SlideShow

0

Mencari Ketenangan

~~Luahan Hidup~~



Andai kata kalau sesuatu berlaku pada aku yang melibatkan nyawa aku sedia merelakan..
kerna apa..kerna aku sudah tiada arah tuju hidup.destinasi hidup ku sudah berakhir.tiada matlamat tiada impian segalanya sudah punah.hancur berkecai.fikiran ku berserabut.aku perlukan masa.
aku sudah tidak pedulikan apa-apa lagi.aku tidak mempunyai sesiapa sekarang ini.
destinasi ku sudah berakhir.segalanya sudah berakhir.kalau dulu aku hidup kerana sesuatu
tetapi sekarang..aku tidak mempunyai apa-apa misi dan tujuan untuk meneruskan hidup ini.
aku hidup untuk apa sekarang?siapa aku pada mereka?

Buat masa sekarang ini apa yang aku perlukan adalah aku perlu berehat.
aku memerlukan masa untuk menenangkan fikiran serta cuba untuk memulihkan diri ku.
alangkah indahnya kalau aku berada ditepi pantai mendengar desiran ombak..angin berlalu dengan sepoi-sepoi bahasa,burung-burung berkicauan.alangkah terasa nyamannya hidup..

Kini aku telah merancang untuk pergi bercuti seorang diri.Baik untuk diri aku sendiri dan orang sekeliling...Aku ingin menghilangkan diri sementara waktu.mana la taw kowt2 semasa aku bercuti nanti aku dapat matlamat hidup yang baru,
sekurang-kurangnya hidup aku lebih bermakna.dan aku akan pastikan masa itu aku tidak diganggu.harap maaf pada semua sekiranya aku tidak menghubungi kamu semua.tolong berikan aku masa.aku ingin keluar dari kajang.dari selangor.kalau boleh nak keluar dari malaysia tapi memandangkan modal tidak mencukupi..

Perancangan aku hanyalah ingin ke Cherating,Pulau Tioman atau ke Sabah..
Tapi aku masih belum membuat keputusan untuk ke mana.
Dan kalau boleh biarlah aku sahaja yang tahu kemana akan aku pergi nanti.
Sungguh tidak sabar untuk menanti hari tersebut.Insyallah kalau tiada aral melintang.MAC 2011..tarikh masih belum pasti lagi..

Ketenteraman..
Ketenangan..
Keindahan...
 Selagi aku tidak pergi bercuti selagi itulah jiwa aku tidak tenteram...
 Fikiran aku tidak tenang..Apa yang aku inginkan adalah menikmati keindahan alam..

Mungkin aku akan jadi Traveller Writer...HAHAHA..
                        
          BERCUTI SEORANG DIRI DI TEPI PANTAI ALANGKAH BAHAGIANYA HIDUP..
1

scary game..want try?HINT

today i want story about game..ops..terspeaking plak..
ok..apa game yg benar2 menakutkan yg korunk pernah main..??
-SILENT HILL 1,2,3,4,5,6??
-RESIDENT EVIL?
-CLOCK TOWER?
-ETC..
aku nk syorkan 1 game nie..mmg terbaik la..game nie on9 so xpyh nk download ape2...
ini dia..HOTEL 626 and ASYLUM 626..
tp wt masa nie aku nk review yg hotel nie dulu..sila baca dan baca lagi dan lagi..
nie game nye..hanya dari jam 6PM-6AM shj boleh buka..bermakna bila waktu mlm je lah korunk boleh main..ada berani atau tidak??
kalau teringin nk main sila la ke website ini..HOTEL 626
only by confronting your darknest fears can you find the light?(bila sampai je kt bayang hitam klik kt pintu yg ada simbol 3 segi tu)
 she lives in the darkness show her the light ( part nie korunk kena amk gambar hantu nie..ada 9 kali peluang..pastikan korunk x miss 1 shot..) 
Just in time(jalan keluar utk stage ini adalah pintu yg kedua..turun je smpi jumpe pintu kedua then klik cpat2 kt pintu tu)
 Sing me a Lullaby. (ini part paling aku suka..taw x korunk kena wt ape?korunk kena sebut shhh..shhh...shhhh...supaya baby nie xterjaga..pastikan suara korunk tidak terlalu slow dan tidak terlalu kuat..jika korunk gagal alamatnya hantu bayi nie akan..)
 Continuation.(selepas baby tu tdo lena korunk kena kuar dri bilik nie dan pastikan  bila bjalan tu baby tu xkan terjaga so be careful)
  helpless?(kat stage nie korunk tgk je.xyah wt ape2)
He knows the way(ini orang gila so stage nie agak payah skit nk lpas sbb korunk kena dgar bisikan syaitan untuk memberitahu no kod.SPIDER-8,CANDLE-4,HORSE-3,TREE-4,HANDS-9..setiap kali korang retake stage nie kod dye akn berubah/random)

