SlideShow

0

Tiba masanya.. Segala-galanya Aku Ceritakan (9)


Petang itu setelah perjumpaan Rafael dan Puteri cuaca agak mendung diselangi dengan guruh dan petir sedang asyik Rafael memandu kedengaran lagu dari Imran Ajmain -  Jika Engkau Pergi diputarkan di radio Era.Fm . Rafael asyik melayan lagu itu dan dengan tiba-tiba Rafael teringat akan cerita yang diceritakan pada Puteri sebelum itu. Suasana nya seakan sama dengan keadaan cuaca pada waktu itu sewaktu dia bersama dengan Maya didalam kereta lagu yang diputarkan serupa iaitu Imran Ajmain -  Jika Engkau Pergi .Mungkin lagu itu bermakna bagi Rafael dimana dia telah mengatakan sesuatu pada Maya. Gadis yang dimaksudkan didalam cerita Rafael ini rupanya Maya. Maya teman lama Rafael.

" Eh, lagu ni rasanya berkali-kali keluar hari ni kat radio. " Rafael memulakan perbualannya.

"Yeke ? " balas Maya spontan.

"Aah, dari pagi lagi kan aku duduk dalam kereta je sampai la ke sekarang ni memang asyik dengar je la. Tapi lagu ni memang best pun.Erm, bila nak pergi sana ?" cerita Rafael dan dengan tiba-tiba mengaju soalan kepada Maya.

"Pergi mana ?"

"Kata hari tu nak jumpa ex kau kat sana dia support ."

" Tak tahu lagi la. Tak fikir pun lagi nak pergi ke tak . Eh mana kau tahu ex aku ?"

"Kalau kau nak pergi nanti dah ada date bagitau aku . Tak semua perkara orang boleh sembunyi dari aku ."

"Jap mana kau tahu ni ? "

" Maya , You can hide but you cant run, you can lie but i always find out..Betul kan ex kau yang kau nak jumpa tu. Ex kita ni umpama kita telah membaca satu buku. Kita dah tahu isi kandungannya dan tahu pengakhirannya macam mana . Jadi fikir-fikirkan la "

 " Erm, sebelum tu kenapa aku kena bagitau bila date aku nak pergi tu ? "

" Sebab waktu kau terbang kesana nanti aku turut akan berangkat ke tempat yang aku ingin pergi tu ."

" Pulau tu ? "

"Yup dan satu lagi kalau nak pergi tu aku tak kisah pun atleast ada orang temankan . Bahaya kalau pergi seorang diri. Lagi-lagi tempat orang. Tak kisah lah ada orang tunggu sana masalahnya benda buruk tak tunggu masa , bila- bila masa je boleh jadi sama ada kt airport sini dalam flight mahupun airport sana. Kalau kau bawa sorang teman pun tak ada la bahaya sangat."


Sedang Rafael mengingatkan kembali kisah lamanya itu tiba-tiba phone nya berbunyi. Rafael seakan-akan terkejut pada mulanya.Akan tetapi dia cuba untuk tidak mengendahkan kerana nombor yang tertera adalah nombor yang tidak didaftar didalam contact book Rafael. Mungkin kerana dia tidak ingin diganggu oleh panggilan tersebut.Tetapi siapakah yang menghubunginya ? Berkali-kali telefon bimbitnya berdering sehingga membuat Rafael seakan-akan risau dan akhirnya Rafael pasrah cuba untuk menjawabnya juga.

" Hello, Assalamualaikum.." suara perempuan kedengaran dari telefon Rafael mula menyapanya.

" Waalaikumsalam, siapa ni ? " Rafael mula bertanya.

" Rafael ke ni ? ".

" Ye, Rafael bercakap disini "

" Aku ni Maya. Kemana kau menghilang ha..Aku dapat tau kau dah ada dekat sini . Kau pergi mana selama ni ? Balik pun tak datang jumpa dengan kitorang "

" Eh , Maya ? Sorry. Tapi mana kau dapat nombor aku ni. "

" Yang tu rahsia . Kitorang semua nak jumpa dengan kau malam ni . Ada perkara yang perlu kita selesaikan dan aku nak kan penjelasan tentang apa yang kau buat sekarang ni."

" Erm, dekat mana dan jam berapa ?

