SlideShow

0

Tiba masanya.. Segala-galanya Aku Ceritakan (8)


Suasana di dalam kedai makan itu amat sunyi seperti suasana di dalam kedai zaman koboi. Ruang didalamnya sungguh antik.
Selesai Puteri dan Rafael menjamu selera makanan, mereka pun mula berborak. Kelihatan mereka rancak berborak. Agak lama mereka tidak ketemu .

"Raf, U ada hutang dengan I satu cerita. U kata nak cerita pada I. Sampai sekarang U tak ceritakan lagi dan alang-alang kita dah berjumpa ni U kena cerita pada I boleh ?,"

"Err, cerita yang mana ye ? Hehe. I lupa la cuba U ingatkan balik.

"Kenapa U pergi bercuti ke tempat tu sebelum ni. U kata U datang sana bersebab."

"Ohh.Sorry I lupa pula. Yela I cerita.Dengar ni.Dengar dengan fokusnya haha"

"Iye I dengar la ni U tak ceritakan lagi macam mana nak dengar. Haha.."

Seminggu sebelum kehilangan Rafael..

Sedang Rafael bermain dengan handphone nye seolah-olah sedang bermain mesej dengan seseorang dan tiba-tiba riak wajahnya berubah.

"Benarkah dia ingin ke sana ? Jumpa seseorang ? Siapa ? Meluangkan masa bersama ?  Pergi bersendirian ? Arghhh !!! Dia terlalu excited nak ke sana. Mengapa dia tidak bawak seseorang untuk menemannya ? Bahaya kalau dia pergi seorang. Aku sangat risau. Bukan aku melarangnya tetapi aku risau jika dia ingin pergi seorang diri. Apa yang aku katakan langsung tak nak dia dengar. Aku cuma ingin mengambil berat akannya. Akan tetapi pabila dia mengatakan ingin jumpa seseorang hati ku tiba-tiba terasa seperti ingin gugur. Memang benar perasaan itu semakin kuat tetapi..Argh !!! Kalau benar dia betul-betul ingin pergi aku telah pun membuat keputusan. Aku akan ke satu tempat dimana perancangan yang aku buat sebelum ini tidak tercapai. Akan ku teruskan perancangan ku ini akan tetapi mungkin ini yang terakhir kali untuk ku meluangkan masa bersamanya sebelum aku kesana. Pabila aku disana nanti akanku padamkan segala memori ku akan ku hanyutkan ke pantai di sana nanti dan kita tidak akan berjumpa lagi selepas itu. Apa gunanya lagi untuk aku bertemu dengannya. Bila dia sudah membuat keputusan untuk kesana sama erti aku tiada harapan lagi untuk bersama dengannya lagi kerana kau memilih untuk bersama dengan orang disana. Oleh itu tidak lagi aku jejakkan kaki dimana tempat kita. Tidak lagi aku jumpa dengannya dimana aku hanya akan rasa kehilangan pabila melihatnya nanti. " kesah Rafael seorang diri setelah selesai bermain message dengan seseorang .

Sewaktu mereka bersembang menggunakan message didalam phone.

" Kalau macam itu kita pergi ke tempat yang kita inginkan mengikut haluan masing-masing".

"Bagus juga tu nanti bila dah balik boleh kita ceritakan pengalaman masing-masing".

"Maaf, aku mungkin tak dapat ceritakan pengalaman aku".

"Kenapa pula? Kau nak menetap kat sana ke ? Kalau macam tu nanti kitorang kena pergi sana la cari kau. "

" Aku takkan balik kesini semula.Tak payah datang sebab aku nak pergi ke pantai untuk tunggu tsunami datang "

" Bahaya tu ".

" Aku nak padam memori aku dekat sana nanti . Aku dihantui bayang-bayang hitam yang sering mengejar aku dalam diam yang tidak mungkin dapat aku genggam walaupun dapat aku menyentuhnya akan tetapi kesannya tidak dapat aku rasa ".

