SlideShow

0

Tiba masanya.. Segala-galanya Aku Ceritakan (5)



Hujan turun dengan lebatnya ketika itu, guruh dan petir berdentum tanpa henti seolah-olah dunia ingin terbalik. Rafael berada di tempat kerja Maya menanti Maya untuk habis kerja untuk keluar makan malam bersama. Sementara sedang menunggu itu Rafael memerhatikan keadaan cuaca yang tidak menentu hujan turun dengan lebatnya. Rafael memandang jauh ke atas langit. " Sungguh indah ciptaan Tuhan sehingga mampu menurunkan hujan, langit berubah gelap, kilat sabung menyabung dalam sekelip mata. Apa-apa pun aku hanyalah insan yang lemah. Aku tahu aku tidak layak untuk berada di dunia ini. Dengan keadaan aku sekarang, aku sedar yang aku tidak layak untuk sesiapa pun. Penuh cacat celanya dalam diri ini. Belajar pun tidak tinggi.Anak yatim piatu.Rupa pun tiada. Memang patut la tiada sesiapa yang inginkan aku. Apakah begitu banyak sangat ke dosa ku ya Allah hingga aku diperlakukan sebegini rupa. ? Ye sememangnya aku memang banyak buat dosa di masa lampau ku dan aku redha menghadapi segala balasan ku didunia ini. Kerana itulah aku sedar siapa aku.Aku sedar aku tidak layak untuk sesiapa. Jadi belum sampai pun 3 bulan yang aku janji kan itu aku terpaksa memungkirinya, kerana aku perlu berhenti mengejarmu, berhenti menyimpan harapan ku pada mu, berhenti merindui mu dan berhenti mengingati mu kerana aku sedar siapa aku. Aku tidak layak untuk kau. Dan aku tahu kau pun sudah mempunyai seseorang dalam hati kau. Kau kata kau hanya menanti bekas teman lelaki kau tapi dengan mudah cepat kau berubah kerana itu aku tahu aku tidak layak untuk kau dan aku tidak layak untuk sesiapa. Aku tidaklah se normal seperti orang lain dan aku tahu ianya hanya akan menyebabkan kau sengsara. Aku akan berhenti menyintaimu . Aku berharap kau bahagia dan aku tidak akan sesekali ambil peduli tentang hidup kau lagi. " rintihan hati Rafael terganggu kerana petir yang kuat telah memancarkan cahayanya didepan mata Rafael.

"Eh, da lama sampai ke ? "soal Maya kepada Rafael. " Erm, tak ada la  lama sangat sebelum hujan turun lag" balas Rafael. Tiba-tiba Rafael sedar, " mengapa aku perlu ,menanti pada orang yang tidak sedar akan kewujudan ku sedangkan di depan mataku ada dan sedar akan kewujudan aku selama ini. Tak mungkin, aku tidak layak untuk sesiapa . Aku tidak berhak dicintai dan mencintai. " keluhan Rafael.

Hujan masih lagi belum reda malah makin lebat turunnya dan Maya yang dari dalam pejabatnya cuba keluar untuk melihat hujan sudah berhenti atau belum dan sebaik sahaja Maya membuka pintu luar Maya terasa hairan dan tertanya-tanya pada dirinya sendiri, "aik, mana pulak si Rafael ni. Tadi ada sekarang hilang pula. Hujan bukan main lebatnya, mana pula dia pergi ni." Lama Maya berada diluar itu akan tetapi tidak terlihat akan kelibat Rafael disitu dan Maya masuk semula ke pejabatnya dan menyangka Rafael akan kembali nanti.


Beberapa jam sudah berlalu dan Rafael masih belum kembali lagi Maya cuba menjenguk keluar tetapi tidak kelihatan Rafael di situ justeru itu Maya mencapai telefonnya dan cuba untuk menghubungi Rafael. " The number you have dial is not in coverage, please try again later", operator berkata. Rafael tidak dapat dihubungi mungkin kerana telefonnya sudah dimatikan. Hujan masih lagi belum reda ketika itu. Maya sudah habis kerja dan menunggu diluar. Beberapa minit kemudian Aida muncul dan duduk bersama dengan Maya. Rafael masih lagi tidak kelihatan. Maya dan Aida mula tertanya-tanya. Pada malam itu , Aida dan Maya keluar makan tanpa Rafael.


Keesokan harinya, pada kebiasaan Rafael akan singgah ke tempat kerja tetapi tidak untuk hari itu. Kelibat Rafael tidak kelihatan. Berlalu sahaja hari itu, Maya dan Aida keluar tanpa Rafael dan hari-hari seterusnya. Rafael hilang menyepi. Seminggu sudah berlalu. Maya dan Aida tidak berjumpa dengan Rafael. Mereka berdua mula memikirkan kemana perginya Rafael. Dengan tiba-tiba sahaja Rafael hilang begitu sahaja dihubungi tidak juga dapat.Mereka mula merasakan sesuatu yang agak aneh. 

Sebulan sudah pun berlalu, masih lagi tiada khabar berita tentang Rafael. Mahupun di facebook, twitter langsung tiada khabar berita tentangnya. Akan tetapi ....................

PART 4



0

Tiba masanya.. Segala-galanya Aku Ceritakan (4)

Jam sudah menunjukkan 5.00 ptg. Selesai sahaja Rafael membayar,Rafael menemankan Luna ke tempat kerjanya dan Rafael pun berlalu pergi ke tempat kenalannya untuk bersembang sebentar. Rafael sudah tahu apa kan terjadi pada mereka setelah Luna mengetahui umurnya.Rafael hanya pasrah dan redha.Jika nyatalah dia pemilik tulang rusuk Rafael dia tetap akan ke Rafael. 2 hari ini membuatkan Rafael tersangatlah gembira.
Sampai ke satu masa Rafael sedar yang Luna sering off phone nya dan Rafael tahu Luna ada ada nombor lain.Nombor yang Luna pernah call Rafael dan saat itu Luna memberitahu itu nombor kawannya.Rafael tahu itu nombor Luna.Luna sengaja menyembunyikannya.Dan bila Rafael call nombor yang selalu Luna call tidak dapat Rafael cuba untuk call nombor satu lagi. Mungkin Luna sengaja beri kawannya jawab dan cuba mengatakan jangan ganggu Nombor itu lagi. Naluri Rafael sememang akan tepat.Biarpun Luna cuba menyembunyukan ianya tetap akan diketahui. "YOU CAN HIDE BUT YOU CAN'T RUN.YOU CAN LIE BUT I'LL ALWAYS FIND OUT".kata Rafael dalam hati.


Rafael menghantar sms ucapan pagi dan malam hanya bertahan selama 2  minggu sahaja kerana dia terlihat satu status di fb dari Luna yang mengatakan dia menyampah dan jangan paksa dia untuk menerima Rafael kerana hatinya pada seorang sahaja. Walaupun Luna tidak mention nama  Rafael,tetapi Rafael tahu status tu ditujukan kepada siapa.Luna masih menantikan ex nya dan Rafael tetap akan terus menanti Luna.Mulai saat itu Rafael tiba-tiba menghilang.Menghilangkan diri dari dunia Fb.Sudah tidak memberi sms pada Luna.Hilang menyepi begitu sahaja.




Pada masa yang sama, Rafael dan Maya semakin lama semakin rapat. Rafael sering menemankan Maya sewaktu dia bekerja.Pagi , tengahari dan petang akan sentiasa bersama dengan Maya. Tetapi mereka tiada sebarang hubungan. Memang benar sebelum ini Rafael dan Maya pernah bekerja di bawah satu syarikat yang sama dan mereka pernah dikontroversikan oleh  rakan-rakan sekerja mereka dahulu akan tetapi mereka hanyalah kawan sahaja dan itu lah yang Rafael paling takutkan. Takut akan munculnya perasaan itu. Kadang-kadang pabila Rafael bersama dngan Maya, Rafael seperti ingin melindungi Maya. Jika ada lelaki lain yang memandang pada Maya, Rafael akan rasa marah dan berkemungkinan Rafael cemburu. Rafael keliru dengan perasaannya jika kena pada masanya. Akan tetapi Rafael telah nekad untuk tidak akan ada perasaan itu dan Maya tahu akan status Rafael yang masih setia menanti.Maya pun tahu akan kisah Rafael dan Luna kerana Rafael ada juga bercerita tentang Luna kepadanya


 Walaupun Rafael melayan Maya dengan layanan yang baik sering ambil berat tapi itulah sifat Rafael seorang yang peramah dan ambil berat dengan rakan-rakannya. Sedaya upaya Rafael akan setia menanti akan Luna dan terus menanti dan pada masa yang sama cuba untuk menghalang perasaannya dengan Maya itu muncul. .



Beberapa lama kemudian, Rafael ada cuba membuka Fb nya dan ternampak satu nota yang dibuat oleh Luna tetapi tidak pasti untuk siapa kah itu adakah untuk Rafael atau orang lain .Jika ianya untuk Rafael masih adakah ruang dan harapan untuknya dan tetapi jika ianya ditujukan pada orang lain maka redha dan pasrah itu yang Rafael perlu persiapkan.






Selang beberapa hari dia menyedari yang Luna sudah remove dan block Rafael dari akaun fb nya. Rafael redha dan pasrah  hanya mampu tersenyum riang. Kerana Rafael ingin menyepi buat seketika untuk mempersiapkan diri supaya lebih bersedia lebih beriman dan sekembalinya nanti segala- galanya akan dia serahkan pada Allah S.W.T dan kalau dia jodoh Rafael , dia pasti akan turut menanti. Rafael mengambil masa untuk 3 bulan sahaja dan apabila berakhirnya tahun ini dia akan kembali bertemu Luna.

Maya dan Aida ada pernah berkata untuk melupakannya dan cuba mencari yang lain akan tetapi Rafael tetap akan pendiriannya dia hanya akan menunggu 3 bulan untuk mempersiapkan dirinya dan andai kata selepas itu masih tidak berubah apa - apa baru lah Rafael akan akur tentang keputusan Luna.

^***********************
Sekali lagi Rafael tersentak dari lamunannya kerana azan subuh kedengaran. "Ah, dah subuh rupanya.Aku ingat baru pukul 2 atau 3 pagi. X sangka aku terkenangkan semua ni sampai ke pagi.parah dah ni.Belum tidur lagi nie kejap lagi nak pergi keje lagi", kesal Rafael. Lalu Rafael bermandi dan mengerjakan solat subuh sebaik sahaja azan sudah berhenti.