 Find yourself a way out(sape2 yg on webcam dye akan snap pic korunk tanpa korunk sedari so dkt stage nie korunk kena cari gamba korunk tapi kena cpt sbb dye sedang mgejar anda)



 
tiz my picture haha
Answer, and you'd have answers(klu nk cari pintu keluar pastikan korunk kena percaya apa yg lelaki dlm tepon nie ckp..if he said left u must go left..)

TIME FOR YOU TO CHECK OUT OF HOTEL 626
(saat yg ditunggu2..tp klu nk ending cantik pastikan korunk xda skip mana2 stage..if u skip thats means the ending will be like tiz picture..ini hantu pd stage kedua bermakna korunk skip stage tu n thats mean u not really2 safe)


SELAMAT MENCUBA..GOOD LUCK..GANBATTE NE..
untuk lagi advance main dalam gelap gunakan headphone kuatkan volume rasailah ketakutannnnnnnnn...

0

situation like me?

kata orang segala yang terjadi pasti ada kait rapat dengan kita..
kata orang dalam dunia kita ada 7 kembar..
mungkin juga kisah kita berkongsi dengan seseorang..
mungkin juga situasi kita orang lain pernah merasainya...
mungkin..
siapa tahu?

walaupun mereka hidup sebumbung tapi mereka jarang berjumpa.meskipun mereka mempunyai pertalian darah mereka seolah-olah bukan lah ahli keluarga seperti orang lain.mereka lain daripada yang lain.sehinggakan ramai orang diluar sana tertanya-tanya tentang mereka..


dia..dia seorang lelaki..berumur dalam lingkungan 20 an.. tinggal dengan adik beradiknya serta anak-anak buahnya.meski pun nampak seperti keluarga yang meriah tetapi ianya hanya pada luaran jika dilihat didalam rumah keluarga ini kelihatan sangat-sangatlah suram.tiada kebahagian yang terpancar dari keluarga ini..

kenapa?kenapa mereka tinggal sebumbung tetapi tiddak bersua muka?
mungkin kerana jadual waktu bekerja mereka membuatkan mereka jarang bersua muka di rumah.
si kakak pulang kerumah waktu malam sewaktu matahari mula terbenam.
si dia bekerja mengikut shif kadang-kadang keje pagi sudah keluar rumah sebelum mereka bangun dan bila pulang merka belum lagi pulang.
bila keje petang si dia keluar sementara itu mereka sudah keluar dahulu dan dia balik bekerja hampir tengah malam menyebabkan mereka sudah masuk tidur,,
bila keje malam mereka sudah masuk tidur dan pulang dari bekerja mereka masih belum bangun..

itu kalau diikutkan pada jadual kerja..
si dia ini banyak menghabiskan masa didalam bilik.
balik dari keje terus masuk dalam bilik sehinggalah ada orang mengajaknya keluar untuk makan atau apa-apa sekalipun.itu kalau keluar..
kalau tiada siapa-siapa yang ajaknya keluar dia akan duduk sahaja didalam bilik sehinggalah esoknya masuk waktu bekerja..sepenuh masa berada didalam bilik..

aiyaaa..apa aku taip nie..teett...error...error..hahhaa..ntah da mamai nie..nie da msuk cter aku nie..hahhaha...apakah..topik lari tajuk..hahaha..damn..bler mgikutkan hati dan perasaaan ini lah yang terjadi..lain yang nk dicterkan lain lak yg kuar..huh...jam menunjukkan 3.34am..dan esok aku nk audit.msuk keje pg..tp asal la mata nie bley nk tdo lg..huhu..mata oo mata tolong la lelap..aku da kesuntukan masa..huhu. +_+



KADANG-KADANG...
SUKAR KITA AKUI...
SEBENARNYA KITA SENDIRIAN...
WALAUPUNRAMAI ORANG DI SEKELILING...