" Masing-masing ada kisah hidup yang tersendiri. Kisah silam.".

Mereka berdua berhenti text message.

"Tidak kau faham maksud aku ? Bayang-bayang itu adalah perasaan cinta ku terhadap kau. Aku tidak mampu untuk membuang perasaan itu. Perasaan itu semakin lama semakin kuat akan tetapi aku tidak dapat memiliki perasaan itu untuk bersama kau. Aku merasai perasaan itu akan tetapi kau tidak merasainya. Tidakkah kau faham ? ", Rafael meluahkan rasa kesalnya didalam hati.

PETANG itu mereka berdua bertemu sementara menunggu teman-teman yang lain tiba untuk melepak bersama, Rafael memulakan sembangnya tetapi dalam suasana yang agak muram dan dingin.

" Kau nak pergi sana nanti bila ? ",

" Tak tahu lagi. Belum confirm lagi ".

" Siapa yang kau nak jumpa tu ? Member kau ke ".

" Erm, secret ".

" Betul ke kau nak pergi sorang ? "

" Aah. Dah dia yang nak sponsor. Dia cabar aku . Aku pun apa lagi pantang dicabar. Memang dia nak tengok aku terpacak depan dia ".


Perbualan mereka terhenti sebaik sahaja teman yang lain tiba disitu dan mereka mula ke satu kedai makan yang berhampiran disitu.
Semasa mereka berdua dan teman-teman yang lain sedang duduk semeja untuk melepak dan makan bersama topik percutian di ungkit.

" Eh. korang Rafael nak pergi  bercuti ke pantai nanti."

" Dah tu yang beriya nak pergi jauh sana jumpa dengan someone tu".

" Yela nanti semua pergi la mana-mana tempat yang ingin pergi balik nanti kita cerita la pengalaman masing-masing , ".

" Aku tak balik sini dah aku katakan. Aku nak tunggu tsunami datang kat pantai tu. Biar aku lenyap bersama-sama dengan memori yang aku ada. "

" Ah ko,tak payah lah..

" Eh korang ni.. Korang berdua pergi sekali la ke sana nanti", kata salah seorang teman mereka dan masing-masing terdiam.

Mereka mula menukar topik untuk dibualkan sehingga la larut malam mereka pun berangkat pulang . Masing-masing memasuki ke kereta sendiri dan satu demi satu kereta meninggalkan tempat itu. Selang beberapa jam seperti biasa aktiviti harian mereka adalah bersembang dalam phone menggunakan 'Whatsapp' dalam group.

" Excited la tu nak pergi jumpa someone tu. Huh ! ",

" Kenapa hal aku nak pergi sana nie jadi topik hangat ni".

 " Trends.. Topik paling hangat. Hahaha".

"Tak ada apa-apa pun la. Dah dia yang cabar aku. Nak sponsor aku. "

"Nak luangkan masa bersama ? "

"Tak ada apa-apa la. Sorry kalau aku ada tersalah cakap. Nytes"

Perbualan mereka terhenti disaat itu.Malam itu tidak lama mereka bersembang. Adakah gadis itu terasa hati dengan Rafael ?

KEESOKAN HARINYA mereka berdua bertemu tetapi mungkin kerana peristiwa malam itu mereka seperti janggal untuk bersembang.Tiada apa yang mereka bualkan. Sepatah soalan sepatah jawapan. Seperti ada kemusyikilan disitu. Rafael ada post sesuatu di facebook ketika itu mengenai percutiannya di satu pulau dan tidak lama selepas kelihatan gadis itu ada membuka handphonenya sejurus itu dia pun bertanya kepada Rafael.

" Kau nak pergi bercuti ke ?"

" Err, aah," jawab Rafael dengan nada terkejut setelah diaju soalan.

" Bercuti ke mana ? "

" Ke pulau. Tapi tak tahu lagi dekat mana ."