Sebaik sahaja Rafael selesai bersolat dia duduk di tepi tempat tidurnya dan tertanya pada diri "kenapa aku  mengenangkan kisah ini yang bermula dari 2 tahun lepas sehingga keadaan sekarang ni.Memang benar aku tidak boleh melupakannya dan aku akan tunggu dia.Aku berharap penantian ku ini tidaklah sia- sia tetapi sekiranya aku berhenti menanti bukan kerana aku sudah putus asa tetapi aku tidak mempunyai cukup masa.Apabila tiba masanya nanti kau carilah teman pengganti kerana orang yang kau akan temui mungkin adalah lebih baik dariku.Aku akan pergi,pergiku tak kan kembali kerana aku pergi menemui kekasih abadi. Akan ku doakan kebahagiaan mu nanti pabila ku disana nanti", kata Rafael dalam nada yang sedih.
************************


PART 3


0

Tiba masanya.. Segala-galanya Aku Ceritakan (3)


Beberapa hari selepas itu, Rafael teringat akan tarikh hari lahir Luna. Pada tahun sebelumnya dia hanya mampu beri ucapan sahaja tetapi pada tahun ini dia ingin memberi sesuatu untuk Luna. Puas Rafael memikirkan apa yang patut dia beri. Rata-rata dia bertanya pada rakan-rakannya apa yang patut dia beli. Pada mulanya memang ada sesuatu yang dia ingin beri tetapi merata mencari tidak dia jumpa. Ingin buat sesuatu dengan hasil tangannya sendiri tetapi pada masa yang sama peralatannya pula rosak. Ada sahaja yang tidak kena. Rafael ada masa 4 hari lagi sebelum tarikh lahirnya dan siapa sangka Rafael sudah pun menyediakan hadiah yang patut diberi dalam masa yang terdekat. 3 hari rafael mempersiapkan hadiah itu. Petang jumaat itu Rafael pulang kerja awal kerana ingin membalut hadiah itu kerana tarikh lahirnya jatuh pada hari sabtu. menjelang maghrib sebelum waktu berbuka Rafael selesai membalut hadiah itu dengan usahanya sendiri.Almaklum la pertama kali memberi hadiah sebegitu dengan usahanya sendiri membalut tidak pernah dia membalut hadiah sebelum ini. Rafael berasa sangat excited lalu dia tidak sabar takut tiada masa lagi untuk memberinya pada Luna jadi  selepas isyak rafael bergegas ke tempat kerja Luna untuk memberikan padanya.

Setibanya disitu rafael tidak nampak Luna diluar mahupun didalam, Rafael hanya menunggu diluar lalu Rafael menghantar sms kepada Luna.
 Rafael : keluar jap, boleh ?
Luna    : ada kat luar ke ?
Rafael  : aah, seminit je :) .




Luna keluar sejurus selepas itu,lalu Rafael memberi hadiah itu kepada Luna. Mereka hanya bersembang untuk seketika kerana Rafael respect pada masa orang yang sedang bekerja. Rafael bersyukur kerana Luna menerima hadiahnya dengan hati yang terbuka dan berharap satu hari nanti Luna juga akan menerima Rafael dengan hati yang terbuka.Sebaik habis sahaja mereka bersembang , Luna masuk kembali bekerja dan Rafael terus pulang dalam keadaan yang bergembira dan berkata dalam hati "andai kata nyawa ku ditarik saat ini aku terima dengan redhanya kerana apa yang aku inginkan dalam dua tahun ini hanyalah untuk berjumpa dengannya dan bersembang dengannya meskipun dia tidak dapat dimiliki cukuplah sekadar itu sahaja kebahagiaanku dan andaikata Kau inginkan kubersama dengannya akan ku berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menjadi teman hidupku dunia dan akhirat".


Malam itu adalah yang pertama kali Rafael dan Luna bermain sms dengan banyak.Sejak dari Rafael pulang hingga ke Luna pulang sampai kerumah. Betapa indahnya waktu itu.Luna mengatakan yang dia suka akan hadiah yang diberi oleh Rafael.Terasa seperti hubungannya itu menjadi secara rasminya.Tetapi pabila munculnya hari esok, segala-galanya hanya umpama mimpi. Segala-galanya ibarat tidak pernah terjadi.Rafael dan Luna menjadi seperti tidak kenal antara satu sama lain.Luna sudah tidak memberikan respon kepada Rafael. Apa yang sudah berlaku sebenarnya ? Mengapa ini semua terjadi pada Rafael ? Mengapa malang sungguh nasib si Rafael dalam percintaan ini ? Apakah salah si Rafael ? Walau apapun yang terjadi Rafael tabah dalam menghadapinya. Sedangkan dalam kehidupan dia tabah menghadapi masalah dunia ini kan masalah percintaan.Rafael memang mempunyai kesabaran yang tinggi.

Dalam riang ria Rafael bergelak tawanya disedari oleh seorang rakannya yang amat memahaminya.Dalam ramai rakan-rakannya , yang seorang ini yang sedar dan nampak apa yang Rafael lalui.Walaupun Rafael tidak menceritakan apa-apa tetapi rakannya ini seakan-akan tahu lalu Rafael berlalu dari situ tanpa memanjangkan ceritanya.Tidak semua orang mampu menyembunyikan perasaan kecewanya walaupun kelihatan gembira.

Aidilfitri menjelang tiba, Hari-hari Rafael seperti biasa bersama rakan-rakannya dan sempat juga pagi itu memberi ucapan pada Luna dan memohon maaf sama juga dengan Luna membalas ucapannya pada Rafael.
Ketika itu mereka hanya ber sms sekejap sahaja. Mungkin Luna sibuk agaknya.

Tiba bulan yang baru di perawalan bulan segala-galanya berubah. Tiada satu sms pun dari Rafael , Luna balas. Rafael agak terkilan terasa seperti dia ada melakukan silap. Dimana silapnya ? Rafael tidak mengerti.Rafael tetap akan memberi Luna sms selamat pagi dan selamat malam setiap hari.


Sampai satu masa Luna menghantar sms kepada Rafael memintanya untuk call dia semula.Rafael terkejut tiada angin, tiada ribut tiba-tiba Luna memintanya untuk call dia. Rafael cuba untuk call dia selepas beberapa minit sms yang diterima tetapi tiada jawapan Luna mematikan telefonnya.Ianya mula bermain-main di fikiran Rafael. Apa yang berlaku sebenarnya ? Rafael cuba untuk menghubunginya semula tetapi sama tiada jawapan.
Malam kian tiba tidak seperti selalu kalau sesudah pulang bekerja Rafael akan pergi ke satu tempat untuk berkumpul bersama Maya dan Aida untuk keluar makan bersama tetapi pada malam itu Rafael terus pulang kerumah. Jam 7.50mlm Rafael menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali dan cuba menjawab.Luna? Luna call Rafael dan meminta untuk menghubungi nombornya lalu Rafael mematikan panggilan itu dan cuba call Luna.Tiada jawapan? Rafael cuba lagi dan Luna menjawab dan beritahu apa masalahnya. Setelah selesai bercakap didalam telefon Rafael terus keluar dan pergi ke tempat kerja Luna untuk berjumpa dengannya.


Jam waktu itu menunjukkan 8.00mlm. Setibanya di tempat kerja Luna , Luna datang ke arah Rafael dan menceritakan masalahnya.handphone nya rosak.Rafael mempunyai kemahiran dalam membaik pulih telefon jadi Rafael cuba untuk membaikinya dalam pada masa yang sama mereka berborak.Kali ini agak lama mereka berborak.Rafael mengatakan dia perlu membawa pulang handphone nya ini kerana memerlukan sedikit peralatan dan Luna setuju. Mereka berborak lebih kurang dalam setengah jam. Selepas itu Rafael terus menuju pulang ke rumah untuk melihat apa masalah sebenar handphone nya itu. Puas Rafael membelek hingga menuju ke jalan buntu. Rafael menjadi lemah dan tewas kerana tidak dapat selesaikannya.Sesuatu bermain dimindanya dia boleh membaiki tapi sayang tiada peralatan untuk nya kerana ianya melibatkan software.Jam ketika itu menunjukkan 3.00 pagi. Rafael cuba ingin menyelesaikannya tetapi ianya memerlukan peralatan itu dan tiba-tiba Rafael terfikir untuk ke Shah Alam esok paginya dimana tempat dia mengambil kursus disana dan sudah pasti disana ada peralatan yang diinginkannya. Rafael menetapkan dirinya kalau Hendak 1000 Daya.jangan sesekali berputus asa.Walaupun pada mulanya hampir tertewas kerana semangatnya terhadap Luna membuak-buak membuatkan dia ingin mencuba sehingga boleh. Rafael masuk tidur pada jam 4.00 pagi kerana dia perlu ke Shah Alam esok paginya.Setibanya di Shah Alam jam 12.00 tengahariRafael terus ke tempat itu dan menanyakan kalau-kalau ada software nya dan ternyata memang ada jadi Rafael meminjam dan melakukan disitu. Luna memberi sms dan berkata "kalau tidak boleh pulangkan sahaja kepadanya", dan Rafael membalas "beri dia masa sehingga jam 2.00 ptg hendak 1000 daya kan :) ".Luna berkata "ok". Jam 1.00 ptg selesai dan masalah pun sudah selesai Rafael bergegas kembali ke Semenyih untuk berjumpa dengan Luna untuk memberikan semula handphonenya.
Jam 2.10 ptg Rafael tiba di depan tempat kerja Luna dan Luna keluar menemui Rafael.Luna ketika itu sangat terkejut dan gembira kerana Rafael berjaya membaiki handphone.Mereka berborak disitu dalam setengah jam. mereka tidak boleh berborak terlalu lama kerana Luna masih dalam waktu bekerja.Rafael memahami dan berlalu pergi dari situ memandangkan cuaca seperti ingin hujan Rafael menyinggah di satu tempat kenalannya bekerja disitu.Agak lama Rafael disitu sehingga jam 4.30ptg waktu rehat Luna jadi Rafael memberi sms untuk mengajaknya teman Rafael makan dan Luna bersetuju.


Setibanya mereka di kedai makan mereka sambung berborak seperti biasa hanya mampu berada bersama selama 30 minit sahaja kerana waktu rehatnya 30 minit. Pada masa yang sama Rafael dapat merasakan Luna menemankannya bukan kerana kerelaan hati tetapi kerana dia tidak mahu terhutang budi.Rafael dapat merasakan.Tidak dari riak mukanya tetapi terlihat dari sudut hatinya.Dia terpaksa.Terpaksa menemankan Rafael kerana Rafael telah menolongnya.Tapi Rafael tidak ambil kisah sangat mengenainya.Sehingga satu saat Luna bertanya tentang umur Rafael.Memang benar Luna tua setahun daripada Rafael.Bukan setahun tetapi hanya 6 bulan.Hanya berbeza tahun sahaja.Dari situ sudah terlihat apa yang telah difikirkannya.Rafael bukanlah jenis yang suka menipu selagi orang tidak bertanya selagi itu dia akan diam dan Rafael memberitahu dengan jujurnya umurnya.Adakah nombor sangat penting bagi Luna ? Tidakkah Luna mengetahui "WHEN YOU REALLY LOVE SOMEONE AGE,DISTANCE,HEIGHT,WEIGHT..ITS JUST A DAMN NUMBER."

