hanya lakonan..
Kau hadir tanpa kusedari dan kau pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal..
Kau membiarkan diriku dicemuh oleh teman-temanmu..
Kau pergi meninggalkan ku seolah-olah tidak mengenaliku...

Umpama..
Diriku terlalu hina untukmu..
Kau sanggup untuk berpaling muka dari ku..
Aku bukanlah sesiapa untukmu.. 

Kawan..
Kawan adalah segala-galanya..
Kawam adalah keluarga kedua..
Kawan tempat kita bersuka dan duka..
Segalanya dikongsikan bersama kawan..

Tetapi..
Kawan boleh jadi lawan..
Kawan paling mudah menjadi musuh dalam selimut..
Kawan hanya boleh berkongsi kesenangan bukan kesusahan..
Kawan hanya mengambil kesempatan..
Kawan sekadar NAMA..

Pabila semua ini ada dalam kehidupan kita mampukah kita untuk teruskan kehidupan?
Pabila semua ini ada dalam kehidupan kita bolehkah kita berhadapan dengan masyarakat?
Pabila semua ini ada dalam kehidupan kita haruskah kita tabahkan diri?

LEARN TO ACCEPT YOURSELF
0

Pemikiran Yg Cetek!!!

kali nie nk habaq ckit pasal isu di MESIR..huhu..
sedey sebenarnya.bkn sedeh kt presiden mesir tu tp sedih pd org2 malaysia..
sedih pd org2 islam skrg..sedih sbb kta skrg berada di dunia akhir zaman..
sedih pd org2 yg cetek pemikirannya..
mana x nya,,
aku ada terbaca satu blog nie..korunk baca la..nie aku copy paste je klu nk g gak kt blog org tu
meh klik sini..HERE!!!!

TIZ HIS STORY

Mengikut laporan terdapat 11,300 orang rakyat Malaysia sedang terperangkap di Mesir yang sedang dilanda krisis sekarang. Boleh dikatakan 70-80 % antara mereka adalah pelajar.

Sepertimana yang kita tahu, semalam Kerajaan BN telah mula menghantar bantuan kepada mereka. Baik makanan atau pengangkutan untuk mereka pulang.

Untuk mengangkut mereka pulang bukan kerja yang senang kerana jumlahnya terlalu ramai dan ditambah pula dengan keadaan trafik udara yang sendat di Cairo sekarang.

Sekiranya 11,300 orang itu semuanya mahu diangkut pulang ke Malaysia, maka kita memerlukan 28 buah pesawat Boeing 747 yang boleh memuatkan lebih kurang 400 penumpang untuk satu penerbangan.

Itu jika kita guna B747, kalau gunakan Airbus selain dari A380 maka jumlahnya penumpang kurang dari 400 orang lagi untuk satu-satu penerbangan.

Dalam situasi sekarang mana kita nak cari pesawat sebanyak itu untuk mengangkut mereka pulang ?

Kalau semua pesawat MAS dan Air Asia hendak digunakan untuk misi tersebut maka habislah jadual penerbangan di negara kita jadi kucar-kacir kerana tidak cukup pesawat.

Dari segi kos pula, ianya bukan kecik anak punya kos. Pesawat terpaksa pergi kosong dari KLIA ke Cairo yang memakan masa 9-10 jam kemudian ambil mereka dan balik ke KLIA pula, makan masa yang sama juga.

Majoriti pelajar-pelajar Malaysia yang ada di Mesir adalah penyokong-penyokong Pas. Disana boleh dikatakan kilang untuk melahirkan pemimpin-pemimpin Pas.

Oleh yang demikian saya mencadangkan kepada Kerajaan BN , jika hendak hantar pesawat untuk angkut mereka pulang, pastikan beri keutamaan kepada pelajar-pelajar yang menyokong Umno dan BN terlebih dahulu. Jangan pedulikan mereka-mereka yang menyokong Pas. Biarkan mereka melalak-lalak, utamakan orang kita terlebih dahulu.