KADANG-KADANG...
TANPA KITA SEDARI...
RUPANYA KITA BERTEMAN..
SEDANG DIRI BERASA SENDIRIAN...



0

Berhenti Berharap

mungkin apa yg berlaku pd dirinya ada hikmah disebalik kejadian..
mungkin dia menderita selama ini akan ada kebahagiaannya disatu hari nanti..
mungkin pelbagai masalah yg menimpa dirinya selama ini telah byk mematangkannya..
mungkin kini dia keseorangan,kesunyian dan kesepian di msa yg akan dtg kelak dia akan menemui seseorang yg bakal mengubah destinasi hidupnya..äh!!sudah la...semua tu da xbermakna lagi..sudah terlalu lama..dan ianya sudah terlambat..HENTIKAN!!!HENTIKAN!!! semua ini hanyalah karut..apa yg aku wt selama ini hanyalah sia-sia..IM DONE!!ENOUGH!!! skrg bukanlah masa untuk berfikir mengenai  mencari pasangan..lebih elok kalau aku utamakan kerjaya aku terlebih dahulu..tanpa pasangan pown aku tetap boleh hidup..biar lah aku keseorangan bertahun-tatahun lamanya..aku tidak peduli..selama nie pown aku keseorangan jg..xda hal pown..boleh je idup smpi skrg..tiada gangguan..aku merasakan lg senang hidup mcm nie drpd tercari-cari..terkejar-kejar pd org yg xsemestinya aku dapat..yg ada pown da pergi meninggalkan aku..so what..??biarlah aku keseorangan pown..ada siapa-siapa kisah ke??xda kan..jadi..hidup didalam dunia diri sendiri..kisah aku sudah berakhir..drama ku dah berakhir walaupun terbitnya musim kedua namun episodnya tergantung dan aku ingin menghentikannya..sememangnya aku pasti masa  untuk aku berpasangan masih jauh..biarlah kawan-kawan aku semua seronok dengan pasangan masing-masing..biarlah mereka berbahagia..pedulikan mereka..itu hidup mereka..jika ingin jealous kerana hanya aku seorang sahaja yg xda pasangan sgt-sgt lah xbermakna...apa yg aku boleh wt sekarang hanyalah BERHENTI BERHARAP..janganlah berangan pada sesuatu yang tidak mungkin terjadi..kerna ianya bakal menyakitkan hati dan jiwa..STOP DREAMING...BE URSELF..DONT CARE WHAT THE PEOPLE SAID.."mgeluh lelaki itu yang sedang berada di tepi pantai melayan ombak-ombak yang sungguh deras..ditemani dengan desiran angin-angin yang sepoi bahasa..tempat yang sesuai untuk meluahkan segala perasaannya..sekurang-kurangnya dia akan berasa lega..


berhenti sudah langkah kakiku
setelah lelah yang ku rasakan
langkahku tak secepat langkahmu
karena aku hanyalah aku

lelah sudah ku menanti
berjalan dan mencarimu
mengharap buram jadi terang
mengayam mimpi dalam angan - angan
lelah dalam pencarian
mencari kamu…

apakah aku harus berhenti?
behenti dengan kekalahan…..
berakhir dengan hasil seperti awal..
ku harus bisa menerima kenyataan..

ketika ku tahu yang ku cari 
sudah tidak mengharapkanku lagi
dan ku tahu kau telah mendaptkan yang terbaik.
karena itulah yang kau cari
mencari yang di cari setiap orang
yang terbaik untuk dirimu…
dan kutahu apa yang harus ku lakukan.

berhenti…
dan ku harus bisa menerima kenyataan
kenyataan tentang siapa aku…

berhenti…
berhenti mencari seorang yang kucari
mencari seorang yang dia sendiri tidak tahu siapa aku.

berhenti berharap..
kembali ke awal seorang diri
semoga kau mendapatkan yang terbaik
sambutlah dengan senyum mereka yang luar biasa…
sendiri di tengah keramaian..

-SEKIAN-
0

story in real life??

Andai kata tempoh kita hidup semakin singkat apakah yang akan kita lakukan dalam tempoh itu?
Andai kata kita hidup keseorangan apakah kita akan sentiasa bahagia?
Andai kata kita tiada teman mampukah kita untuk teruskan kehidupan ini?