PART 2
0

Tiba masanya.. Segala-galanya Aku Ceritakan (2)



 Rupa-rupanya Luna sedang online dan menghantar chat ke Rafael. Setelah sekian lama Luna menghilang dan kembali tetapi waktu itu hubungan Luna seperti tidak berapa baik dengan temannya. Rafael cuba menenangkan Luna dan cuba memintanya untuk melupakan perkara sedih.Mereka bersembang seperti biasa. Rancak bersembang.

Mereka berterusan bersembang di ruang Fb dalam tempoh yang agak lama akan tetapi tibanya masa Luna dan temannya kembali semula Rafael sekali lagi pasrah dan cuba mengundur diri. Apalah nasibnya di dunia yang fana ini. Mereka masih lagi meneruskan bersembang di chatting Fb tetapi tidaklah serancak sebelum ini.

2 tahun sudah berlalu tiada apa - apa yang mengembirakan Rafael sehinggakan dia berhenti kerja lamanya dan membuka syarikat sendiri untuk mengembangkan bisnesnya sendiri untuk menjadi seorang usahawan.
Pada masa yang sama pada awal bulan Rafael mendapat tahu yang Luna sudah berpindah ke Semenyih. Dekat dengan tempat tinggal Rafael.Tetapi walaupun dekat tidak kesampaian untuk berjumpa dengannya.Mereka jarang bersembang kerana Luna sedang berbahagia dengan temannya.Hanya sekali sekala sahaja mereka sempat bersembang.Hinggalah masing-masing menyepi untuk beberapa bulan.Dalam tempoh itu Rafael ada berkawan rapat dengan 2 orang gadis. Mereka kerap berjumpa. Setiap kali Rafael habis waktu bekerja Rafael akan ke tempat kerja salah seorang gadis itu iaitu Maya. Maya bekerja dekat dengan office Rafael dan seorang lagi Aida. Aida pula bekerja jauh dari tempat Rafael dan Maya tetapi mereka akan bertemu setelah masing-masing habis bekerja.Mereka sering keluar bersama untuk menghabiskan masa yang ada. Mereka akan keluar makan bersama dan bershopping bersama. Dengan mereka lah Rafael sering bercerita jika ada masalah dan saling menerima dan memberi nasihat antara satu sama lain. Mereka diibaratkan seperti adik beradik. Rafael dan Maya sebaya tetapi Aida tua 2 tahun daripada mereka.


Tibanya bulan Ramadhan Rafael, Maya dan Aida jarang keluar bersama kerana masing - masing ada komitmen sendiri pada bulan itu.Pada satu ketika Rafael keliru tentang sesuatu kerana dia sudah lama menyepi dan berseorangan. Jiwanya berkocak memikirkan tentang kerjayanya tanpa seorang pendorong. Dia teringin untuk menjadi seperti rakan-rakannya yang lain bila ada masalah kerja akan ada seorang disisinya untuk diceritakan dan diberi semangat.Malam itu Rafael tekad untuk membuat solat istikharah untuk meminta petunjuknya sama ada perlukah dia fokuskan kan pada kerjayanya waktu itu atau sudah tiba masanya mencari teman hidup.Kalau benar dia perlu mencari teman hidupnya siapakah gerangannya gadis itu ?


 Keesokan harinya, Luna chat kepada Rafael. Rafael terkejut dengan apa yang Luna minta kepadanya. "Rafael boleh bagi nombor telefon tak ?", "Eh,bukan da bagi ke sebelum nie",Rafael membalas."Ada ke, ex bf dah buang kot", kata Luna. "ok ni nombornya ***-*******.eh dah jadi ex ke ?",Rafael menanya."aah,ok tq",kata Luna.
Selang beberapa saat handphone Rafael berdering tanpa nama."ni nombor Luna ke ?", tanya Rafael."yup",Luna membalas. Riang nya Rafael tidak dapat digambarkan kerana hampir 2 tahun dia menanti akan tindak balas akhirnya dapat jua nombor Luna. Dia penuh pasti akan penantiannya yang tidak sia-sia.
Lalu Rafael terfikir yang dia ada buat solat istikharah pada malam semalamnya dan apakah memang benar Luna jodohnya ? Kerana sudah lama mereka tidak bersembang di ruang fb dan tiba-tiba Luna meminta nombornya. "Apakah ini petunjuk yang kau berikan pada ku ya Allah ?Aku teramat bersyukur padamu ya Allah kerana memberikan ku kesabaran dalam penantianku ini", Rafael berdoa tanda kesyukurannya pada-Nya.

Hanya sementara, walaupun dapat nombor telefon Luna, mereka tidaklah berbalas sms atau call sesama sendiri.Masih menggunakan ruang chat di fb. Tetapi Rafael tersangat bersyukur jika adanya nombor telefonnya kerana mungkin ini adalah berkat-Nya di bulan ramadhan.Dalam 2 tahun mereka tidak pernah berjumpa walaupun sudah semakin dekat tempat tinggalnya.Dalam beberapa hari selepas itu Rafael ada membuat satu video khas untuk Luna iaitu video luahan perasaannya tapi sayang kali ini juga tidak diendahkan Luna menjadi dingin terhadap Rafael.Puas Rafael pujuk supaya jangan membisu seperti itu lagi dan selang beberapa hari mereka kembali ok semula.Berat dugaan Rafael.Betapa kerasnya hati Luna untuk menerima Rafael.Rafael hanya mampu terus menanti dan terus mencuba.


Dalam bulan ramadhan Rafael sering ke bazaar yang berlainan jika dia berseorangan dan pada satu hari dia teringin untuk ke bazaar Bandar Teknologi tetapi  entah mengapa dia terlajak simpang dan berlalu terus untuk mencari tempat u-turn tetapi tidak kesampaian kerana terlalu sesak disitu. Rafael meneruskan perjalanannya lagi mana la tahu kalau-kalau ada tempat u-turn. Memang tidak kesampaian jalan terlalu sesak dan Rafael terfikir untuk ke Bazaar Pelangi Semenyih dimana Luna tinggal disitu dan mana la tahu kalau-kalau terserempak akan tetapi apabila sampai di pekan Semenyih malang tidak berbau tayar motornya bocor kerana terkena paku.Rafael menolak motornya dan nasib baik ada kedai motor di depan itu.Rafael berfikir positif dan memikirkan hikmah disebalik kejadian yang berlaku padanya itu. Mengapa terjadinya tayar motornya pancit mungkin kerana belum masa yang sesuai untuk dia ke Pelangi Semenyih jadi Rafael hanya pergi ke bazaar Semenyih Sentral. Hari itu berlalu dengan tenang.Hujan gerimis sewaktu Rafael ingin pulang.


Selang beberapa hari, Rafael terfikir untuk ke bazaar Pelangi Semenyih. Perjalanannya untuk kesana lancar dan tiada apa-apa yang menghalangnya.Setibanya di bazaar itu, Rafael cuba pusing satu bazaar dan tiba-tiba Rafael terkaku kerana terlihat seseorang yang agak pernah nampak. 2 tahun sudah berlalu Tuhan telah temukan mereka berdua di bulan yang mulia  mungkin pertemuan ini memang sudah tertulis di suratan. Akan tetapi mereka hanya bertentang mata tanpa berkata apa-apa.Lidah Rafael kaku dan berjalan kehadapan seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku,Ianya umpama mimpi dalam mimpi. Tetapi waktu itu Luna sangat lain. Tanpa sebarang make up mungkin wajahnya kelihatan letih dan gaya tudungnya yang bersahaja membuat Rafael terpegun. Gadis cantik, hot, seksi itu bukanlah gadis idaman Rafael yang pastinya cukup seperti Luna sudah mencukupi.Itulah yang orang kata Natural Beauty. "sekali terserempak dengan Luna aku terus kenyang,tak tahu nak beli juadah apa untuk berbuka.boleh batal puasa nie hahaha,"berkata seorang diri Rafael sambil tersenyum keseorangan.Rafael pun cuba untuk pusing lagi untuk mencari juadah dalam hati gembira pabila sampai ke hujung tiada apa yang dijumpa dia berpatah balik dan terserempak lagi sekali dari arah bertentangan hanya mampu tersenyum sahaja ketika itu dan disebabkan hati yang terlalu gembira Rafael singgah disatu gerai dan beli sahaja lalu terus pulang kerumah.hati nya yang gembira ketika itu tidak tergambar oleh sesiapa dan sesungguhnya dia bersyukur kepada yang Maha Esa kerana memberinya jalan itu dan memakbulkan doanya walaupun sudah terlalu lama doanya itu. Pada hari itu dia dapat jumpa dengan Luna dan tidak semena-menanya tempat kerja nya pun Rafael tahu dengan secara tidak sengaja.

Pada malam itu, Rafael telah dipelawa oleh dua rakannya untuk ke tesco semenyih kata mereka untuk berjumpa seorang kawan ingin cuci kereta jadi Rafael mengikuti mereka. Setibanya di Pelangi Semenyih Rafael dan rakan-rakannya bukan berhenti di tesco semenyih tetapi di rumah kawannya yang terletak tidak jauh disitu iaitu Taman Pelangi Semenyih. Sebaik sahaja turun dari kereta Rafael mencapai sekotak rokok Winston dari poketnya dan mengeluarkan sebatang lalu mencucuhnya dengan api.Rafael memerhatikan rakan-rakannya yang sedang sibuk dengan hal kereta dan Rafael tidak kisah itu semua dia hanya memerhatikan suasana disekeliling taman itu yang agak meriah menjelang Hari Raya Aidilfitri akan tiba 2 minggu lagi. Sewaktu Rafael melilau matanya di situ, matanya terhenti di hadapan rumah rakannya itu bertentangan diseberang jalan akan satu tembok yang tertulis VILA IMPIANA. Rafael termenung seketika memikirkan yang dia seperti pernah dengar nama itu dan "oh, Luna pernah memberitahu dia duduk di Vila Impiana",kata Rafael dalam hati. Tiada siapa sangka apa yang Rafael dapat dalam satu hari dan ianya secara tidak sengaja. Rafael hanya mampu memandang dari jauh dan selepas itu Rafael kembali ke rakannya dan berseloroh seketika . Berborak dan berborak Rafael terpandang ke hadapan dimana Vila Impiana terletak dan secara tidak sengaja waktu itu Luna pulang dan memasuki kawasan yang dijaga oleh security di situ. Rafael hanya mampu memandang dari jauh sambil tersenyum lebar dan bersyukur pada Tuhan. Segalanya sudah tertulis di suratan.Apa yang berlaku ada hikmahnya mengapa rakannya mengajak nya , rumah rakannya berhadapan dengan tempat tinggalnya.Rafael berada disitu bersama rakannya sehingga larut malam sehingga rakannya selesai cuci kereta.Seterusnya Rafael pulang ke rumah.