Orang-orang seperti mereka tidak perlu diutamakan untuk diberi pertolongan. Waktu mereka susah baru mereka ingat nak minta tolong kerajaan. Waktu senang merekalah yang menjadi barua-barua menghentam kerajaan.

Selama ini mereka-merekalah yang sering menghentam Kerajaan BN kononnya zalim, rasuah dan sebagainya sedangkan dalam masa yang sama mereka menikmati pelbagai kemudahan untuk pergi belajar disana.

Kerajaan tolong pun mereka tetap kata kita zalim. Sekarang adalah lebih baik kerajaan jangan tolong. Biar kerajaan jadi benar-benar zalim kerana apa yang kerajaan buat baik selama ini pun mereka tak hargai.

Beri keutamaan kepada orang-orang kita terlebih dahulu sebagai menghargai sumbangan mereka selama ini. Jangan sesekali susukan kera di hutan.

Bila susah baru ingat kerajaan. Pergilah minta bantuan dengan KERAjaan Kelantan. Minta Nik Aziz sewa pesawat dari mana-mana negara untuk angkut kamu semua pulang. Jangan nak menyibuk minta bantuan Kerajaan BN.

Semalam saya juga diajak oleh Datuk Azeez untuk ke Cairo bagi membantu apa yang patut,tetapi saya tak dapat mengikutinya kerana ada kerja lain.

Saya tanya Datuk Azeez, nak pergi tolong orang Pas ke ? Dia jawab nak tolong semua tak kira Pas atau Umno kerana arahan PM supaya tolong kesemuanya.

Akhirnya orang Umno yang dikatakan jahiliah juga yang tolong, mana dia pemimpin Pas ? kenapa tak pergi tolong orang-orang mereka ?

Rombongan sukarelawan yang diketuai oleh Datuk Azeez berkumpul di LCCT sejak jam 3 petang semalam untuk bertolak ke Cairo. Sejam ke sejam penerbangan ditunda. Sehingga jam 11.00 malam tadi mereka masih belum dapat 'clearance' lagi dari pihak berkuasa penerbangan Mesir untuk berlepas ke Cairo. Dengar cerita mereka dah lunyai sekarang ini kerana dah 10 jam duduk menunggu di LCCT untuk berlepas ke Cairo.

Semuanya kerana kesesakan trafik udara dan lapangan terbang disana kerana semua orang nak keluar dari Mesir dan secara kebetulan pula Air Asia tiada hak mendarat di Mesir. Itulah yang membuatkan kerja semakin susah.

Ada sesetengah beruk yang yang tak faham duduk melalak dalam blog kononnya kerajaan lambat bertindak. Dia tak tahu yang kerajaan sedang bersusah payah berusaha. Apa kau ingat nak pergi angkut orang kat Chow Kit dan bawa ke Petaling Street ke ? Kalau rasa Pas terror sangat pergilah ambil sendiri bawa balik. Bercakap berdegar-degar , tapi habuk pun tarak.



pasal hal nie pown nk babitkan psl POLITIK..tolong la..
kerajaan bertanggungjawab terhadap rakyatnya..
islam bertanggungjawab melindungi sedara seislamnya...
otak ada pikir la sendiri..
btw aku xsokong mana2 parti lg..so xda maknanye aku nk back up pas or bn..
mana yg tbaek itu yg aku pilih..hal2 politik belakang cter dulu..tp skrg nie aku pelik dgn manusia yg berfikiran cetek..huhu..da..
0

Sempurna???

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasulullah s.a.w keran bginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi.

Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik tanpa anda alam ini tidak akan sempurna.

Memang Allah swt menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya Allah swt. Dia berhak dan mampu buat apa sahajamengikut kehendak-Nya. Kita tidak ada hak untuk mempertikai persoalan itu dan ini, mempertikai itu ini.

Anda mungkin merasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda. Nah, anggaplah ia suatu kelebihan. Jika anada berasa anda buruk, ia satu kelebihan yang tiasa pada orang cantik.Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung ? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan membawa kemusnahan. Setelah anda dikenali sebgai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk.

Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan diwajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan diri. Saat menjadi buruk pasti akan tiba, bagaimana sicantik akan menghadapi hari tua mereka.Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang semut yang diberikan sayap oleh Allah swt supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya kadang-kadang seseorang manusia diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberi balasan yang setimpal diAkhirat.

Tontonilah filem-filem atau drama di TV. Kisah hidup orang cantik penuh duri.Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas daripada sifak riak dan takbur.

Penghuni neraka kebanyakannya wanita sebagaimana sabda Rasulullah saw. wanita itu tentu yang cantik tetapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan Allah swt kepadanya.Dan tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan mempertikaikan kerja Tuhan.

Siapakah penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia. Cantik pada pandangan Allah swt ialah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan Allah swt. Barangkali yang buruk tapi dia faham Allah swt tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada didalam hatinya.

Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manusia selalu tersasar.Hargailah diri anda sebab kewujudan anda membuktikan kekuasaan Allah swt
0

.:Propasal Daisakusen:

mcm da lame je x update blog..almaklum la terlalu bz bekerja dan keletihan yg teramat sehingga jatuh sakit..
kali nie bkan nk cter psl kehidupan,sejarah,cintan2 tp nk cter psl drama jepun..haha..nk taw kenapa aku minat drama jepun??sebab best la..haaha..x mcm drama melayu smua jalan cter sama je..konflik tu la konfik nie la..dengki sana dengki sini agak sakit ati gak r tgok...huh..bkn nk mhina atau mgutuk cuma kebanyakkan jalan citer nya bercampur..agak memeningkan kepala bila tgk..cter yg aku nk bgtaw nie da lame da sbenarnya,,


PROPASAL DAISAKUEN pernah dga x..??cter nie romantic comedy..haha..agak layan la cternye..klu la hidup nie ada mcm dalam cter nie kan bagus..kembali ke masa lepas utk memperbetulkan penyesalan..ssah nk cter..tgk sndiri la..huhu..'HALLELUJAH,,CHANCE..

kisah nie mgisah kan kenalan dari zaman kecik2 lg..
smpi ke high school n university diorang ttp berada ditmpat yg sama..
masing2 ada perasaan suka sama suka tp xmeluahkannya..
smpi la si perempuan nie kawin dgn cikgunya..
so lelaki nie plak agak rasa menyesal la..
melihatkan perempuan yg dia suka kawin di dpn mata dia sndiri..
nk taw mcm mana kisah selanjutnya...tgk la..
apa2 pown cter nie mmg tbaek la..download je...

 
nk download??download saja di link ini..
propasal daisakuen
nk taw kesinambungannye???sbb dlm siri nie episod last dye cm tgantung so klu nk taw
ape akan jd pastu download la special movie dye..nah download r kt sini..
Proposal Daisakuesen SP
Subtitle
0

.:Khasiat Kentut:.


:.da lama rasanye x post entry nie..haha..nie nk cter ckit mgenai kentut,,agak x senonoh kan kalau cter psl kentut..tp hakikatnya byk khasiat nye megenai kentut nie..nk tau lg bce r nie..bce jgn x bce..




KENTUT BERKHASIAT KAJIAN SAINTIS AMERIKA



WASHINGTON : Ia mungkin melucukan dan dianggap tidak masuk akal tetapi pegawai kesihatan persekutuan Amerika Syarikat (AS) dijangka segera mengeluarkan laporan yang memberi amaran kepada umum mengenai faedah kentut.

"Kentut, jika kerap dihidu boleh menyembuhkan perbagai penyakit berbahaya seperti  sakit kepala, gangguan pada mata, emfisema, lelah, bronkitis sakit jantung dan lain lain  
 "Setiap tahun, kira-kira 130,000 rakyat AS telah pulih daripada perbagai penyakit disebabkan menghidu kentut dan ramai lagi berasa lega daripada penyakit serius kerana terlalu lama terdedah kepada keadaan itu," kata seorang doktor yang bertugas dengan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) AS.

Katanya, orang ramai mesti menyedari menghidu kentut sebenarnya menambah khasiat untuk kesihatan orang lain.