" Bila kau nak pergi ? "

" Tu la date tak cari lagi. Erm kau nak pergi terbang tu bila ? Bila kau pergi sana nanti mungkin waktu tu baru aku pergi bercuti kat pulau tu ."

" Ah, kenapa pula ."

" Yela dah tak ada sapa kat sini lagi nak tunggu apa lagi ."

Perbualan mereka terhenti disitu tatkala masing-masing tiada apa lagi yang dibualkan. Masa cepat berlalu .


Bermulanya semua hanya dengan rasa
Ada saja yang tak kena
Rupanya kau berkasih
Menyingkir setia
Sandiwara penuh dusta

Kini ku beri satu amaran
Jangan nanti jadi cabaran
Aku ingin kau memadam kenangan
Menjadi mimpi berterbangan


Jika engkau pergi, bulan dan bintang tetap masih di langit
Jika engkau pergi, air mengalir takkan berhenti
Jangan khuatir tentang diri ku
Ku janji takkan merindui mu

Bermusim resah hadir membelai
Menyentuh hati kecewa
Janji sehidup semati
Tinggal tiada lagi
Impian hancur depan mata

Semakin terungkap kepastian
Biarlah ku rela melepaskan
Pada mu cinta cuma lah mainan
Sekadar untuk senda bersama

Puas sudah ku berikan engkau segalanya
Jalan cerita pun nyata akan berubah


" Ohh , kalau U da pergi ke pantai tu jadi maknanya gadis tu pergi ke sana juga la ye jumpa dengan someone tu dan bersama dengan orang tu ? . " tanya Puteri kehairanan.

" Erm, " , Rafael hanya diam sambil menghirup air didepan matanya itu dan tersenyum.

" Raf.. I tanya ni jawabla."

" Excited la tu nak dengar jawapan ? haha ".

" Ofcourse la "

" U pernah tengok movie kan. "

"Pernah"

"Pernah tengok trailer kan "

" Pernah. U jangan kata U tak nak sambung cerita. "

" Pandai pun U. I bagi trailer je dulu. Kesinambungan cerita I akan cerita dilain hari. Hehe. Nampak tak permainan nye disitu ? Boleh ? Lagipun dah lama kita kat sini. "

"U ni kan. Dari dulu tak habis-habis dengan nampak tak, nampak tak. Sengaja nak buat orang tertanya-tanya. Bagi cerita separuh-separuh. Geram. "

" Ala, janganlah marah. Nanti I sambung la cerita. Hehehe. "

" Yela. Walaupun hampa terpaksa terima hakikat. Tiada apa yang boleh mengubah fikiran U tu. Huh ! Tapi kan U cerita ni keadaan sebelum U tinggalkan tempat tu kan. Macam mana pula dengan Luna waktu itu ".

" Time tu I dah lepaskan Luna sebab dia dah jumpa pengganti baru jadi I tak ada hak lagi untuk terus menantinya dan I sudah tiada ruang lagi untuknya. I sudah lepaskan semuanya. Sebab tu I berani ada perasaan dengan orang lain. Hati I cukup untuk satu  sahaja. Tak muat nak tambah banyak-banyak. Hahaaha. ".

" Hah. ayat sukar untuk diterima. HiHi ".

Selesai sahaja Rafael membayar dikaunter , Puteri terus masuk ke office nya yang berhampiran disitu dan Rafael dengan keretanya berlalu meninggalkan kawasan itu. Persoalannya siapa pula gadis yang dimaksudkan itu ? Adakah benar gadis itu pergi ke tempat yang diceritakan Rafael dan menyebabkan Rafael hilang ? Apakah gadis itu sudah bersama dengan seseorang yang dimaksudkan itu punca Rafael tidak mahu berjumpa dengan dia lagi ?

                         
Part 7                                                                                                              




0 comments:

Post a Comment