Rafael tidak dapat tidur lena malam itu kerana fikirannya melayang atas apa yang terjadi pada dirinya satu hari itu dan sedar tidak sedar sudah sampai ke pagi. Rafael tidak tidur seharian apakah dia terlalu gembira ?
Hanya Rafael sahaja yang mengetahuinya.

PART 1


2

Tiba masanya.. Segala-galanya Aku Ceritakan (1)



Dia duduk bersendirian, berseorangan dan memandang ke langit memikirkan arah tuju hidupnya apa yang telah dihadapinya dalam dunia yang penuh pancaroba ini dan tiba - tiba dia tersentak kerana didatangi dua orang yang tidak dikenali mungkin penjaga kawasan itu agaknya, "kami sudah mahu tutup pintu pagar ini ", kata salah seorang dari mereka. "Oh minta maaf saya beredar sekarang", kata Rafael. Rafael berlalu pergi meninggalkan kawasan itu tetapi seakan-akan memikirkan sesuatu. Dia berjalan dan terus berjalan tanpa menghiraukan akan persekitaran disitu yang telah pun dibasahi hujan. Dia terkenangkan akan peristiwa 2 tahun yang lepas ....
*******************************

2 Tahun Lepas ....

Sekembalinya Rafael kembali bertugas ditempat kerja setelah cuti 3 bulan kerana mengalami kemalangan dia bertugas seperti biasa tiada apa keadaan yang berubah dtempat kerjanya. Hari demi hari telah pun berlalu sehingga tibanya satu hari dia terlihat seorang gadis yang memasuki di tempat kerjanya lalu mula memerhatikan dimana dia bekerja keraana gadis itu sering ke tempat kerjanya. Setelah beberapa hari datangnya seorang kenalan dan gadis itu juga ada sekali.Sebaik sahaja gadis itu beredar lalu Rafael bertanya kepada kenalannya "siapa budak perempuan tu". "Awek aku", kata kenalannya itu.Begitu pedih hati Rafael bila mendadpat tahu. Lalu kenalannya bertanya "kenapa ?". "Tak ada la macam familiar je tengok",kata Rafael. Perbualan mereka terhenti disitu. Rafael mempunyai satu prinsip iaitu tidak akan pernah menjadi pengacau hubungan orang lain atau menjadi perampas.

Hari demi hari berlalu, Rafael duduk menghadap laptopnya dan mula melayari laman Facebook. Niat dihati ingin mencari kenalan lama dan tanpa tidak disangka dia terjumpa seseorang yang sangat familiar dan tidak lain tidak bukan itu adalah gadis yang dia perhatikan selama ini. Luna.Siapa sangka nama gadis itu Luna dan rakannya hampir sama tetapi tidak serupa. Rafael berterima kasih pada Facebook kerana menemukannya.Lalu Rafael add gadis itu sebagai friend nya di facebook. Alangkah terkejutnya gadis itu pabila mendapat tahu Rafael yang selalu dia jumpa dan add nye sebagai friend difacebook. Gadis itu tertanya dari mana tahu namanya dalam FB. Rafael menjelaskan dengan secara tidak sengaja akan tetapi malang tidak berbau gadis itu telah remove nya dari FB. Rafael tanpa berlengah masa lagi cuba memujuk di ruang message FB dan akhirnya dapat semula add Luna. Rafael mendapat tahu yang Luna sudah break up dengan kenalannya itu dan tiada masalah kalau Rafael ingin merapatkan hubungannya dengan Luna.

Minggu ke minggu Rafael dan Luna berchatting di facebook bergurau senda nasihat menasihati dan kenal mengenali. Tetapi apabila mereka bertemu ianya seakan-akan mereka tidak mengenali satu sama lain.Masing-masing diam seribu bahasa.Tibanya berchatting kenal seperti sudah lama.Itulah lumrah dunia.

Masa seakan-akan cepat berlalu. Luna bekerja dikawasan itu kerana dia sedang praktikal di satu kedai. Masanya dia disitu semakin tiba berakhir kerana dia akan pulang ke rumahnya Gombak. Masa untuk Rafael bertemunya sudah semakin singkat. Akan berjumpa lagikah mereka nanti ? Rafael hanya ada Fb Luna. No tel, tempat tinggal langsung dia tidak tahu. Bagaimana untuk dia menghubunginya nanti ? Saat pemergiannya Luna sudah tiba dan Rafael hanya kaku melihatnya pergi tanpa berkata apa - apa. Di Fb pun Luna jarang online. Rafael tekad untuk meluahkan perasaannya melalui ruang chat di fb. Rafael memberikan no telefonnya pada Luna.Tetapi perasaannya hampa apabila kali ini message yang diberi tidak dilayan.Perasaan Rafael hancur luluh bila dalam keadaan begitu. Tidak mampu diucapkan apa-apa. Rafael sudah tidak mendengar khabar beritanya lagi.

Beberapa hari selepas itu Rafael cuba memujuk Luna di Fb untuk berborak dengannya lagi dan Rafael mendapat tindak balas yang baik dari Luna.Mereka mula bersembang seperti biasa bergurau senda seperti biasa teteapi tidak lebih dari itu.

"Sudah sebulan Luna meninggalkan tempat ini, macam mana kalau tiba-tiba dia datang adakah aku akan kaku seperti biasa pabila bertemu dengannya atau mula nak bersembang"?kata Rafael kepada rakan sekerjanya.

Sepuluh minit kemudian, "Rafael, itu ...", kata rakan sekerja Rafael,Andy. Tanpa disangka tanpa diduga Luna datang.Betapa gembiranya hati Rafael kerana baru sahaja disebut-sebut namanya. Dan seperti biasa Rafael tergamam dan menjadi kaku sekali lagi.
"Tak online ke"? kata Luna kepada Rafael. "Tak, tengah kerja kan ", kata Rafael. "Tiba-tiba je datang sini ada apa"?kata Rafael."Saja je datang melawat tempat praktikal".Luna menjawab,"Datang dengan siapa tu"? tanya Rafael. "Dengan kawan, tu dekat luar ",Luna berkata sambil menunjuk arah ke luar.
Cepat sahaja masa berlalu hanya sempat bersembang sekejap sahaja.Masa benar-benar mencemburui mereka. Luna keluar dan mula bergerak pulang Rafael hanya mampu melihat dari jauh.

Malamnya itu Rafael mencuba nasibnya lagi untuk meluahkan perasaannya dalam ruang chat di fb kerana dia tidak mempunyai nombor Luna.Tapi sayang tiada response dari Luna.Rafael cuba memberi lagi sekali nombor telefonnya ke Luna kalau-kalau hatinya sudah terbuka dam berubah fikiran tapi sayang semuannya tidak berhasil.Mungkin itu jalan hidupnya.Mereka tidak lagi bersembang di fb untuk berbulan lamanya sehingga masuk ke tahun baru.

Sampai satu masa Rafael cuba membuka profile Fb Luna alangkah terkejutnya Luna telah menukar status relationship nya.Hati Rafael punah dan tiada harapan lagi.Mungkin sudah masanya Rafael berhenti memikirkan tentang Luna dan meneruskan hidupnya tanpa. Rafael sangat lemah pada prinsipnya.Kerana prinsipnya dia tidak boleh berbuat apa-apa jika gadis yang dia suka sudah ada teman. Sedangkan hanya couple bukan berkahwin tetapi itulah Rafael teguh dengan pendiriannya dan akan teruskan dengan pendiriannya.Tetapi pada masa yang sama Rafael akan terus menanti dan menanti biarpun lamanya dia menanti dia akan cuba dan terus mencuba menanti.Dia berharap penantiannya tidaklah sia-sia.

*****************************
Rafael tersentak dari lamunannya yang mengenangkan kisahnya 2 tahun lepas, handphone nya berbunyi .Tanpa disedari dia sudah pun tiba di rumahnya. "Sudah lama aku berkhayal rupanya sampai dekat rumah..huhu", mengeluh Rafael. Handphone nye masih lagi berdering tetapi dia mengendahkan handphone nya dan terus masuk kerumah.Seperti biasa Rafael akan terus membuka laptopnya kalau-kalau ada berita baik untuknya sambil memasang lagu pelbagai lagu untuk didengarinya.Malam semakin larut sudah hampir jam 2.00 pagi dan Rafael masih belum lagi tidur.Sesuatu sedang bermain didalam fikirannya.Apa lagi yang dia fikirkan ? Dia merenung jauh mengimbau kisah lamanya dimana hari yang membuatnya tersenyum riang.Apa yang membuatkan dia begitu ?
*****************************


0

My Perfect Harmony is DISASTER !!!


Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit...


***********************************************************************************

Dua tahun berlalu.. masa sungguh cepat berlalu tanpa kita sedari..
Bermacam perkara sudah berlaku dalam 2 tahun ini..kehidupan seolah-olah semakin sukar..
terlalu banyak dugaan , cabaran , rintangan yang telah dihadapi..
bertemu kawan - kawan lama..kawan - kawan baru.. kawan berpecah belah..

Dua tahun sudah pun berlalu..kenangan pahit manis semua ada..
kisah yang sudah lama tidak dibualkan tidak diceritakan muncul kembali dengan episod yang baru diakhiri dengan tragis..apakah yang sedang berlaku ??? apakah yang ingin ditunjukkan sebenarnya ???
semua itu suratan..sudah tertulis dalam buku takdir kita..hanya kita sebagai watak memainkan peranan tanpa ketahui skrip , jalan cerita yang sudah pun tertulis..


Mungkin kerana hidup ini terlalu gelap sehingga tidak menampakkan cahaya oleh itu diberi satu petunjuk untuk sinar hidup.. tetapi mengapa ianya hanya sementara..???mengapa ianya tidak berterusan???
terasa seperti dimainkan???diperalatkan??diperbodohkan?? tidak...tidak,.bukan itu..itu bukan salahnya...langsung tidak terlintas difikiran...itu bukan caranya..kita semua tahu dia tidak sebegitu..tapi ...
salah siapa?? mungkin salah sendiri..mungkin diri ini yang terlalu bermain dengan perasaan,,mungkin diri ini terlalu mengikutkan emosi..mungkin diri ini juga sudah hanyut..iya..mungkin ada benarnya juga..seolah - olah seperti diri ini tidak mampu menerimanya..tidak mampu menanggungnya lagi..tidak mampu mengharapkan lagi..

Penantian...pada mulanya terfikir juga ianya sangat berbaloi menanti dalam tempoh yang lama..tetapi saat akhirnya terasa ianya hanyalah sia - sia..benarkah ini apa yang diri ini fikirkan ??? sungguh cepat diri ini berputus asa..benarkah ini yang diri ini fikirkan ???? terasa seperti dalam mimpi...semua orang tahu diri ini bukanlah seorang yang mudah berputus asa.. Ianya tetap dengan pegangan HENDAK 1000 DAYA ..tapi mengapa sekarang ini sudah berputus asa ??? dimanakah kata - kata muhasabah diri yang selalu jadi pegangan hidup ??? dimanakah pendirian diri yang sudah terlalu lama dahulu diamalkan ??? dimanakah itu semua ???? Ini bukanlah seperti dirinya yang sebenar..umpama sudah tidak mengenal diri ini lagi...apakah ianya sudah benar - benar berubah ??? apakah ianya  ingin ke diri nya yang masa lampau ???

