SlideShow

1

Tiba masanya.. Segala-galanya Aku Ceritakan (7)



Diwaktu kehilangan Rafael beberapa bulan dahulu...

Aku tahu apa perasaan burung didalam sangkar,
Bila matahari terang benderang di bukit sana,
Bila angin sepoi di dedaunan hijau,
Dan sungai deras jernih ibarat kaca,
Bila bersiulnya burung lain,
Dan kembang putik berbunga,
Dan wangiannya memukau ,
Aku tahu apa perasaaan burung di dalam sangkar.

Aku tahu kenapa burung di dalam sangkar kibarkan sayapnya,
Sehingga cedera, luka, berdarah pada besi,
Ia perlu pulang ke batang sangkar dan bergayut,
Kala lena, itu jua tempat jantungya berdenyut,
Perih dan parut lama pasti ia ingat,
Aku tahu kenapa burung di dalam sangkar kibarkan sayapnya.

Aku tahu kenapa burung dalam sangkar menyanyi,
Sayapnya luka dan punggungnya letih,
Bila bersiul maka bebaslah,
Bukan lagu gembira atau lagu untuk menari,
Tetapi doa dari jauh dalam lubuk hati,
Mohon kepadanya ia berterbang pulang,
Aku tahu kenapa burung dalam sangkar menyanyi.


Kelihatan seorang pemuda sedang berdiri di persisiran pantai dengan keadaaan yang aman dan damai mendengar desiran ombak pantai, burung-burung berkicauan , angin yang sepoi-sepoi bahasa. Sungguh indah ciptaan tuhan ini. Segala-galanya tersangatlah indah dan cukup sempurna.

Tidak jauh dari tempat dimana pemuda itu berada dia terlihat akan seorang gadis sedang duduk termenung di bawah pokok menghadap ke arah pantai dan pemuda itu perhati gadis itu seolah-olah sedang bersedih. Dimana jelas kelihatan air matanya mengalir di pipinya. Pemuda itu mula melangkah ke arah gadis itu tanpa memikir masa panjang.

" Assalamualaikum", sapa pemuda itu.

"Eh, waalaikumsalam, awak ni siapa ?", gadis itu balas dengan nada terkejut.

" Saya Rafael, saya berdiri di sana tadi dan memerhatikan awak keseorangan disini jadi kiranya tak salahkan kalau saya menemankan awak disini . Macam syok je duduk bawah pokok sambil memerhatikan pantai. Penat lah berdiri.Hehe ," gurau Rafael dan membuatkan gadis itu mula tersenyum.

" Oh, saya Puteri. Salam perkenalan. Tapi saya was-was la dengan orang yang saya tak kenal."

" Iya, itu memang betul at least awak tahu nama saya jadi awak dah kenal kan. Hahaha."

" Haha. baiklah."

"Maaf kalau saya bertanya , tadi saya nampak awak seperti menangis. Apa yamg awak sedihkan ?"

" Perlu ke saya bercerita pada awak ?"

" Perlu atau tidak terpulang lah tapi saya jamin saya tidak mampu selesaikan masalah tanpa mengetahui nya dan saya jamin saya akan jadi pendengar yang baik. Haa manala tau kalau-kalau saya boleh beri sedikit nasihat untuk muhasabah diri, kan".

" Baiklah, memandangkan saya pun tengok awak macam orang baik-baik aje jadi saya boleh lah share dengan awak. Macam ni sebenarnya. Saya tak tahu apa perlu saya buat dalam hidup ini. Seringkali masalah datang tak putus-putus. Lepas satu, satu yang datang. Apakah takdir ini sungguh kejam pada saya. Baru-baru ini , saya sepatutnya jadi tunangan orang tetapi kerana pihak lelaki buat masalah menyebabkan kami tak jadi bertunang dan boyfriend saya terus minta putus dan sebab itu lah saya minta cuti dan terus kesini untuk menenagkan fikiran saya. Awak rasa apa yang saya perlu buat ? Jahat sangat ke saya ini ? Setiap pilihan yang saya buat semua tidak menjadi. Saya sudah tak lalu lagi nak teruskan hidup. " Puteri menceritakan masalahnya kepada Rafael.