" Dalam jam 10 malam. Tempat nanti akan aku bagitau balik. Jangan off phone. "

" Okay "

Selesai mereka berborak Rafael terfikir sejenak, " Tiba-tiba je Maya call aku, mana dia dapat nombor aku ni. Ahh , semua perkara jadi persoalan. Sekarang baru pukul 5 petang. Masa aku tengah flashback masa silam la tiba-tiba orangnya muncul tapi mengenai perkara apa yang dia nak selesaikan ? Apakah sebab aku menghilangkan diri ? Ada kemungkinan. Ya Allah , berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi segala kekusutan ini. Perlukah aku ceritakan segala-galanya malam ini ? Mungkin masanya sudah tiba. Tiba masanya segala-galanya aku ceritakan. Apa yang tersirat didalam hati ini selama ini.Apa yang aku pendamkan selama ini."

Lalu Rafael terus menekan pedal minyak keretanya dengan kuat menuju kerumahnya dahulu tanpa berfikir apa-apa lagi. Setibanya Rafael tiba di rumah dia membersihkan dirinya dan persiapkan dirinya dan terus keluar semula dari rumah. Dia menuju ke satu tempat dimana dahulu tempatnya dia berkumpul bersama teman-temannya yang lain tetapi sekarang ianya hanya menjadi tempat kenangan kerana temannya itu sudah mempunyai haluan masing-masing. Semuanya sudah merantau di negeri orang. Hanya tinggal beberapa orang teman sahaja yang masih berada disitu.Rafael tiba di tempat itu. Dia memberhentikan keretanya dan enjin keretanya lalu dia keluar dari keretanya. Dia berjalan menuju ke tangga yang berhampiran disitu dan mengeluarkan sekotak rokok dari poketnya dikeluarkan sebatang dan membakarnya.  Rafael hanya membuang masa disitu sementara menanti jam 10 malam tiba. Sebatang demi sebatang dia membakar dan dia kelihatan seperti memikirkan sesuatu mungkinkah dia sedang memikirkan apa yang dia ingin katakan kepada Maya dan yang lain-lain nanti ?

Rafael memandang ke jam tangannya yang menunjukkan waktu 9.30 malam dan tiba-tiba handphone nye berbunyi menandakan ada mesej yang masuk.

"  Tunggu dekat Tasik Permaisuri..Dekat situ sunyi sikit senang nak berbincang tak bising. Kitorang on the way ke sana.."

"okay" balas Rafael.

Setibanya Rafael disana , suasana disana tenang dan aman. Orangnya tidak ramai. Maya juga belum tiba. Rafael hanya menunggu di dalam kereta . Jantungnya berdegup kencang kerana tidak sangka setelah sekian lama akhirnya dia akan bertemu kembali dengan Maya. Agak lama dia menyembunyikan diri. Rafael sudah tidak mampu untuk berkata apa-apa akan apa yang terjadi apabila mereka bertemu nanti. Sementara menunggu mereka yang belum tiba lagi , Rafael membakar rokoknya sambil mendengar lagu " Jika Engkau Pergi " didalam keretanya.

Jam hampir ke 10 malam.. Rafael terlihat lampu kereta sedang menuju ke arahnya dan tidak lain tidak bukan itu kereta Maya. Rafael masih lagi berada di dalam keretanya tidak berganjak dari situ. Rafael seolah-olah kaku pabila melihat Maya yang masih berada di dalam kereta. Maya mula memberhentikan keretanya di hadapan kereta Rafael. Ada 3 orang di dalam kereta itu. Maya, Aida dan Jerry. Maya memberhentikan enjin keretanya dan kelihatan Aida dan Jerry mula keluar dahulu. Rafael hanya memerhati dari  dalam keretanya. Sesudah Maya keluar , Maya hanya memerhatikan Rafael dan Rafael pasrah turut keluar juga akan tetapi matanya tidak tertumpu pada Maya , dia hanya memandang ke arah Aida dan Jerry lalu Rafael menyapa mereka.Rafael hanya toleh sekali ke arah Maya dan lihat riak wajah Maya tertera reaksi marahnya. Sesudah Rafael mengunci pintu keretanya dia menuju kearah Maya dan mula bertentang mata dengannya. Belum sempat untuk Rafael berkata apa-apa, Maya dengan tiba-tiba ......




Part 8

BERSAMBUNG...


0 comments:

Post a Comment