Sekelip mata semuanya akan berubah ... tidak kiralah jujur mana sekali pun ianya tetap tidak akan menjadi.. Seperti orang kata jujur sekarang lebih baik dari jujur kemudian hari..
Berkata benar sekarang akan jadi lebih baik dari berkata benar dikemudian hari yang akan memakan diri ini..

Tetapi ingatlah mana-mana orang sekalipun janganlah menipu..Mungkin mereka tahu akan tetapi mereka cuma berpura - pura tidak mengetahui...Jika kita menyayangi seseorang kita akan berusaha ambil berat akannya ambil tahu segala-gala mengenainya akan cuba selongkar sejarah hidup nya akan cuba merasa keperitannya, kesengsaraannya ..Semua itu akan dicuba untuk ambil tahu walaupun tanpa pengetahuannya..tetapi siapa sangka masih terniat dihati juga untuk menipu..mengapa ??? Selepas ini ingat lah ini pesanan ini  mereka tahu tetapi mereka berpura - pura untuk tidak tahu ...

Kita sebagai manusia harus sedar akan kelemahan diri, kekurangan diri ...Siapa kita ??? Layakkah kita ???
Mampukah kita ??? Mungkin orang lain kata semua itu tidak perlu difikirkan ..kerana itu bukan kerja kita untuk memikirkannya tetapi kita boleh untuk mengubahnya..tapi mana mungkin kita mampu mengubah sesuatu benda yang sudah menjadi kekal abadi ??? Kita hanyalah manusia biasa..Terlalu banyak cacat celanya..terlalu banyak kekurangannya..Ingin mencari seseorang yang boleh menerima segala kekurangan kita ???? jawapannya tidak untuk zaman sekarang ini..tidak terlihat sudah mana- mana yang ingin menerima semua itu..memang ada tapi bukan pada zaman ini..Bermacam usaha mana sekalipun kita semuanya tidak akan menjadi..ianya seolah - olah seperti bermimpi.. Mimpi yang tidak akan jadi kenyataan..Mimpi hanya mimpi...

Setabah manapun seseorang itu tidak mungkin akan dapat menanggung seorang diri..pada hadapan rakan - rakan mungkin boleh bergelak tawa bergurau senda seperti tiada apa yang berlaku tetapi dalam hati siapa yang tahu ???? hanya Allah SWT yang mengetahui segala - galanya..dalam hati menangis tanpa henti pabila memikirkan kekurangan dalam diri..seringkali ingin membinasakan diri ini..tetapi itu perangai lama sekarang kita hanya boleh mengawalnya daripada terjadi...apa boleh kita mengawalnya setelah pelbagai masalah datang ??

Dimana - mana kita berada pasti ada masalah..di tempat kerja, bersama rakan - rakan , dirumah ..Pada mulanya ingin mencari seseorang untuk dijadikan tempat mengadu tetapi apakan daya  masalah datang dari situ juga..jadi ??? dimana lagi tempat untuk menghilangkan masalah ??? memang tiada..disaat kita memerlukan dia untuk berada disisi tidak akan kesampaian..kerana hanya diri sendiri yang ada..bersendirian adalah jawapan yang tepat.. kita bersendiri..kita menangis..kita mengadu pada diri sendiri..tiada siapa yang tahu..tetapi tidakkah kita terfikir dari situ kita akan mencipta satu lagi personaliti diri..Yang mana kita hendak hindarkan akan terjadi juga.. Tapi..apakan daya itu semua memerlukan kekuatan mental..bagi diri ini sungguh lemah dan tidak terdaya..tiada lagi kekuatan .. Ianya musnah dalam sekelip mata..

Masa...sekarang memerlukan masa untuk mengubat segala-galanya..perlu mengambil masa untuk menjernih kan semula mana yang telah keruh..mempersiapkan diri..memperbaiki diri..dengan menyepikan diri..tanpa khabar berita..mungkin itu yang terbaik untuk diri ini..masalah fikiran perlu diberikan masa yang lama..Jadi berikan diri ini masa..Mengalahku bukan Kalah Pergiku bukan Lari..akan ku muncul kembali dengan diri yang baru..diri yang kuat dari segi ketabahan dan fikiran..

Mungkin ini semua jalan hidup yang perlu ditempuhi ...Walaupun perit mana sekalipun...Ditipu ...Ditindas..Dicela..


Walaubagaimana sekalipun akan kunantikan dirimu..
4 tahun sanggup diri ini bersendirian..
2 tahun sanggup diri ini nantikan mu dan apa salahnya jika diri ini menunggumu untuk tahun-tahun yang berikut..
Kita manusia hanya mampu menanti dan terus menanti bukti kesetiaan menanti ku padamu..
tetapi seandainya ku berhenti menanti bukan kerana diri ini sudah berputus asa tetapi diri ini sudah tidak mempunyai masa yang lama lagi..
andai kata waktunya itu tiba Tuhan telah menentukan diri ini bukanlah untuk mu dan dirimu berhak mendapat yang lebih baik..akan kudoakan kebahagiaan dirimu pabila ku disana nanti.. ^^"

Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..