" Erm, sabar lah Puteri. Agak parah juga sebenarnya. Tapi apa yang saya nak kata kan ni semuanya bukanlah salah takdir. Takdir kita memang sudah tertulis dari awal lagi. Mungkin lelaki itu bukan jodoh awak. Semua perkara yang terjadi ada hikmahnya. Sepertimana saya jumpa awak sekarang ini. Tuhan sudah aturkan dengan canttik.Kalau awak tidak bercuti ke sini mana mungkin awak dapat jumpa saya bukan ? Dan saya ingin tanya pada awak. Bagi pendapat awak apa itu TAKDIR dan PILIHAN ?

Puteri mula tercengang akan kata-kata Rafael dan menjawab akan pertanyaan Rafael , " Takdir terjadi atas pilihan kita yang pilih.Betul tak ?

"Erm. Ikut pendapat masing-masing la ye. Kalau bagi saya , takdir itu memang sudah ditentukan. Pilihan hanyalah jalan untuk kita ke takdir. Seperti seorang kawan saya pernah beritahu TAKDIR umpama RUMAH. PILIHAN umpama JALAN. Kita nak ke satu rumah ini akan tetapi ada dua jalan yang berlainan. Nampak tak disitu ? Kita tidak tahu jalan mana yang dekat dan yang mana jauh akan tetapi kedua-dua jalan ini tetap menuju ke destinasi yang sama.. Tujuan kita adalah untuk ke rumah itu. Andai kata kita ikut jalan yang pertama. Terdapat bermacam-macam halangan seperti jambatan runtuh, pokok tumbang, jalan banjir, tiada kenderaan awam kita katakan ianya UJIAN & DUGAAN. Disitu kita perlu berjalan dan katakan ianya USAHA dan BERDOA kepada Allah SWT untuk memudahkan perjalanan dan oleh itu kita mampu menyeberang sungai , meredah hutan, membuat rakit dan bantuan seperti  kenderaan umpama bas atau lain-lain disediakan di jalan itu untuk tiba ke rumah itu. Dan seterusnya kita tiba ke destinasi. Apa yang saya ingin sampaikan disini setiap pilihan yang kita buat akan tetap menuju ke takdir kita cuma..CUMA MASA YANG MENENTUKAN CEPAT ATAU LAMBAT. Jika kita berusaha maka cepatlah. Jika kita leka maka lambatlah. Sama juga seperti jalan yang satu lagi itu dekat tapi kalau kita tidak berjalan masuk ke jalan itu sampai ke kita ke destinasi ? Tidak kan. Usaha itu penting tidak kira jalan mana kita ambil pastikan tabah dalam menghadapi segala  ujian dan dugaan. Allah SWT itu ada jangan sesekali kita sombong akan-Nya. KITA TIDAK MAMPU TERUSKAN HIDUP SELAGI KITA TIDAK BERGANTUNG PADA YANG TAK MATI", panjang penjelasan Rafael kepada Puteri dan Puteri khusyuk dan asyik mendengar.

" Terima kasih Rafael, sekarang baru saya sedar. Kalau awak tiada mesti saya dah bunuh diri agaknya. Terima kasih banyak-banyak nasihat awak sangat berguna dan akan saya ingatkan sampai bila-bila. Dan terima kasih kerana sudi menjadi pendengar yang baik. Hehe."

" Haha , tak mengapalah saya hanya buat apa yang perlu untuk kawan-kawan yang dalam kesusahan. Kalau ada apa-apa nanti nak berborak ke apa ke call me", Rafael tersenyum sambil menghulurkan sekeping bussiness card kepada Puteri dan terus berlalu pergi dari situ.

" Wow ! Thanks again..i will..," jerit Puteri.





"Rafael, Rafael", u ni kenapa. Cam lagi tak kat i nie. Nampak i terus je termenung jauh ", seorang gadis menegur Rafael dan menyebabkan Rafael tersentak dari lamunannya.

"Oh, mestilah kenal.Mana boleh tak kenal. Puteri kan. Lama tak jumpa buat apa sekarang".

"Masih seperti biasa. But i transfer ke sini taw. U pun ada dekat sini boleh lah jumpa u selalu lepas ni.  Lama betul u menghilang kan diri . Tak da call or text langsung.Menyepi macam itu aje. Perangai tak berubah dari dulu", balas Puteri.