Kalau lah langit itu rendah kita boleh terbang mencecah ke langit dan kalau jatuh pasti tidak akan sakit.
Kalau lah laut tidak dalam, kapal yang kita naiki karam pasti kita tidak akan lemas.
Kalaulah apa yang kita harapkan  menjadi kenyataan tidakkah kita terasa indahnya hidup ini.
Kalau lah angan-angan yang kita bina boleh menggembirakan kita kenapa kita tidak berusaha untuk mengecapinya untuk memperolehi kegembiraan itu.

Hidup..
Hidup tidak selalunya indah..
Hidup tidak selalunya mudah..
Hidup tidak selalunya menuju kebahagiaan..

Kebahagian..
Susahkah untuk memperolehi kebahagiaan?
Susahkah untuk mencuba?
Susahkah untuk mengambil sebarang risiko

Hadir..
Kau hadir tanpa kusedari..
Kau hadir dikala aku kesunyian...
Kau hadir dikala aku kesepian..,
Kau hadir dikala aku memerlukanmu..

Tetapi..
Kau memberikan harapan yang meninggi tatkala aku benar-benar mempercayaimu..
Kau memberiku ruang untuk ku tetapi sebaliknya itu hanya lakonan..
Kau hadir tanpa kusedari dan kau pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal..
Kau membiarkan diriku dicemuh oleh teman-temanmu..
Kau pergi meninggalkan ku seolah-olah tidak mengenaliku...

Umpama..
Diriku terlalu hina untukmu..
Kau sanggup untuk berpaling muka dari ku..
Aku bukanlah sesiapa untukmu.. 

Kawan..
Kawan adalah segala-galanya..
Kawam adalah keluarga kedua..
Kawan tempat kita bersuka dan duka..
Segalanya dikongsikan bersama kawan..

Tetapi..
Kawan boleh jadi lawan..
Kawan paling mudah menjadi musuh dalam selimut..
Kawan hanya boleh berkongsi kesenangan bukan kesusahan..
Kawan hanya mengambil kesempatan..
Kawan sekadar NAMA..

Pabila semua ini ada dalam kehidupan kita mampukah kita untuk teruskan kehidupan?
Pabila semua ini ada dalam kehidupan kita bolehkah kita berhadapan dengan masyarakat?
Pabila semua ini ada dalam kehidupan kita haruskah kita tabahkan diri?

LEARN TO ACCEPT YOURSELF
0

Pemikiran Yg Cetek!!!

kali nie nk habaq ckit pasal isu di MESIR..huhu..
sedey sebenarnya.bkn sedeh kt presiden mesir tu tp sedih pd org2 malaysia..
sedih pd org2 islam skrg..sedih sbb kta skrg berada di dunia akhir zaman..
sedih pd org2 yg cetek pemikirannya..
mana x nya,,
aku ada terbaca satu blog nie..korunk baca la..nie aku copy paste je klu nk g gak kt blog org tu
meh klik sini..HERE!!!!

TIZ HIS STORY

Mengikut laporan terdapat 11,300 orang rakyat Malaysia sedang terperangkap di Mesir yang sedang dilanda krisis sekarang. Boleh dikatakan 70-80 % antara mereka adalah pelajar.

Sepertimana yang kita tahu, semalam Kerajaan BN telah mula menghantar bantuan kepada mereka. Baik makanan atau pengangkutan untuk mereka pulang.

Untuk mengangkut mereka pulang bukan kerja yang senang kerana jumlahnya terlalu ramai dan ditambah pula dengan keadaan trafik udara yang sendat di Cairo sekarang.

Sekiranya 11,300 orang itu semuanya mahu diangkut pulang ke Malaysia, maka kita memerlukan 28 buah pesawat Boeing 747 yang boleh memuatkan lebih kurang 400 penumpang untuk satu penerbangan.

Itu jika kita guna B747, kalau gunakan Airbus selain dari A380 maka jumlahnya penumpang kurang dari 400 orang lagi untuk satu-satu penerbangan.

Dalam situasi sekarang mana kita nak cari pesawat sebanyak itu untuk mengangkut mereka pulang ?

Kalau semua pesawat MAS dan Air Asia hendak digunakan untuk misi tersebut maka habislah jadual penerbangan di negara kita jadi kucar-kacir kerana tidak cukup pesawat.