0

Precious Moment

The precious moment that i wanted is you said to me that you need me
but it is impossible..
I don't have much time
as long as you're happy I was happy..
~~~~THE END~~~~
0

Suratan Atau Kebetulan~~


Setelah sekian lama menghilangkan diri dalam dunia blogger kini kembali dengan cerita yang baru untuk disampaikan mungkin sama seperti yang sebelum atau berbeza dengan yang sebelumnya maka ianya hanyalah bebelan yang tidak berasas dimana hanya mereka yang berfikiran positif akan terlihat beberapa perkara yang ingin diketengahkan dan ianya bukanlah fokus pada satu isu tetapi berbagai isu dicampuradukkan kerana ianya adalah saling berkaitan...

Didalam kehidupan pastinya kita tidak akan terlepas daripada isu percintaan, persahabatan, permusuhan, dan berbagai lagi yang berkaitan dengan takdir.

Apa itu suratan ? Apa itu kebetulan ? Apa itu takdir ?

Bagi pendapat aku tiada kebetulan. Yang ada hanyalah suratan iaitu takdir.
Segalanya sudah tertulis takdir kita. Dunia umpama suatu pentas.
Manusia sebagai pelakon cerita. Ajal maut, jodoh, rezeki, itu semua sudah ditentukan hanya masa cepat atau lambat yang menentukan. Dimana kita juga haruslah berusaha untuk mengecapi dan berusaha untuk mengelakkannya. Jika ingin difikirkan bagaimana ianya adalah diluar akal pemikiran kita.

Seringkali terlintas difikiran sesetengah perkara berlaku atas kebetulan tetapi jika ianya terlalu kerap adakah ianya kebetulan dan secara tidak sengaja ianya adalah suratan dan tidak pernah wujud kebetulan itu. Dan haruslah kita berfikir positif dan percaya akan takdir percaya akan hikmah sesuatu perkara terjadi dimana persekitaran yang berada disekeliling kita memainkan peranan umpama memberitahu kita sesuatu samada perlukah kita tetap meneruskannya atau menghentikannya untuk seketika. Jika ianya seperti tidak mengizinkannya maka haruslah kita menghentikannya dahulu dan jika ianya kelihatan seperti telah dipermudahkan maka haruslah diteruskan.

Ujian dan dugaan adalah perkara yang sama dimana ianya menguji kemampuan kita, ketabahan kita dalam mengharungi sesuatu perkara. Fikir positif jika ianya seakan menghalang dan fikirkan juga hikmahnya dan jika kita tetap meneruskannya dan ada yang menghalang cubalah huraikan hikmah yang kita perolehi dan buatlah keputusan diatas pilihan yang telah diberi. Pilihan terjadi kerana terdapat kekeliruan dalam hidup dan gunakan lah naluri hati kerana ianya juga seakan-akan memberitahu kita jalan yang terbaik. Jika pilihan yang dibuat dan urusannya dipermudahkan maka betullah pilihan yang dibuat tetapi jika sebaliknya cubalah untuk mengelakkannya daripada tersasar jauh.

Renungkan dan fikirkanlah suratan sudah memang tertulis jadi mengapa kita harus abaikannya bukankah kita patut mencuba. Pernahkah kita dengar "Belum Cuba Belum Tahu"?
Jika kita memikirkan sesuatu penyelesaian tetapi masih tidak melakukannya apakah masalah itu selesai ? Jika kita ingin ke tempat kerja tetapi kita masih berada di rumah tidak bergerak apakah kita boleh sampai di tempat kerja kita ?

Setiap perkara ada risikonya dan kita dapat tahu apakah akibatnya tetapi adakah kita berani mencuba ?
Kita tidak takut akan kegelapan tetapi apa yang kita takutkan adalah apa yang ada didalam kegelapan itu .

Manusia sering menguji sesama manusia tetapi tidakkah kita terfikir betapa kejamnya dunia ini ?
Mengapa dunia sedangkan manusia yang melakukankanya.
Memang ia..seperti juga dalam situasi dimana orang lain yang salah dan kita umpama membalas dendam pada orang lain..Tidakkah ianya sangat kejam ?

Penantian cukup memberikan bukti sejauh mana kesanggupan kita.
Penantian cukup memberitahu kita adakah ianya yang terbaik.
Penantian cukup menguji sejauh mana kita mampu pergi.
Masih ragu-ragu lagikah dengan semua ini.
Masih tiada kepercayaan lagi kah dengan semua ini.
Masih tidak cukup lagi ke masa yang diberikan.
Sejauh mana kita harus diuji.
Sejauh mana kita harus berharap.
Sejauh mana kita harus menanti.
Siapa yang harus dipersalahkan.
Siapa yang harus dipertanggungjawabkan.
Siapa yang harus dihukum.
I told you. You don't love someone because of their looks or their clothes or their car. You love them because they sing a song only your heart can understand
 Some things are destined to be, it just takes us a couple of tries to get there
Destiny is not a matter of chance; it is a matter of choice. It is not a thing to be waited for, it is a thing to be achieved

It is not in the stars to hold our destiny but in ourselves
OTHERWISE
~~WE CAN'T FIGHT FAITH~~


0

whom you should fear~God or Woman

As-salam....

Agak lama saya sudah menyepikan diri dari dunia blog nie kan..
al maklum la masa semakin kurang makanya tidak berkesempatan untuk update entry baru dan kali ini ada cerita yang ingin disampaikan dan terpulang lah sama ada mahu terima atau tidak~~eventhough im not a good people at least i TRY to be a good people..


Di luar sana sudah tentu ramai yg bercouple,bertunang,berkahwin kan..
tapi ada satu yg musykil sedikit iaitu mengapa lelaki takut atau kata erti lain mendengar kata-kata perempuan..xsalah sebenarnya mana yang baik itu ikutlah..mana yang kongkong tu lihatlah situasi nye kan..mungkin ada yang tidak berapa faham dengan kata-kata ini oleh itu saya berikan sedikit contoh :-

ada kes2 dimana suami takut pada bini..
ada kes2 lelaki menurut kata2 perempuan..
tapi adakah anda sedar yang anda lebih takut perempuan daripada ALLAH..
sedangkan ALLAH memerintahkan kita mengikut segala perintahnya dan meninggalkan larangannya..
yang lelaki adakah anda ikut ???
dan bila perempuan menyuruh anda buat sesuatu seperti jangan lepak , enjoy , balik lambat , ( yang belum bernikah lah ye ) anda ikut...mereka mendesak anda, anda ikut..dan dimanakah silapnya ????

melainkan jika si perempuan menegur tentang ibadat menyuruh anda beribadat itu boleh lg la diterima..
tetapi niatnya mestilah ikhlas jangan kerana perempuan itu..

kembali pada topik asal~~anda mengikut segala telunjuk perempuan itu tetapi anda tidak mengikut perintah ALLAH seolah2 anda takut pada perempuan dan bukan pada ALLAH..i am right or am i right???

bukanlah bermakna kita perlu abaikan perempuan tetapi sebaik-baiknya berlaku adil..lebihkan pada MAHA PENCIPTA ...

dan pada perempuan kenalah memahami pada lelaki..jika lelaki itu mendengar kata-kata anda apa salahnya minta dia buat ibadat kan..kan..kan...
kerana lelaki adalah ketua keluarga dan perempuan adalah pendorong yang paling kuat oleh itu masing-masing hendaklah bertolak ansur...
jangan terlalu suka bila si lelaki terlalu mengikut kata-kata anda (dikongkong) atau anda terlalu mendesak pada lelaki kerana kelak anda yang akan menyesal...
dan para lelaki ingatlah jika anda ingin mengikut kata-kata wanita pastikan anda turut juga pada
perintah ALLAH ...
 jangan sampai anda terkena ucapan "TAKUT PADA PEREMPUAN TTP ALLAH TIDAK TAKUT"

renung2kan lah...




0

**Pandora Box HOPE or DESPAIR

***you just opened the pandora's box..
** the box you shouldn't opened..
Diibaratkan seperti   isi dalam nya bersifat tentang kebenaran yang tidak disenangi kita  atau dalam kata erti lain akan memberi kita kecewa..maybe ....

semakin ingin kita mengetahui maka ada yang akan gembira dan ada yang akan kecewa..
~~mengapa???
kerana kita tidak menyangka ianya akan sampai ke tahap itu..

kebanyakkan bila sesuatu benda kita dapat mencarinya kita akan gembira tetapi kekecewaan akan menyusul selepas itu..

**contoh 1 :- seseorang yang kita sayang ttp menghilangkan diri tanpa khabar berita dan selepas 5 - 10 tahun terjumpa kembali pastinya anda gembira bukan??? anda menantikannya dengan penuh harapan tetapi anda melihat dia bukan seorang malah dia bersama seorang perempuan dan beberapa budak kecil..anda tertanya bukan..perasaan gembira anda bertukar menjadi perasaan sedih setelah mengetahui kebenaran.,
tidak salah untuk terus mencari tetapi janganlah meletakkan harapan lagi..

**contoh 2 :- anda meminati seorang perempuan ini maka anda bersungguh-sungguh ingin melihatnya dan cuba dapatkan maklumat tentang nya..salah satu yang anda ingin mendapatkan pada masa kini semestinya lah FACEBOOK dia bukan? anda terlalu berusaha dan akhirnya anda dapat menjumpai FB nya..bukankah anda gembira??? cubaan anda membuahkan hasil..anda semakin ingin mengetahui tentangnya,anda korek sedalam-dalam maklumatnya..dan tetapi adakah anda akan terus gembira ??? kerana mengikut pepatah semakin ingin anda mengetahui maka anda akan kecewa..mengapa??? dengan kata lain ** U SHOULDN'T OPENED THE PANDORA'S BOX.,
diibaratkan satu kisah dimana anda tidak seharusnya  mengambil tahu dengan sedalam-dalamnya..

sememangnya kita perlu menerima kekurangan orang lain “cintailah seseorang kerana kekurangannya, kerana suatu saat nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya…dan jangan pernah mencintai seseorang dengan kelebihannya, kerana suatu saat nanti kamu pasti kecewa ketika kamu tahu kekurangannya…”

oleh sebab itu dalam kes no 2 tadi apa yang dijumpainya bukanlah kekurangan pada org itu tetapi ianya adalah kelebihan yang ada padanya..
kelebihan apa??? biarkan lah rahsia..kerana ianya tahu walau dapat sekalipun tidak akan dapat pergi jauh.

sebagai permulaan janganlah terbang terlalu tinggi mencecah awan kerana sakit jatuhnya tidak terhingga sehingga kan tidak mampu untuk bertepuk tangan makanya tidak akan berbunyi la kan.
0

PERSEPSI vs ?????

PERSEPSI

adakah benar atau tidak..
fakta atau auta..
fantasi atau realiti..

kenapa orang suka buat andaian yang tidak berasas???mengapa???kenapa???siapa???

seorang lelaki yang SINGLE tiada ikatan dengan sesiapa tetapi hanya mempunyai kawan perempuan ramai atau tidak dipanggil BUAYA atau CROC..yang selalu orang lain kata la kan atau istilah PLAYBOY..sedangkan dia xda lah sakit hati kan mana2 perempuan atau buat sama dengannya..
hey!!! dia single lg la lain la klu dia da COUPLE tp mesra ngn perempuan lain boleh la ckp mcm tu sedangkn dia masih SINGLE..niat hanya nk berkawan..kalau ada rezeki mungkin tu jodoh dia..haha

persepsi manusia biasalah..tp adakah sebab JELES?? DENGKI???
ingin menjatuhkan org itu..walaupun anda mengatakan tidak tapi kelakuan anda itu akan jadikannya kenyataan...sekali gus org lain takut untuk menghampirinya..jgnlah buat kerja gila yang menyebabkan perasaan orang lain..nak gurau pun biarlah bertempat..lain la klu org tu betul2 ada hati ngn org tu syg bagai nya suka sama suka tp nmpk perempuan lain cikit mula la nk mgatal..so..apa bezanya?

bezanya org yg mcm tu la patut dpt title CROC atau BUAYA..siapa setuju???

akal diberi gunakan lah sebaik mungkin..jika dah dapat belajarlah untuk setia..
sama juga lah untuk perempuan..situasi nye xda beza pown belajarlah untuk setia..
bila dah ada ikatan atau what ever la jgn mgedik nk cari yg lain..cuba rasakan anda berada ditempat org itu jika anda buat seperti itu..

waa respect pada org yg terima seadanya..biarlah org tu xda rupa,xda harta,tapi ada hati dan perasaan..<---ada lg org mcm ini?

jadi kesimpulannya disini bergurau biar bertempat...
cermin diri dahulu sebelum mengata orang...
 kau nk kata org mcm tu tp yang sebenarnya yang mcm tu adalah kau..
orang lain ada perasaan beb..

opss..ter emo lak..pantang aku bila kawan2 terkena mcm nie..haih..
kalau terkena pada diri kita sendiri satu nasihat..biarkan dan abaikan saje lah jgn membalas atau maki hamun...kita kena sedar..kita didunia nie kurang wt pahala..tp diakhirat nt diorang yg wt mcm tu,maki hamun kita, diorang lah yg akan tolong kita..tolong mcm mana??buku kebaikan kita akan tercatit walaupun kita tidak pernah buat kebaikan kerana kita SABAR..setiap kutukan dan hina dri mereka kita akn pahala...

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia.
Maka, dia berkata kepada Allah: “Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya”. Maka Allah menjawab: “Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui”.
0

"Abang, doakan rumahtangga kita sampai SYURGA.."

Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu ...solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?


Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk.


Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.


“abang dengar tak?”. Macam cakap dengan laptop tu je. “hm,saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam mana ayat tu keluar. Huh,surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya. “saya ikut. Jap saya siap.” Si isteri telah pun hilang di pandangan mata. Aiman tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau.? “abang, dah siap.” Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik! “abang..?” Aiman tersedar. “jom.” Kunci kereta di atas meja di capai. “saya bawa kereta awak, tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu. Syahirah senyum. “harta saya harta abang juga.” Aiman hanya mengangguk. Dalam kereta – hanya dengar radio – hot fm refleksi.


Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni. “abang,surau belok kiri tu.” Aiman hanya diam. Malu. Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit. Aduh,mana bawak kopiah ke? Songkok ke? “err,Ira..” Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar. “ya?” “okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?” Syahirah senyum. “jangan risau yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni.” Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama. “jom.” Ajak Syahirah. “hmm.” Enjin kereta di matikan.


Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat. “solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.” Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca. “saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba.” Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!’ Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong.


Berubah? Teringat juga dia amaran abang iparnya. “aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia menangis.” Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya. “..ingat! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau tu . aku dapat tahu. Aku terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?” Aiman hanya mengangguk. Huh,garang! Syahirah memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya. “cuba teka ini siapa?” kata Syahirah dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki. Aiman yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir apabila mendengar suara Syahirah. “hmmm, Tom Cruise..” main-main Aiman. “salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!” Aiman ketawa. “hm,Hj. Amran.” Syahirah pula ketawa. “salah! Hj.Amran dekat Johor.” “ha! Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut dahi. “Syah mana?” “Syahirah.” Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya.


Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam. Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je ‘masuk’. “abang buat apa?” “tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah..” “tanya apa?” “er..kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya?” “sebab Allah.” Aiman diam sebentar. “tak faham.” “saya buat solat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.” Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yang hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba.