"Owh, saje je jalan-jalan mengimbau kenangan disini. Hehe. Memang sama la tak ada yang berubah sekali pun".

" Yela u balik tak bagi tahu i ape-ape pun i tanya kat receptionist diorang kata u dah check out.

" Hehe sorry..i'm really sorry. jom la kita pergi lepak mana-mana dulu duduk sana berborak takkan nak berdiri aje".

" Ok , i follow u aje ".


Mereka berdua terus menuju ke tempat dimana ada kedai makan di kawasan itu.Siapa sangka Rafael boleh terserempak dengan Puteri di bumi Rafael. Bukan di tempat pertama kalinya mereka bertemu.Akan tetapi.. Siapakah Puteri ?
Apakah hubungan Rafael dengan Puteri selama beberapa bulan sebelum ini ?



Bunga tanjung bunga melati

Kembang tujuh dibulan terang
Tinggi gunung sama didaki 
Dikala jatuh mengapa seorang


Part 6                                                                                                 BERSAMBUNG..
0

i dont STALK i just INVESTIGATE




Kembali dengan isu semasa : - Ramai orang yang telah meng salah ertikan apa yang aku maksudkan sebelum ini. jadi ini hanyalah opinion aku berdasarkan pemahaman aku ye.



STALKER..Bila dengar je ayat ni rasa macam jahat je kan.Pada definisi asalnya stalker ni memang salah tapi mengikut pada caranya dan keselesaan si mangsa. Eh! ada pula keselesaan si mangsa ye. Stalker selalu nya akan selalu mengikuti perkembangan seseorang dan akan mengancam keselamatan atau nyawa seseorang.Ya, itu adalah real stalker. Jika ianya ancaman jawapannya iya. Dan jika tiada ancaman itu bukanlah stalker kawan. Lagi satu kau stalk orang and then kau mengaibkan dia. Itu ancaman tu..Jadi disini hentikanlah buat seperti itu ye. Jangan nak jadi stalker sangat la..

Aku ? Me ? oppss..I dont stalk i just investigate..hahaha

Bila orang tanya sesuatu perkara aku hanya kata aku tahu. Bukan bermakna aku stalk cuma aku tahu. Bila aku tahu aku cuma buat-buat tak tahu. Nampak tak permainannya disitu ? Tahu dengan sengaja atau tidak disengajakan.

Tahu dengan sengaja disebabkan korang-korang sendiri yang duk publish kat public cth , facebook,twitter,blog,video dan macam-macam lagi la dalam dunia cyber semua orang ada.
Yang duk nak ceritakan semua dalam tu nak buat apa kan jadi salah sendiri la jangan nak salah orang lain.

Tahu dengan tidak sengaja. Well, kita semua tahu mulut orang susah nak tutup. Bak kata UNIFI..Laju je cerita tersebar.Dulu guna broadband jadi sebarannya tak ada la terlalu cepat tapi sekarang mulut masing-masing dah macam UNIFI..hahaha..

Back to the topic. Sesetengah orang pula adalah Psyco. Benda tak tahu pun  tapi act macam tahu dan secara tak langsung orangnya sendiri yang buka cerita.Hehe..Ramai ler tu yang terkena dengan aku..kih3x..Jenis yang kuat main psiko nie bukan bahaya mana pun cuma pandai-pandai lah membawa diri pabila bersembang..Hahaha..For me..Speech is silver but Silence is golden..Ramai kawan-kawan aku diluar sana yang berbakat dalam psiko nie..aha! Pernah la juga terkena kan..

Opss ! Lari topik lagi..Ok..Satu lagi instict..Naluri..Seperti yang aku katakan sebelum nie sebab instict..Walaupun tiada siapa yang bagitahu atau tuannya badan tak publish dekat public sesetengah orang ada instict yang kuat dan perasaan ingin tahu itu juga ada. Disitu kita panggil investigate.Untuk menyelesaikan kekusutan jiwa dan mental. Ha ! Nampak kan..Ianya bukan ancaman jadi bukan stalker.. Benda apa aku mengarut ni ha..

