Beberapa
hari selepas itu, Rafael teringat akan tarikh hari lahir Luna. Pada
tahun sebelumnya dia hanya mampu beri ucapan sahaja tetapi pada tahun
ini dia ingin memberi sesuatu untuk Luna. Puas Rafael memikirkan apa
yang patut dia beri. Rata-rata dia bertanya pada rakan-rakannya apa yang
patut dia beli. Pada mulanya memang ada sesuatu yang dia ingin beri
tetapi merata mencari tidak dia jumpa. Ingin buat sesuatu dengan hasil
tangannya sendiri tetapi pada masa yang sama peralatannya pula rosak.
Ada sahaja yang tidak kena. Rafael ada masa 4 hari lagi sebelum tarikh
lahirnya dan siapa sangka Rafael sudah pun menyediakan hadiah yang patut
diberi dalam masa yang terdekat. 3 hari rafael mempersiapkan hadiah
itu. Petang jumaat itu Rafael pulang kerja awal kerana ingin membalut
hadiah itu kerana tarikh lahirnya jatuh pada hari sabtu. menjelang
maghrib sebelum waktu berbuka Rafael selesai membalut hadiah itu dengan
usahanya sendiri.Almaklum la pertama kali memberi hadiah sebegitu dengan
usahanya sendiri membalut tidak pernah dia membalut hadiah sebelum ini.
Rafael berasa sangat excited lalu dia tidak sabar takut tiada masa lagi
untuk memberinya pada Luna jadi selepas isyak rafael bergegas ke
tempat kerja Luna untuk memberikan padanya.
Setibanya
disitu rafael tidak nampak Luna diluar mahupun didalam, Rafael hanya
menunggu diluar lalu Rafael menghantar sms kepada Luna.
Rafael : keluar jap, boleh ?
Luna : ada kat luar ke ?
Rafael : aah, seminit je :) .
Luna
keluar sejurus selepas itu,lalu Rafael memberi hadiah itu kepada Luna.
Mereka hanya bersembang untuk seketika kerana Rafael respect pada masa
orang yang sedang bekerja. Rafael bersyukur kerana Luna menerima
hadiahnya dengan hati yang terbuka dan berharap satu hari nanti Luna
juga akan menerima Rafael dengan hati yang terbuka.Sebaik habis sahaja
mereka bersembang , Luna masuk kembali bekerja dan Rafael terus pulang
dalam keadaan yang bergembira dan berkata dalam hati "andai kata nyawa
ku ditarik saat ini aku terima dengan redhanya kerana apa yang aku
inginkan dalam dua tahun ini hanyalah untuk berjumpa dengannya dan
bersembang dengannya meskipun dia tidak dapat dimiliki cukuplah sekadar
itu sahaja kebahagiaanku dan andaikata Kau inginkan kubersama dengannya
akan ku berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menjadi teman hidupku
dunia dan akhirat".
Malam itu adalah yang
pertama kali Rafael dan Luna bermain sms dengan banyak.Sejak dari Rafael
pulang hingga ke Luna pulang sampai kerumah. Betapa indahnya waktu
itu.Luna mengatakan yang dia suka akan hadiah yang diberi oleh
Rafael.Terasa seperti hubungannya itu menjadi secara rasminya.Tetapi
pabila munculnya hari esok, segala-galanya hanya umpama mimpi.
Segala-galanya ibarat tidak pernah terjadi.Rafael dan Luna menjadi
seperti tidak kenal antara satu sama lain.Luna sudah tidak memberikan
respon kepada Rafael. Apa yang sudah berlaku sebenarnya ? Mengapa ini
semua terjadi pada Rafael ? Mengapa malang sungguh nasib si Rafael dalam
percintaan ini ? Apakah salah si Rafael ? Walau apapun yang terjadi
Rafael tabah dalam menghadapinya. Sedangkan dalam kehidupan dia tabah
menghadapi masalah dunia ini kan masalah percintaan.Rafael memang
mempunyai kesabaran yang tinggi.
Dalam riang ria Rafael
bergelak tawanya disedari oleh seorang rakannya yang amat
memahaminya.Dalam ramai rakan-rakannya , yang seorang ini yang sedar dan
nampak apa yang Rafael lalui.Walaupun Rafael tidak menceritakan apa-apa
tetapi rakannya ini seakan-akan tahu lalu Rafael berlalu dari situ
tanpa memanjangkan ceritanya.Tidak semua orang mampu menyembunyikan
perasaan kecewanya walaupun kelihatan gembira.
Aidilfitri
menjelang tiba, Hari-hari Rafael seperti biasa bersama rakan-rakannya
dan sempat juga pagi itu memberi ucapan pada Luna dan memohon maaf sama
juga dengan Luna membalas ucapannya pada Rafael.
Ketika itu mereka hanya ber sms sekejap sahaja. Mungkin Luna sibuk agaknya.
Tiba
bulan yang baru di perawalan bulan segala-galanya berubah. Tiada satu
sms pun dari Rafael , Luna balas. Rafael agak terkilan terasa seperti
dia ada melakukan silap. Dimana silapnya ? Rafael tidak mengerti.Rafael
tetap akan memberi Luna sms selamat pagi dan selamat malam setiap hari.
Sampai
satu masa Luna menghantar sms kepada Rafael memintanya untuk call dia
semula.Rafael terkejut tiada angin, tiada ribut tiba-tiba Luna
memintanya untuk call dia. Rafael cuba untuk call dia selepas beberapa
minit sms yang diterima tetapi tiada jawapan Luna mematikan
telefonnya.Ianya mula bermain-main di fikiran Rafael. Apa yang berlaku
sebenarnya ? Rafael cuba untuk menghubunginya semula tetapi sama tiada
jawapan.