Seminggu berlalu…. “Abang,saya tak reti masak” kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut juga Aiman.Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya. “lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu!” Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam hati Aiman. “macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu. Aiman menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas ni kita sama-sama belajar masak.”


“maaf ya abang..” Aiman senyum. “tak apa.” Aiman keluar dari dapur. Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman masuk dengan membawa laptop. “abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?” “belajar masak guna internet.” Aiman senyum dan mengangkat kening. Syahirah senyum. “huish masin.” Komen Syahirah. Aiman mengambil gulai di hadapan isterinya itu. “abangkan yang masak ni.” Kata Syahirah lagi. Aiman rasa dan ketawa. “okay lah ni. ha,awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa-apa..” komen Aiman pula. “okay apa..” “is okay. Gulai itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.” “boleh ke macam itu?” “boleh je.” “okay..” “dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau.” Aiman langsung tak sedar apa yang dia cakap.


Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya? Huh,sejak bila jadi geng surau ni. Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah ! “ustaz.” Panggil Aiman pada insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib itu. Ustaz itu menoleh. “ya?” “saya nak…” “nak apa?” Aiman malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan. “anak nak apa?” “saya nak belajar agama.” Terluah juga. Ustaz itu senyum. “mari.” Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta.


Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur. “ustaz kenalkan isteri saya.” Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum dan mengangguk. “baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.” Aiman sentak. Walau apapun senyum paksa di beri. “Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Aiman ni.” kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam. “Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia hingga ke syurga.” “terima kasih ustaz.” Aiman bersuara. Ustaz itu menepuk bahu Aiman. “baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan Aiman serentak. Aiman duduk di birai katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi. “lamanya abang pergi..” Aiman tersedar. “hmm,seminggu je.” Ya,dia kata dengan Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin.


Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.! “seminggu tu lama tauu..” lirih Syahirah. “pejam celik- pejam celik sekejap je tu..” “kalau pejam tak celik- celik?” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya itu. Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman memandang Syahirah. “apa awak cakap ni..” lembut dan ada nada risau di situ. Syahirah ketawa halus. “gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap.” Aiman diam. “tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas.” Isterinya tarik muncung. “tak mau lah, nanti kurang pahala.”


Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya Allah… banyaknya dosa hamba. Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya. Salam berbalas. “awak sihat?” Aiman duduk di tangga surau papan itu. Syahirah bersuara riang. “Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call? Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau? ” Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri. “..ha, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana?” tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak. “..saya tahu,saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya..” air mata Syahirah mengalir. Aiman terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan. “awak nangis ke?” Diam lagi. “awak, saya…” Syahirah memintas. “tak apa. Saya faham.” Air matanya di seka. “ abang sihat tak?” “Alhamdulillah sihat.” Diam. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah.


Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman ketawa. “next?” “..kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajut..” Aiman hanya mengangguk. “lagi?” “..selalu beristigfar” “okay. Lagi?” “..ingat Allah dalam setiap perbuatan.” “alright, next?” “sentiasa berselawat.” “okay.” “abang ni last.” “apa dia tu?” soal Aiman lembut. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Aiman senyap sekejap. “sure.” Dari jauh Aiman telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi Aiman mengheret bagasi berodanya. Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman. “Assalammualaikum,awak.” Sapa Aiman. “waalaikumsalam,abang.” Nada ceria. Syahirah bersalaman dengan Aiman. Terpegun juga dia melihat Aiman yang hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack serta berkopiah (mungkin Aiman tak perasan).


Wajah Aiman seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan isterinya memerhatikannya. “er,,awak pandang apa?” Syahirah tersentak. “eh, tak.. abang nampak lain.” “apa yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di kepalanya. “oh..” jawab Aiman dan menarik kopiahnya. “jom masuk.” Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman telah pun duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih.


Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah rasa selesa dan tenang. “abang nah..” lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya. Aiman menyambut. “thanks.” “abang, nak tahu tak?”dia duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk di sofa itu. “hmm?” Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang macam budak-budak. “ada sinetron baru tau.” Berkerut dahi Aiman. “oh, apa benda tu?” “apalah abang ni. itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya cinta fitri.” “oh..” gelas di letak di atas meja. “kenapa dengan cerita tu?” “best.” Syahirah senyum hingga nampak lesung pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman masih lagi melayan. “ apa yang best?” “lagu.” Ek.. “oh.. jalan cerita tak best.?” sungguh, ini baru pertama kali dalam hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia. “best jugak tapi sedih.” “kenapa?” “entah. Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?” “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga.


Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. Inilah aku apa adanya Yang ingin membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak sempurna Sesempurna cintaku padamu “saya baru download tadi..” Syahirah senyum. Aiman turut senyum.


Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari seberang. Ini cintaku apa adanya Yang ingin selalu di sampingmu Ku tahu semua tiada yg sempurna Di bawah kolong langit ini “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” Jalan kita masih panjang Ku ingin kau selalu disini Biar cinta kita tumbuh harum mewangi Dan dunia menjadi saksinya Untuk apa kita membuang-buang waktu Dengan kata kata perpisahan Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari Aiman telah melatakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalam pelukkannya. Khusyuk melayan lagu.


Demi cinta kita aku akan menjaga Cinta kita yg telah kita bina Walau hari terus berganti hari lagi Cinta kita abadi selamanya… Aiman tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur. “eeerr.. awak…” Aiman cuba mengejutkan isterinya lagi. “awak…bangun. Dah azan Asar ni..” Syahirah bangun dengan mengosok matanya. “abang saya ABC la. Abang solat lah..” Aiman pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni. “awak, dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar.” Syahirah memandang Aiman.


“Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.” Aiman teragak-agak. “oh.. haa. Okay. Saya solat dulu.” Aiman telah pun bangun untuk menuju ke bilik. “abang.” Langkah Aiman mati. Dia menoleh. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Syahirah senyum dan gaya menadah tangan. “sure.” “abang,saya nak cari buku masak..” Aiman hanya mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg kertas barang yang dia beli dan Syahirah beli tadi. “..nanti jumpa abang dekat kaunter lah.” Kata Syahirah lagi dan terus berlalu. Aiman hanya senyum dan menghantar dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke buku-buku Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Aiman pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai buku itu.


“ada boleh saya bantu encik?” “hm, ada tafsir tak? Hmm.tafsir Al-Quran?” “maaf encik tiada stok.” Aiman senyum paksa. “okay. Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba, Syahirah datang. “ abang tak beli apa-apa?” “tak. Awak dah jumpa buku?” Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Aiman. “tadaaa… nanti kita try dekat rumah ok?” “okay.” Aiman membayar buku itu. Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai buku itu berbisik. “wah,romantiknya mereka!” “tahu tak apa. untungkan wanita itu dapat suami yang punya lah handsome dan baik!” “mana kau tahu baik?” “tadi dia nak beli tafsir Al-Quran.” “oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim je.” “sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack, isterinya just pakai baju kurung dengan tudung labuh. Baju dorang warna match. Jalan pegang tangan” “superb! Romantic!” “kan Allah S.W.T telah berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26) “betul-betul.”


Aiman sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan. “abang..” sapa Syahirah manja. Aiman senyum. “kenapa?” “nah..” Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman. Aiman mengambil dan berfikir. “birthday saya rasanya belum lagi..” “abang buka lah dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.” Syahirah nampak penat. Mana tidaknya sehari suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu. “subhanaALLAH, tafsir Al-Quran..” terasa macam nak mengalir air mata Aiman. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Aiman turn off laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan. Setelah selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat Syahirah sudah lena tidur.


Mungkin penat sangat. Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar di lipat. Aiman menuju ke tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu. sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh manis. “Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap.


Selepas pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau melenting. “kamu dengar tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman. “abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil..” Dato Rahimi memandang sinis anaknya. “bukan kamu joli kan semua duit tu?” “Abah..” “dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni! “ Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu. “abah, saya tak da duit banyak tu.” “abah tak peduli. Kamu buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu. Terduduk Aiman. Ya Allah… tiba-tiba telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon. “Assalammualaikum.” Lemah Aiman menjawab. “waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik rumah kau sekarang.!” “er, kenapa along?” “kau balik je!” Tersentap Aiman tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya?


Aiman mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. Laju Aiman memandu kereta isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia. “Along.. tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” rayu Syahirah. “eh, kau diam lah dik..” Aiman melangkah masuk ke rumah. “Assalammualaikum.” “hah, sampai pun kau..” Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik kembali tangannya. “kenapa along?” “aku nak bawak Syahirah balik..” Sentap Aiman mendengar. Matanya memandang Syahirah yang telah pun berair mata. “..ta..tapi kenapa?” “kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku dengar syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak Aiman dengar. “along tak boleh buat macam ni..” “apa tak bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah berubah rupanya hampeh je.” “along,kenapa along cakap macam tu?” Syahirah yang tadi berair mata membela Aiman. “kau diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” Syahir menarik tangan Syahirah.


Syahirah sedaya upaya menarik kembali tangannya. “saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!” “hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati kebulur.!” Marah Syahir lagi. Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang masalah isterinya pula. Betul juga apa yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang kali ini dia muflis tersangat! “abang..tolong…” sayu Syahirah meminta pertolongan Aiman. “saya izin..” sebak. “..saya izinkan awak balik.” Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Aiman jatuh juga. Mata di pejam. “abang….” Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman yang membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU…


Aiman baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu sunyi. Memang dia tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bil nya. Sedang dia termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus button hijau di tekan tanpa melihat nama pemanggil. Aiman terkejut mendengar esakkan di talian itu. “awak..” Esakkan itu masih lagi berbunyi. “Ira..awak..” “sampai.. sampai hati abang..” Aiman senyap. “saya buat macam ni agar awak senang…” “tak ada istilah senang kalau saya kene tinggalkan abang sorang- sorang lalui kepayahan.” “awak tak faham..” sayu Aiman jawab. Suara serak Syahirah berbicara lagi. “abang… biarlah susah senang kita bersama.” Aiman senyap. “abang,tolong lah abang. Saya nak jadi isteri yang solehah.” Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu dengan kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi Syahirah tidak. “abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat ni..” “sayang tak perlu rasa bersalah.” Terdiam Syahirah. Ya Allah…. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) Aiman beristigfar. Mata di pejamkan seketika. “sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya kalimah abang itu terluah juga. “abang, tolonglah. Saya nak berada di samping abang saat susah dan senang.” “tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along dan semua orang.” “abang, along hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali.…” Aiman hanya diam. “istikharahlah abang, minta petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.” Syahirah dah tak sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik nafasnya. YA ALLAH…… lagu untuk entry ini, click lah =)


Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yang haram. 3) Merendahkan diri. Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian yang menimpanya. Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.


“Assalammualaikum..” Aiman menoleh. “waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum. “baca artikel apa itu?” “Nasihat Rasulullah pada Ali.” “oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?” Aiman senyum. “tenang duduk dekat masjid ni.” “dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman sentap. “hm,dia balik kampung.” “oh..eh, ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu.” Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu. Tangannya menyelak muka surat pertama. Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya…. Terkedu Aiman. Ya Allah… Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan isterinya. Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat dia rasa. Urusan syarikat pula berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah, dulu banyak kali abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu… sekarang lain…


Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah.

Aiman membaca message itu dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to voice dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms). Comel je isterinya itu merajuk.

Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman

Lepas beberapa minit.

Syarikat abang dah okay? – Syahirah.

Doakanlah ada projek yang masuk. – Aiman

Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah.

Aiman senyum membaca message itu. insyaALLAH. – Aiman.


“Assalammualaikum, abi.” Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran. “waalaikumsalam. Aiman, kenapa ni?” nada risau. “abi,saya… saya..” tak terluah oleh kata-kata. “Aiman, abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada hantar satu video. Kamu hayati dan kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya Aiman.” “terima kasih abi.” Selepas salam berbalas. Talian di matikan. Syukur,abinya seorang yang memahami. Aiman membuka emailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah university terkemuka di tanah air. Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya Syahirah itu hidup melarat. Matanya tertala pada email versi video itu. kamu hayati dan kamu renung2kan lah. Kesian, abi tengok Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi saat melihat video itu. Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Astarfiruallahalazim. Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam rumah abinya tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka. “abang please.. jangan tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah. Aiman yang terkedu itu mengesat air mata Syahirah. “shhtt, abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya.” mata mereka bertentangan. Syahirah mengangguk dan memandang abi dan uminya. “jaga dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj. Amran. “terima kasih abi, umi..” sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat nasihat abinya itu. Mujur alongnya ada conference dekat Seoul,Korea. Tak perlu dia berdebat dengan alongnya itu. Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini. “kami balik dulu abi, umi.” Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di turuti Syahirah. “Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” “saya sayang abang.” Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta perjalanan untuk pulang ke rumah. Aiman yang tengah memandu itu senyum. “saya pun sayang awak juga.” Syahirah senyum senang. “Ira…” panggil Aiman. “ya?” Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu. Aiman diam sekejap. “thanks.” “thanks untuk apa?” “sebab awak saya dah banyak berubah.” Syahirah ketawa kecil. “bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk pintu hati abang.” “tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni, abang tak berubah..” kata Aiman. Syahirah senyum. “saya hanya pengantara je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz.” Aiman mengangguk dengan mata yang masih lagi focus memandu. “thanks lagi sekali.” Dahi Syahirah berkerut. “untuk apa pula?” “settlekan bil-bil syarikat tu..” “kita suami isteri kene saling membantu.” “mana Ira dapat wang banyak macam itu?” Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah hatinya yang dia rahsiakan daripada abi,umi dan along . Dia bersyukur Allah beri penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan Allah yang tahu derita bahagia ini. Aiman memandang Syahirah sekilas.


“sayang..mana awak dapat wang banyak macam itu?” Syahirah terkelu. “hm,rezeki Allah.” “dari mana? Tak akan turun dari langit kot?” soal Aiman lembut. “abang, jom kita makan dekat restoran tu, lapar pula rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah retoran di sebelah kiri itu. Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta di belokkan. Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa. Tiba-tiba , Syahirah terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup mulut tadi. Aiman terus menerpa ke arahnya. “awak.” Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat darah itu. Syahirah senyum. “biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak tu.” “kita pergi klinik.” Syahirah dah pening. “tak apa. Ni panas ni. Dah biasa.” “no… nampak serious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang duduk di kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan yang di buat-buat. “abang ni, panas je lah ni. saya nak pergi toilet jap.” Sedaya upaya Syahirah cuba melangkah. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman tak tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu. Sebak tiba-tiba hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja. “abang, bangun..” Syahirah menggerakkan Aiman di sebelahnya. “..Encik Aiman, bangun..” kejut Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat Syahirah menggerakkan Aiman lagi. “abang….abang.. bangun…” Aiman membuka matanya perlahan-lahan. “hmm, kenapa sayang?” “abang,jom buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullai berjemaah.” Aiman duduk menghadap Syahirah. “dah pukul berapa?” “hmm, 4.30 pagi.” “jom.” Ajak Aiman. Kini, dia telah yakin untuk menjadi imam tidak sia-sia dia ke pondok agama hari itu. “..sayang ambil wudhuk dulu..” “okay.”


Sebelum turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga Aiman. “mimpi ke reliti ni?” seloroh Aiman dan memegang pipinya yang di cium tadi. Syahirah hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air. Selesai berqiamullai dan membaca doa Aiman bersalaman dengan Syahirah. “abang,saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang.” Seperti biasa Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas solat. “..halalkan semua makan minum.” Aiman menarik Syahirah dalam pelukkannya. “abang pun nak minta maaf tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga semuanya ya.” dahi isterinya di cium. “Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang soleh.” Kata Syahirah dan senyum. Aiman hanya senyum. “hm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?” Syahirah geleng. “boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah je. Letihlah.” Aiman mengangguk. “oklah. Nanti abang belikan sarapan.” “okay, saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum. “sayang awak juga.” Aiman memasukkan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman keluar dari kereta.


PRRRANGGGGG!!!!!!!! Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke rumah. Aiman ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari ke dapur. Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya. “Sayang !!!!” jerit Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam dengan pisau. Aiman cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada orang telah menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia yang membuatkan Aiman tidak bernafas dan pengsan.



**********



Aiman terpisat-pisat bangun. Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang yang hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah. “sayang..” Aiman memangku Syahirah yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau. Aiman mencampakkan pisau itu. “ha, ini tuan yang membunuhnya!” terkejut Aiman tatkala anggota polis masuk ke dalam rumahnya. “bukan saya.” “dah bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa.” Tangan Aiman bergari. “bukan saya!..” Aiman terkejut melihat abahnya juga turut di disitu. “Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota polis itu membawa Aiman keluar rumah. Abahnya hanya menggeleng dengan air mata berlinangan. “kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni…” sayu abahnya berbicara. “bukan Aiman bah!!” Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar rumahnya. Aiman memandang abi,umi dan alongnya. “abi, bukan saya, umi!!” meronta-ronta Aiman. “sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!” herdik abang iparnya yang mata merah mungkin sebab menangis. Aiman cuba meronta. “bukan saya! Abi!! Umi!! Percaya saya..” “cepat bawa dia!” arah alongnya. Ya Allah dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata Aiman jatuh tika pandangan rumahnya makin hilang. Sayang… Bantu hamba Ya Allah……… Haji Amran melawat menantunya di penjara. “abi..percayalah saya..” Haji Amran senyum. “sabar Aiman, kebenaran akan terungkap, bersabarlah..” “abi, macam mana keadaan Syahirah?” Haji Amran senyap. Air matanya bergenang.


Sebak dadanya. “abi kenapa dengan isteri saya?” Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa. “bersabarlah Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya.” Haji Amran bangun dari kerusi itu. “abi,jawab saya abi. Syahirah macam mana?” mengalir air mata Aiman tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan. “abi,kene pergi dah ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum.” Haji Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut Aiman mendengar kata-kata abinya itu. Ya Allah, hamba tak kuat….. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) “Encik,saya nak sejadah dan tafsir Al-Quran..” kata Aiman pada warden yang menjaganya itu. Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu. warden-warden di ditu berlembut dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU melindungi aku. Aiman membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca Al-Quran. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Air matanya terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu dengan air matanya. Allah…


Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..


“Alhamdulillah.” Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum melihat wajah menantunya itu. “bebas juga saya abi..” kata Aiman. “Alhamdulillah, Allah tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang menemui kain yang menerkup kamu itu dan dompet perompak yang tercicir itu.” Aiman senyum. Terima kasih Ya Allah. “abi,jom jumpa Syahirah.” Bicara Aiman ceria. Haji Amran tersentak. Dia hanya mengangguk. Aiman duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman hanya senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia tak bertemu. Haji Amran berhenti di hospital.


Aiman terkejut. “abi, kenapa di sini?” “turun dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran. Aiman hanya menuruti. Sewaktu tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk menangis. Dia nampak uminya tengah menangis. Dia nampak doctor. Perlahan Aiman melangkah ke arah bilik itu. “maaf, dia tak dapat di selamatkan.” Lemah lutut Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil itu. “barah hatinya dah kriktikal, effect. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah.” Kaki Aiman hampir di tepi katil itu. Ya Allah… Air matanya cuba di tahan. Sakit! Dia lihat Syahirah baring tenang di atas katil itu. Aiman mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan di kucup dahi isterinya lembut. Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya ujian ni.. “TAK!!!!!” jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis. Haji Amran menenangkan menantunya itu. “sabar Aiman…bawa mengucap.” “bukan Ira abi..bukan dia…” tangis Aiman. Haji Amran mengusap bahu Aiman. “dah di tentukan ajalnya..” sebak Haji Amran.


“tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu. Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah. Syahirah………. Air mata lelakinya deras mengalir. video cinta kita – click sini =) “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” kenapa harus begini…..


Aiman menutup buku agama yang di bacanya itu. Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya di gosok. Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke reality. Abah dan abinya puas meredhakan hatinya. Puas mereka menghantarnya berubat. Waktu itu, hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa sedihnya dia kehilangan orang yang di sayangi dalam sekelip mata. Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak pernah dia lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya. Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya. Aiman turun dari katil dan keluar dari biliknya. Kini, dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa mereka. “Aiman, nak pergi mana?” Dia senyum. “ma..” Aiman menghampiri mamanya dan di cium tangan wanita itu. “nak keluar.” “pergi mana malam-malam ni?” soal abahnya pula. Aiman bersalaman dengan abahnya pula. “hm, pergi masjid. Aiman pergi dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.”


Aiman meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk. Aiman melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat yang lain. Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula. “Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki separuh umur. Aiman memberhentikan bacaannya. “waalaikumsalam.” “anak musafir ke? Dah lewat malam ni.” Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah malam. “saya ingat nak tidur sinilah pak cik.” “oh, kalau begitu pak cik balik dulu lah ya.” Aiman mengangguk. Setelah hampir satu juzuk Aiman baca matanya sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman membaringkan badannya. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman menadah tangannya untuk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia. Air mata Aiman mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di lelapkan. Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang. Sayang. Aiman bangun. Dia menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap bertelekung. “sayang..” Aiman menggenggam tangan Syahirah. “jangan tinggal abang lagi.” Tangan itu di kucup. Syahirah hanya senyum dan menarik tangan Aiman agar mengikutinya. Lemah lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu. Cepat mereka bergegas ke masjid yang di katakan pemanggil itu. “tu lah Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal. Dia kata nak tidur masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin tiba.” Sebak Dato Rahimi mendengar. “terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang check nadi dia. Dia menemui Ilahi.” Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. Ya Allah, semoga roh anak kandung dan menantunya di bawah rahmat-MU. Al-Fatihah.


Assalammualaikum – alhamdulillah tamat juga. Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua benda kita boleh dapat. Apa yang kita rancang terkadang tak sama dengan apa yang kita akan dapat. Untuk kisah ini, bagi Aiman satu pengakhiran yang baik sebab dia sempat mendekati dirinya dengan ALLAH, dia juga dalam keadaan yang bersih. Bagi kita? wallahualam, hidup mati ini tak tentu bila tapi ingatlah. Ianya pasti. Permulaan hidup kita sangat indah di azan atau di iqamatkan. Ayat pertama yang kita dengar. Alangkah indahnya jikalau akhir hayat kita juga di akhiri dengan kalimah yang indah. Mari kita berusaha menjadi hamba yang baik. Ingat mati itu pasti syurga atau neraka yang menanti. wallahua'lam...

*copy paste not copyright ^_^