Menurut laporan yang akan dikeluarkan CDC, setiap tahun kentut mempulihkan 800 kes serangan jantung, 250 kes angin ahmar,30,000 lelah dan 50,000 kes sakit telinga. Disebabkan masalah makanan tidak teratur, kini ramai rakyat Amerika menghidap kembung perut.
Menurut laporan itu, purata penduduk AS kentut 14 hingga 23 kali sehari


MISADA
MARDI KL.

da bce kan..da taw kan..ape lg pas nie klu ada org kentut jgn tutup hidung..bau selagi mane boleh..haha..
 
0

:::what do u thng about friends??::


Kawan
bila rasa ingin menangis
hubungilah aku
aku takkan suruh kau berhenti menangis tapi...
aku akan kata"aku ingin menangis dengan kautapi
tak leh lama sangat nanti habis air mata aku"

Kawan
jika terasa nak larikan diri
jauh dari masalah yg menyelubungi
maklumkan aku aku takkan halang kau tapi...
aku akan kata"berlarilah bersama aku untuk kau lupakan
sementara masalah cuma jangan terlalu laju aku tak larat nak kejar kaki aku pendek."
dan lepas itu aku juga akan kata
"Kau tak boleh selamanya lari dari masalah, hadapi ia"


Kawan
jika kau kecewa keluargamu tak bahagia
beritahulah aku aku takkan minta kau benci pada keluargamutapi…
aku akan kata"Kajilah punca kekecewaanmu,
dan paling penting terimalah segala ketentuan Allah..."

Kawan
jika kau kecewadengan hubungan kawan kau tu
satu hari nanti ceritalah pada aku
aku takkan memburukkan dia
tapi aku akan kata"cubalah letakkan diri kau ke dalam dirinya,
dan kau akan mengerti..."

Tetapi kawan
JIKA SATU HARI AKU BERDIAM DIRI
AKU TAK BALAS SMS KAU
AKU TAK ANGKAT PANGGILAN DARI KAU
HUBUNGILAH AKU SEGERA(kot emel ke,facebook ke, kot surat ke)
SEBAB WAKTU ITU AKU ERMMMM..
AKU SANGAT PERLUKAN KAU (DAN AKU MALU MENGAKUINYA)
ATAU MUNGKIN..
AKU TELAH BERSEMADI DIRUANG NAN SEPI

Apakah makna kawan kalau kawan makan kawan..
Apakah makna kawan kalau kita saling pentingkan diri sendiri...
Apakah makna kawan kalau membiarkannya dalam kesusahan..
Apakah makna kawan kalau selalu mengambil kesempatan diatasnya..
Apakah makna kawan kalau kita selalu menjatuhkan maruahnya..
Dan apakah makna kawan kalau kita sering mengkianatinya..


Pabila senang bersama-sama dan susah bersama-sama..
Hargailah kawan kita sementara dia masih bersama kita..
Andai satu hari kita kehilangan dia baru terasa akan kesepian
tanpanya..
Ingatlah..Kawan beribu tetapi kawan baik hanya segelintir..
Pilih la kawan dengan sebaik-baiknya.. 
"Terlalu luas bergaul dapat mendatangkan teman jahat, 
tidak suka bergaul dapat menimbulkan permusuhan,
kerana itu bersikaplah antara keduanya itu”


 This is a test of the Emergency Friendship System forward it (and to me too I hope) A Friend...
(A)ccepts you as you are (B)elieves in "you" (C)alls you just to say "HI" (D)oesn't give up on you

(E)nvisions the whole of you (even the unfinished parts) (F)orgives your mistakes (G)ives

unconditionally (H)elps you (I)nvites you over (J)ust "be" with you (K)eeps you close at heart

(L)oves you for who you are (M)akes a difference in your life (N)ever Judges (O)ffer support

(P)icks you up (Q)uiets your fears (R)aises your spirits (S)ays nice things about you (T)ells you the

truth when you need to hear it (U)nderstands you (V)alues you (W)alks beside you (X)-plains

thing you don't understand (Y)ells when you won't listen and (Z)aps you back to reality


Be aS yoU aRe aS I C yoU aS yoU aRe-