Jam
sudah menunjukkan 5.00 ptg. Selesai sahaja Rafael membayar,Rafael
menemankan Luna ke tempat kerjanya dan Rafael pun berlalu pergi ke
tempat kenalannya untuk bersembang sebentar. Rafael sudah tahu apa kan
terjadi pada mereka setelah Luna mengetahui umurnya.Rafael hanya pasrah
dan redha.Jika nyatalah dia pemilik tulang rusuk Rafael dia tetap akan
ke Rafael. 2 hari ini membuatkan Rafael tersangatlah gembira.
Sampai
ke satu masa Rafael sedar yang Luna sering off phone nya dan Rafael
tahu Luna ada ada nombor lain.Nombor yang Luna pernah call Rafael dan
saat itu Luna memberitahu itu nombor kawannya.Rafael tahu itu nombor
Luna.Luna sengaja menyembunyikannya.Dan bila Rafael call nombor yang
selalu Luna call tidak dapat Rafael cuba untuk call nombor satu lagi.
Mungkin Luna sengaja beri kawannya jawab dan cuba mengatakan jangan
ganggu Nombor itu lagi. Naluri Rafael sememang akan tepat.Biarpun Luna
cuba menyembunyukan ianya tetap akan diketahui. "YOU CAN HIDE BUT YOU
CAN'T RUN.YOU CAN LIE BUT I'LL ALWAYS FIND OUT".kata Rafael dalam hati.
Rafael
menghantar sms ucapan pagi dan malam hanya bertahan selama 2 minggu
sahaja kerana dia terlihat satu status di fb dari Luna yang mengatakan
dia menyampah dan jangan paksa dia untuk menerima Rafael kerana hatinya
pada seorang sahaja. Walaupun Luna tidak mention nama Rafael,tetapi
Rafael tahu status tu ditujukan kepada siapa.Luna masih menantikan ex
nya dan Rafael tetap akan terus menanti Luna.Mulai saat itu Rafael
tiba-tiba menghilang.Menghilangkan diri dari dunia Fb.Sudah tidak
memberi sms pada Luna.Hilang menyepi begitu sahaja.
Pada
masa yang sama, Rafael dan Maya semakin lama semakin rapat. Rafael
sering menemankan Maya sewaktu dia bekerja.Pagi , tengahari dan petang
akan sentiasa bersama dengan Maya. Tetapi mereka tiada sebarang
hubungan. Memang benar sebelum ini Rafael dan Maya pernah bekerja di
bawah satu syarikat yang sama dan mereka pernah dikontroversikan oleh
rakan-rakan sekerja mereka dahulu akan tetapi mereka hanyalah kawan
sahaja dan itu lah yang Rafael paling takutkan. Takut akan munculnya
perasaan itu. Kadang-kadang pabila Rafael bersama dngan Maya, Rafael
seperti ingin melindungi Maya. Jika ada lelaki lain yang memandang
pada Maya, Rafael akan rasa marah dan berkemungkinan Rafael cemburu.
Rafael keliru dengan perasaannya jika kena pada masanya. Akan tetapi
Rafael telah nekad untuk tidak akan ada perasaan itu dan Maya tahu
akan status Rafael yang masih setia menanti.Maya pun tahu akan kisah
Rafael dan Luna kerana Rafael ada juga bercerita tentang Luna kepadanya
Walaupun
Rafael melayan Maya dengan layanan yang baik sering ambil berat tapi
itulah sifat Rafael seorang yang peramah dan ambil berat dengan
rakan-rakannya. Sedaya upaya Rafael akan setia menanti akan Luna dan
terus menanti dan pada masa yang sama cuba untuk menghalang perasaannya
dengan Maya itu muncul. .
Beberapa
lama kemudian, Rafael ada cuba membuka Fb nya dan ternampak satu nota
yang dibuat oleh Luna tetapi tidak pasti untuk siapa kah itu adakah
untuk Rafael atau orang lain .Jika ianya untuk Rafael masih adakah ruang
dan harapan untuknya dan tetapi jika ianya ditujukan pada orang lain
maka redha dan pasrah itu yang Rafael perlu persiapkan.
Selang
beberapa hari dia menyedari yang Luna sudah remove dan block Rafael
dari akaun fb nya. Rafael redha dan pasrah hanya mampu tersenyum riang.
Kerana Rafael ingin menyepi buat seketika untuk mempersiapkan diri
supaya lebih bersedia lebih beriman dan sekembalinya nanti segala-
galanya akan dia serahkan pada Allah S.W.T dan kalau dia jodoh Rafael ,
dia pasti akan turut menanti. Rafael mengambil masa untuk 3 bulan sahaja
dan apabila berakhirnya tahun ini dia akan kembali bertemu Luna.
Maya dan Aida ada pernah berkata untuk melupakannya dan cuba mencari yang
lain akan tetapi Rafael tetap akan pendiriannya dia hanya akan menunggu 3
bulan untuk mempersiapkan dirinya dan andai kata selepas itu masih
tidak berubah apa - apa baru lah Rafael akan akur tentang keputusan
Luna.
^***********************
Sekali lagi Rafael
tersentak dari lamunannya kerana azan subuh kedengaran. "Ah, dah subuh
rupanya.Aku ingat baru pukul 2 atau 3 pagi. X sangka aku terkenangkan
semua ni sampai ke pagi.parah dah ni.Belum tidur lagi nie kejap lagi nak
pergi keje lagi", kesal Rafael. Lalu Rafael bermandi dan mengerjakan
solat subuh sebaik sahaja azan sudah berhenti.
Sebaik
sahaja Rafael selesai bersolat dia duduk di tepi tempat tidurnya dan
tertanya pada diri "kenapa aku mengenangkan kisah ini yang bermula dari
2 tahun lepas sehingga keadaan sekarang ni.Memang benar aku tidak boleh
melupakannya dan aku akan tunggu dia.Aku berharap penantian ku ini
tidaklah sia- sia tetapi sekiranya aku berhenti menanti bukan kerana aku
sudah putus asa tetapi aku tidak mempunyai cukup masa.Apabila tiba
masanya nanti kau carilah teman pengganti kerana orang yang kau akan
temui mungkin adalah lebih baik dariku.Aku akan pergi,pergiku tak kan
kembali kerana aku pergi menemui kekasih abadi. Akan ku doakan
kebahagiaan mu nanti pabila ku disana nanti", kata Rafael dalam nada
yang sedih.
************************
PART 3
Happy Family..
9 years ago
0 comments:
Post a Comment