SlideShow

0

Kerana segalanya telah teratur dengan cantik


 السلام عيكم ورحمة الله وبركاته


Setelah sekian lama ku menyepikan diri dari dunia blogger kerana ingin mencari ketenangan yang hakiki..Setelah pelbagai peristiwa telah berlaku dan telah dihadapi kuberharap kali ini diriku bertambah cekal dan tabah dalam hidup yang penuh pancaroba ini. Bertahun-tahun lamanya cerita disebalik cerita dan kini mula untuk bermuhasabah diri..Fikir-fikirkan dan renung-renungkan...

Seperti yg kita tahu, segala yang terjadi di dunia ni sebenarnya telah diatur dengan cantik oleh Penciptanya. Tapi bagaimanakah dengan jodoh dan pertemuan??? Huhu... sudah pasti sangat sukar untuk diungkapkan.
Sahabat sekalian, di usia remaja seperti kita ini semestnya tidak pernah terlepas dari bercakap soal cinta, kasih, sayang dan rindu. Boleh dikatakan 90% dari kita pernah merasai dan mengalami setiap perasaan itu tadi.
Tapi sedarkah kita, sebenarnya jodoh dan pertemuan itu sudah pun tertulis untuk kita. Cuma masanya mungkin belum tiba / kita masih belum ketemui dia / kita dah ketemui tapi mata dan hati kita seolah-olah tidak nampak yang dia sebenarnya sudah berada di depan mata kita. Seringkali juga dia telah berada di kalangan sahabat baik kita, tapi mata hati kita seringkali dibutakan kepada keindahan2 yang lain.


Dan sedar atau tidak, kita terlalu teruja atau berlebihan bila bercakap soal jodoh dan pasangan hidup. Seringkali kita ungkapkan melalui kata2, perbuatan, dan sebagainya. Seolah-olah dialah segala-galanya bagi kita. Seolah-olah tiada siapa yang mampu memisahkan kita dan dia. Tapi sedarkah kita, segalanya telah diatur. Katalah macam mana pun, buatlah macam mana pun , kalau Yang Maha Pencipta kata kita bukan untuknya, maka bukanlah jawabnya.

Dan sedar atau tidak, kita terlalu berfantasi bila bercakap soal cinta. Terlalu dan sangat terlalu. Seringkali kita gambarkan cinta itu sebagai segala-galanya bagi kita. Digunakan ayat-ayat yang romantis dan syahdu untuk menggambarkan mengenai cinta. Ditulis di blog-blog atau laman sosial untuk menggambarkan perasaan kita. Terlalu penting bagi kita. Padahal pada hakikatnya, segalanya telah teratur oleh Nya. Lalu, mengapa kita masih terlalu berfantasi dan hanyut dengan perasaan kita sendiri?

Kita seringkali mengharapkan seseorang yang sangat baik, sempurna buat kita. Sehinggakan kita bleh katakan yang kita tidak mahu yang lain. Kita nak yang itu juga. Tapi sedarkah kita segalanya telah pun diatur untuk kita. Lalu mengapa kita hendak menidakkan apa yang telah dirancang oleh Nya???

Seringkali kita bangga apabila dapat mempertahankan sebuah perhubungan yang dinamakan “couple” pada tempoh masa yang lama. Mengapa kita terlalu berbangga pada semua itu??? Adakah kita tahu dia yang di takdirkan untuk kita??? Huhu...sekali lagi kita telah terleka kepada perancangan yang telah ditetapkanNya.



Seringkali juga kita terhenti apabila ternampak dua persimpangan jalan yang berbeza. Lalu kemudian kita memilih jalan yang kelihatan sempurna. Tapi sedarkah
kita??? Mungkin jalan itu hanya kelihatan cantik dan baik pada permulaannya dan semak samun / lopak serta lumpur pada jalan-jalan terakhirnya.
Seringkali juga Allah mempertemukan kita dengan yang bukan jodoh kita. Kemudian, barulah ditemukannnya dengan orang yang sepatutnya untuk kita. Mengapa??? Kerana Mungkin Allah mahu kita lebih bersedia sebelum betul-betul dipertemukan dengannya.

Sahabat sekalian, mungkin ada yang tidak setuju dengan pendapat saya. Namun, cukuplah kita terlena terlalu lama dalam sebuah mimpi yang tidak pernah habis. Ayuh!!! Letaklah segala-galanya kepada yang menciptakan kita. Kerana dia yang lebih mengetahui dari kita. Usahlah kita terlalu berfantasi dan meletakkn cinta itu segala-galanya. Usahlah terlalu diukir ayat-ayat indah mengenai cinta dan perasaan kita kepada seseorang. Usahlah terlalu diharapkan kepada sang putera/si puteri idaman kita. Dan usahlah terlalu teruja dengan dengan rasa cinta yang kita sedang / akan memiliki. Kerana segalanya telah diatur dengan cantik oleh Nya. Tak perlulah kita takut untuk jatuh cinta dan tak perlu juga takut untuk kehilangan cinta. Kerana segalanya telah ditetapkan oleh Nya. Dan tak perlulah kita terlalu yakin yang dia adalah jodoh kita. Mana mungkin kita lebih mengetahui dari yang Menciptakan kita bukan???



“Kerana segalanya telah teratur dengan cantik, Cuma kita hanya perlu berdoa agar segala yang teratur itu kita boleh jejaki jalannya”

p/s: sekadar perkogsian rasa dan nasihat untuk diri sendiri dan para sahabat. Semoga kita tidak terus hanyut seperti hanyutnya sebuah perahu yang tidak bertuan di muara sungai....


#copypaste NOT copyright

0 comments:

Post a Comment