Continue..Lagi-lagi yang suka menipu tu kan. Heh ! You can lie but I always finds out. Dont lie to a liar..Sebelum kau pakai tatu gua dah pergi perang la..Sounds like that..
Jadi teknik2 menipu yang digunakan tu sudah lama digunakan.Itu je maksudnya.Adoi ! merepek lagi aku..

Dan ingin ku tegaskan sekali lagi menipu la korang tapi jangan ingat mereka yang ditipu itu tidak tahu.Mereka tahu cuma buat tidak tahu.Apa yang mereka mahukan hanyalah penjelasan dari mulut anda sendiri.Itulah gunanya investigate..Kami siasat apa yang menganggu kekusutan kami dan bukannya stalking tahu. Nampak tak permainannya disitu ???

JaDI ada faham perbezaan stalker dan investigate ??? hahaha..Walau apa pun jaga diri la dimana sekalipun anda berada orang diluar sana banyak karenah ragam nya. Lepas nie mesti ramai haters kat aku nie ha..hahaha..Maaf.maaf..hanyalah pendapat sendiri..Renung-renungkan dan fikirkan sekali 
"AM I RIGHT OR I AM RIGHT ? "

SAHABAT YANG BAIK ADALAH ORANG YANG SELALU MENGHINA KITA.
MUSUH KITA ADALAH ORANG YANG SELALU MEMUJI KITA.

0

Tiba masanya.. Segala-galanya Aku Ceritakan (6)




"Aku sedar kewujudan aku hanya akan membebankan mereka dan menyusahkan mereka. Aku perlu kembali seperti keadaan dahulu. Ada sebab mengapa sewaktu ketika dahulu aku sering menyendiri dan berseorangan kerana aku tidak ingin menyusahkan orang di sekeliling aku tapi sekarang ? Aku sudah bergaul dengan ramai orang dan aku merasakan sesuatu. Aku seolah-olah sudah melibatkan orang di sekeliling aku dalam kehidupan aku. Aku merasakan yang aku satu bebanan pada mereka. Aku merasakan aku telah banyak menyusahkan mereka. Ini semua tidak patut berterusan. Aku perlu mengundurkan diri secepat yang mungkin supaya ianya tidak berlarutan dan cuba untuk mengelak akibat yang akan datang. Aku bukanlah seorang kawan yang baik kerana aku tahu aku hanya akan memberi masalah sahaja. Dengan adanya aku tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada sesiapa. Jadi mengapa aku perlu di sini bukan ? Aku tidak patutnya berada disini di dalam situasi ini. Maafkan aku kawan-kawan , aku bukan sengaja tetapi kerana aku sayang akan kawan-kawanku jadi aku perlu memulakan langkah. Langkah untuk menstabilkan semula keadaan ini. Aku berharap jika aku tiada ini kamu semua anggap sahajalah yang aku tidak pernah wujud. Tidak pernah kenal supaya keadaan menjadi seperti dahulu.Terlalu banyak yang aku telah lalui dan aku tidak sanggup melibatkan orang lain lagi dalam masalah aku.Asalkan kawan-kawan aku gembira, aku turut tumpang gembira walaupun aku hanya melihat dari jauh. Itu lah apa yang aku ingin kan dalam hidup ini untuk membuat kawan-kawan ku gembira akan tetapi aku tidak terdaya malah aku hanya akan menjadi penghalang akan kegembiraan kawan-kawanku yang lain. Maafkan aku. Dan aku sedar siapa aku dikalangan kawan-kawan aku walaupun tiada siapa yang memberitahu akan aku ini membebankan orang lain tapi aku tahu dan aku dapat rasakannya. Memang banyak pertolongan yang kamu semua bagi pada ku tapi kalau nak dibandingkan dengan pertolongan yang aku beri masih tidak mencukupi dengan apa yang kamu semua beri. Aku rasa sangat bersalah kerana buat kamu semua macam ini. Maafkan aku. Maafkan aku. Maafkan aku. Aku tak terniat untuk buat semua ini cuma kerana masalah aku yang terlalu berat untuk aku fikirkan dan tidak siapa tahu , tiada siapa boleh membantu dan aku tidak ingin melibatkan sesiapa pun dalam masalah aku ini oleh itu izinkan ku melangkah pergi. Kamu semua berhak untuk mendapat kawan lain yang lebih baik dari aku. Orang seperti aku ini memang tidak layak dianggap kawan kerana hidup hanya memberi bebanan pada kawan sendiri. Sebelum itu inginku ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana kamu semua sudah banyak membantu aku selama perkenalan kita. Terima kasih. Jasa baik mu mungkin tidak dapat ku balas tetapi akan ku kenangkan dan doakan untuk kalian semua." Terima Kasih banyak-banyak.
KADANGKALA ORANG YANG MENYINTAIMU ADALAH ORANG YANG TAK PERNAH MENYATAKAN CINTANYA PADAMU..
KERANA ORANG ITU TAKUT KAU BERPALING DAN MENJAUHINYA..
DAN BILA DI SUATU MASA DIA HILANG DARI PANDANGANMU...
KAU AKAN MENYEDARI DIA ADALAH CINTA YANG TIDAK PERNAH KAU SEDARI..
" coretan  dalam sebuah website atas nama Rafael dijumpai dan dibaca oleh semua rakan-rakan Rafael termasuklah Maya dan Aida setelah 2 bulan berlalu.