Malam kian tiba tidak seperti selalu kalau sesudah pulang
bekerja Rafael akan pergi ke satu tempat untuk berkumpul bersama Maya
dan Aida untuk keluar makan bersama tetapi pada malam itu Rafael terus
pulang kerumah. Jam 7.50mlm Rafael menerima panggilan daripada nombor
yang tidak dikenali dan cuba menjawab.Luna? Luna call Rafael dan meminta
untuk menghubungi nombornya lalu Rafael mematikan panggilan itu dan
cuba call Luna.Tiada jawapan? Rafael cuba lagi dan Luna menjawab dan
beritahu apa masalahnya. Setelah selesai bercakap didalam telefon Rafael
terus keluar dan pergi ke tempat kerja Luna untuk berjumpa dengannya.
Jam
waktu itu menunjukkan 8.00mlm. Setibanya di tempat kerja Luna , Luna
datang ke arah Rafael dan menceritakan masalahnya.handphone nya
rosak.Rafael mempunyai kemahiran dalam membaik pulih telefon jadi Rafael
cuba untuk membaikinya dalam pada masa yang sama mereka berborak.Kali
ini agak lama mereka berborak.Rafael mengatakan dia perlu membawa pulang
handphone nya ini kerana memerlukan sedikit peralatan dan Luna setuju.
Mereka berborak lebih kurang dalam setengah jam. Selepas itu Rafael
terus menuju pulang ke rumah untuk melihat apa masalah sebenar handphone
nya itu. Puas Rafael membelek hingga menuju ke jalan buntu. Rafael
menjadi lemah dan tewas kerana tidak dapat selesaikannya.Sesuatu bermain
dimindanya dia boleh membaiki tapi sayang tiada peralatan untuk nya
kerana ianya melibatkan software.Jam ketika itu menunjukkan 3.00 pagi.
Rafael cuba ingin menyelesaikannya tetapi ianya memerlukan peralatan itu
dan tiba-tiba Rafael terfikir untuk ke Shah Alam esok paginya dimana
tempat dia mengambil kursus disana dan sudah pasti disana ada peralatan
yang diinginkannya. Rafael menetapkan dirinya kalau Hendak 1000
Daya.jangan sesekali berputus asa.Walaupun pada mulanya hampir tertewas
kerana semangatnya terhadap Luna membuak-buak membuatkan dia ingin
mencuba sehingga boleh. Rafael masuk tidur pada jam 4.00 pagi kerana dia
perlu ke Shah Alam esok paginya.Setibanya di Shah Alam jam 12.00
tengahariRafael terus ke tempat itu dan menanyakan kalau-kalau ada
software nya dan ternyata memang ada jadi Rafael meminjam dan melakukan
disitu. Luna memberi sms dan berkata "kalau tidak boleh pulangkan sahaja
kepadanya", dan Rafael membalas "beri dia masa sehingga jam 2.00 ptg
hendak 1000 daya kan :) ".Luna berkata "ok". Jam 1.00 ptg selesai dan
masalah pun sudah selesai Rafael bergegas kembali ke Semenyih untuk
berjumpa dengan Luna untuk memberikan semula handphonenya.
Jam
2.10 ptg Rafael tiba di depan tempat kerja Luna dan Luna keluar menemui
Rafael.Luna ketika itu sangat terkejut dan gembira kerana Rafael berjaya
membaiki handphone.Mereka berborak disitu dalam setengah jam. mereka
tidak boleh berborak terlalu lama kerana Luna masih dalam waktu
bekerja.Rafael memahami dan berlalu pergi dari situ memandangkan cuaca
seperti ingin hujan Rafael menyinggah di satu tempat kenalannya bekerja
disitu.Agak lama Rafael disitu sehingga jam 4.30ptg waktu rehat Luna
jadi Rafael memberi sms untuk mengajaknya teman Rafael makan dan Luna
bersetuju.
Setibanya mereka di kedai makan
mereka sambung berborak seperti biasa hanya mampu berada bersama selama
30 minit sahaja kerana waktu rehatnya 30 minit. Pada masa yang sama
Rafael dapat merasakan Luna menemankannya bukan kerana kerelaan hati
tetapi kerana dia tidak mahu terhutang budi.Rafael dapat merasakan.Tidak
dari riak mukanya tetapi terlihat dari sudut hatinya.Dia
terpaksa.Terpaksa menemankan Rafael kerana Rafael telah menolongnya.Tapi
Rafael tidak ambil kisah sangat mengenainya.Sehingga satu saat Luna
bertanya tentang umur Rafael.Memang benar Luna tua setahun daripada
Rafael.Bukan setahun tetapi hanya 6 bulan.Hanya berbeza tahun
sahaja.Dari situ sudah terlihat apa yang telah difikirkannya.Rafael
bukanlah jenis yang suka menipu selagi orang tidak bertanya selagi itu
dia akan diam dan Rafael memberitahu dengan jujurnya umurnya.Adakah
nombor sangat penting bagi Luna ? Tidakkah Luna mengetahui "WHEN YOU
REALLY LOVE SOMEONE AGE,DISTANCE,HEIGHT,WEIGHT..ITS JUST A DAMN NUMBER."
PART 2
0 comments:
Post a Comment