Dari segi kos pula, ianya bukan kecik anak punya kos. Pesawat terpaksa pergi kosong dari KLIA ke Cairo yang memakan masa 9-10 jam kemudian ambil mereka dan balik ke KLIA pula, makan masa yang sama juga.

Majoriti pelajar-pelajar Malaysia yang ada di Mesir adalah penyokong-penyokong Pas. Disana boleh dikatakan kilang untuk melahirkan pemimpin-pemimpin Pas.

Oleh yang demikian saya mencadangkan kepada Kerajaan BN , jika hendak hantar pesawat untuk angkut mereka pulang, pastikan beri keutamaan kepada pelajar-pelajar yang menyokong Umno dan BN terlebih dahulu. Jangan pedulikan mereka-mereka yang menyokong Pas. Biarkan mereka melalak-lalak, utamakan orang kita terlebih dahulu.

Orang-orang seperti mereka tidak perlu diutamakan untuk diberi pertolongan. Waktu mereka susah baru mereka ingat nak minta tolong kerajaan. Waktu senang merekalah yang menjadi barua-barua menghentam kerajaan.

Selama ini mereka-merekalah yang sering menghentam Kerajaan BN kononnya zalim, rasuah dan sebagainya sedangkan dalam masa yang sama mereka menikmati pelbagai kemudahan untuk pergi belajar disana.

Kerajaan tolong pun mereka tetap kata kita zalim. Sekarang adalah lebih baik kerajaan jangan tolong. Biar kerajaan jadi benar-benar zalim kerana apa yang kerajaan buat baik selama ini pun mereka tak hargai.

Beri keutamaan kepada orang-orang kita terlebih dahulu sebagai menghargai sumbangan mereka selama ini. Jangan sesekali susukan kera di hutan.

Bila susah baru ingat kerajaan. Pergilah minta bantuan dengan KERAjaan Kelantan. Minta Nik Aziz sewa pesawat dari mana-mana negara untuk angkut kamu semua pulang. Jangan nak menyibuk minta bantuan Kerajaan BN.

Semalam saya juga diajak oleh Datuk Azeez untuk ke Cairo bagi membantu apa yang patut,tetapi saya tak dapat mengikutinya kerana ada kerja lain.

Saya tanya Datuk Azeez, nak pergi tolong orang Pas ke ? Dia jawab nak tolong semua tak kira Pas atau Umno kerana arahan PM supaya tolong kesemuanya.

Akhirnya orang Umno yang dikatakan jahiliah juga yang tolong, mana dia pemimpin Pas ? kenapa tak pergi tolong orang-orang mereka ?

Rombongan sukarelawan yang diketuai oleh Datuk Azeez berkumpul di LCCT sejak jam 3 petang semalam untuk bertolak ke Cairo. Sejam ke sejam penerbangan ditunda. Sehingga jam 11.00 malam tadi mereka masih belum dapat 'clearance' lagi dari pihak berkuasa penerbangan Mesir untuk berlepas ke Cairo. Dengar cerita mereka dah lunyai sekarang ini kerana dah 10 jam duduk menunggu di LCCT untuk berlepas ke Cairo.

Semuanya kerana kesesakan trafik udara dan lapangan terbang disana kerana semua orang nak keluar dari Mesir dan secara kebetulan pula Air Asia tiada hak mendarat di Mesir. Itulah yang membuatkan kerja semakin susah.

Ada sesetengah beruk yang yang tak faham duduk melalak dalam blog kononnya kerajaan lambat bertindak. Dia tak tahu yang kerajaan sedang bersusah payah berusaha. Apa kau ingat nak pergi angkut orang kat Chow Kit dan bawa ke Petaling Street ke ? Kalau rasa Pas terror sangat pergilah ambil sendiri bawa balik. Bercakap berdegar-degar , tapi habuk pun tarak.



pasal hal nie pown nk babitkan psl POLITIK..tolong la..
kerajaan bertanggungjawab terhadap rakyatnya..
islam bertanggungjawab melindungi sedara seislamnya...
otak ada pikir la sendiri..
btw aku xsokong mana2 parti lg..so xda maknanye aku nk back up pas or bn..
mana yg tbaek itu yg aku pilih..hal2 politik belakang cter dulu..tp skrg nie aku pelik dgn manusia yg berfikiran cetek..huhu..da..