Mereka mendapat tahu dalam tempoh 2 bulan itu Rafael terlibat didalam kemalangan motosikal tetapi apakan daya sehingga kini mereka masih tidak dapat berjumpa dengan Rafael. Bagaimanakah keadaan dia ? Sihatkah ? Macam mana dengan kehidupannya ? Pelbagai persoalan yang bermain didalam pemikiran kawan-kawan Rafael.

*************
3 BULAN SELEPAS KEHILANGAN RAFAEL..

" SEKALI lagi aku melangkah dimana tempat aku membesar setelah 3 bulan aku tinggalkan tempat ini. Tiada apa yang berubah melainkan pembinaan stesen MRT yang masih lagi belum siap sepenuhnya dan nampaknya masih lagi didalam pembinaan peringkat awal. Teringin aku melihat kawan-kawan aku tetapi masih bolehkah mereka menerima ku setelah apa yang aku lakukan pada mereke ? Setidaknya elok lah aku membiarkan sahaja dulu dan tiba masanya nanti akan ku jumpa dengan mereka. " rintihan hati Rafael yang sedang menuju ke destinasinya dari KLIA.

"Raff , kenapa dengan kau ni. Sampai sini terus je kau termenung. Kau dengar tak apa yang aku ceritakan tadi ? Ke dah jumpa pilihan hati baru kat sana yang kau tak ceritakan pada aku lagi ? haha ", Andy, teman sekerja Rafael di suatu ketika dahulu mula menegur dan lamunan Rafael terhenti.

"Ah, tak ada la. Memandai je kau ni, Maaf lah tak berapa nak dengar la cerita kau. Kau cerita apa tadi ? Ok ok aku akan dengar dengan khusyuk nya kali ini,"balas si Rafael.

"Tak nak aku cerita pasal aku, aku nak dengar cerita pasal kau",Andy senyum sinis.

" Sejak dua menjak ini makin kerap aku diganggu visi bila celik juga bila mimpi aku nampak kau tapi bukan aku yang disisi dia membelaimu dengan izin dan permisi sentuhan katanya semuanya kau iakan sentuhan jarinya kau biar dan diamkan aku redha walau tak ku damba walau hampa semuanya sudah dijangka.Well, aku tak da la nak menaruh harapan lagi pada si Luna tu. As long dia happy aku pun happy juga la. Aku dapat tahu dia dah jumpa pengganti baru kan.Bagi aku bukannya apa kan, cuma macam ni la kita sebagai manusia kalau nak berkata-kata tu kenalah tepat,betul dan berisi. Bukan cakap kosong. Cakap semua orang boleh cakap sedangkan budak baru lahir pun dah boleh merengek.Kau faham tak maksud aku ?," tanya Rafael kepada Andy.

"Amboi rap,haha.Nanti jap, kau cerita pasal apa ni ? Luna dah ada pengganti ? Aik macam mana kau dari tempat jauh kau tahu pasal dia ni ha.. Kau stalker dia ye.. Hahaha... Kau memang pro-stalker.," gurau Andy.

"Hahaha..Bro, gua bukan stalker bro..Dengar ni baik-baik. " I DONT STALK BUT I INVESTIGATE. Ha.. Ada faham ? Hahahaha..Ini Rafael la..YOU CAN HIDE BUT YOU CAN'T RUN. YOU CAN LIE BUT I'LL ALWAYS FIND OUT. Bahaya tak aku ni ? lagak Rafael sambil menjeling ke Andy.

" Iya la Raff..Kau memang bahaya tapi aku tahu kau jenis yang setia dan pegang pada janji. Kau buat macam tu pun sebab kau masih sayangkan dia kan. Ha apa yang kau maksudkan cakap kosong tu ? Yang itu aku tak berapa nak faham", Andy mula bertanya.

"Macam ni ceritanya. Kau ingat lagi tak yang aku ceritakan  pasal Luna ada kata hati dia pada seorang sahaja iaitu 'ex' dia. Sekarang kau tengok. Dengan siapa ? Bukan 'ex' dia. Orang baru. Itu yang aku maksudkan kita tak tahu apa akan jadi pada masa hadapan jadi mulut tu kenalah jaga sama juga ada orang tu kata setia tapi setia celah mana ? Selagi tak confirm tak jadi apa-apa jangan nak sedap mulut aje. Ni bukan aku tuju pada Luna tapi pada semua orang sekeliling lah yang banyak kat kawan-kawan aku yang lain. Aku pernah direct terus kat diorang kalau diorang cakap besar ke ape ke aku cakap terus I DON'T TRUST WORDS, I TRUST ACTION. Terdiam. Geli hati pula aku tengok. Cuba kita berjanji dengan diri sendiri dahulu tengok macam mana boleh tak kita tunaikan. baru aku akan diam.  2 tahun aku berjanji pada diri aku untuk tunggu dia dan takkan cari perempuan lain dalam tempoh tu alhamdullilah aku berjaya tepati janji aku 2 tahun. In syaa allah mungkin lepas ni aku berani berjanji dengan orang lain. Tapi tak nak lah aku nak ingat pasal benda ni buat hati kembali berdarah aje. Aku harap dia bahagia lah dengan pengganti baru dia dan aku doakan kebahagiaan dia. " panjang lebar celoteh Rafael pada Andy.

" Oh, betul la tu. Tapi siapa pengganti dia tu bagi tahu la aku boleh usha tengok kau dengan dia mana lagi hensem.Hahahaha.  "sindir Andy.

"Kau ni . Biar lah rahsia. Hahaha. "

"Maya pula apa cerita ? Kau tak pergi jumpa dia ke ? Kau dah lah pergi macam tu je balik pun senyap je. Janji kau dah tepati boleh la ko adjust Maya tu. Hahaha..Tapi nasib baik kau ingat kat aku.Hahaha,"soal Andy lagi.

"Aku tak jumpa lagi pun. Ntah la tunggu aku bersedia nanti aku pergi lah jumpa dia.3 bulan je pun aku pergi.Kau ni suka-suka hati je la aku dengan dia tak ada apa-apa la. Eh, mana makanan kita ni tak sampai-sampai lagi. Ni yang nak buat marah ni. Hahaha."

"Sabar-sabar. Kau ni gelojoh la. Tu da sampai da tu.Pandai je tukar topik,"

Mereka pun terus menjamu selera dan terus bersembang. Terlihat wajah Rafael sedikit kesal dengan nasib yang terjadi pada dirinya. Kisahnya dengan Luna tersangat lah tragis. Ianya memang seperti drama bermusim yang memakan masa 2 tahun lebih,.Kini sudah masuk tahun baru dan Rafael sudah tidak mengharapkan apa-apa lagi kerana kalau benar dia jodohnya untuk Rafaael tidak akan kemana.Mungkin Luna lebih bahagia dengan pengganti barunya itu.


2 BULAN KEMUDIAN..Rafael menuju ke satu destinasi dimana mungkin akan mengimbau kenangan lamanya dan tanpa disangka-sangka mata bertentang mata dengan seseorang yang dia pernah kenali dahulu. Kedua-duanya terdiam, kaku seribu bahasa seperti terkejut umpama melihat hantu. Siapakah yang gerangan yang membuatkan Rafael terkejut sebegitu rupa ?

PART 5