SlideShow

0

this is my story




www.this-is-my-story.com/v/185XRM1D003V
0

:::aku sungguh bernasib baik:::

halo..halo...halo..kopi ke milo...ayark!!!lama da xupdate blog...agak lama jg ler..bz la katakan semenjak dua tiga menjak nie..huhu..ok2..sbenarnya pendek je nk cter nie...aku rasa aku sgt bernasib baik..sebab apa??haa..yg tu akan kita ketahui nanti..heheheheh...

mengikut perancangan sebulan yang lepas aku ingin bercuti di tepi pantai seorang diri iaitu pada 14,15,16 march 2011..tup..tup..perancangan itu tidak menjadi dan terpaksa dibatalkan..tahu kan apa yang jadi pada jepun baru2 ini pada 13 march 2011..haa..KALAULAH aku pergi bercuti aku rasa aku xdapat jumpa ngn korunk2 semua lagi..huhu..sedih lak rasanya..hehe..ye a mana la taw kan kowt2 pantai yg aku nk pergi tu tiba2 kena tempias lak tsunami yg kt jepun tu..haih..kalau benda nk jadi so jadi lah kita bukan boleh ramalkan pown..lagi2 aku nk pergi sorang haih..memang alamatnya paham2 sajalah kan..huhuhu..aku sangat2 bersyukur pada ALLAH  SWT kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..pada blog yg lepas aku ada menyatakan..bacalah sendiri..bila hajat tidak kesampaian
haha..ok itu sahaja yg nk diceritakan..keadaan skrg xmacam dulu so agak terhad la xbley nk membebel panjang2 otak sudah jem sbb nk memikir benda lain lak..huhu...chiow.....
0

bila hajat tidak kesampaian

berada ditepi pantai dengan menikmati angin2 yg bertiup sepoi-sepoi bahasa..
desiran ombak yang memukau setiap telinga yang berhampiran dengan pantai...
burung-burung berkicauan seperti menyanyikan sebuah irama.......oh!!tersangatlah indah..
terasa nyaman dan tenang tanpa sebarang gangguan..gangguan daripada semua perkara..
bersendirian..menyepikan diri dari dunia buat sementara waktu..untuk mencari identiti diri sendiri yang telah lama hilang jauh dari sudut hati..seperti ingin menjadi orang yang baru bila pulang ke kota..menjadi seorang yang berkeyakinan untuk meneruskan hidup..
berkeyakinan untuk menangani segala masalah..
berkeyakinan untuk menghadapi setiap orang disekeliling..

sedang asyik melayani tiupan angin serta desiran ombak dan kicauan burung seumpama ianya sebuah lagu yang tersangatlah indah dan TIBA-TIBA.....

segala kenikmatan itu diselubungi dengan kegelapan yang tiada sebarang cahaya ibarat rumah2 yang ditepi pantai dilanda TSUNAMI menghancurkan segala yang berada di muka bumi..yang tinggal hanyalah serpihan-serpihan kayu dan daun2 yang berpisah dengan dahannya..segala kehidupan laut mati bersepah didaratan..

oh!!baru kutahu apa yang digambarkan hanyalah ANGAN-ANGAN kosong yang tidak mungkin akan menjadi kenyataan..
tidak mungkin akan menjadi kenyataan untuk pemuda itu..
pemuda itu diibaratkan MAT JENIN..selalu berangan sesuatu yang tidak mungkin akan menjadi
realiti...walaupun apa yang diharapkan ini sudah lama dirancang tapi ingatlah KITA MERANCANG TAPI TUHAN YANG TENTUKAN..
harapan untuk pergi bercuti musnah dalam sekelip mata mungkin kerna ada hikmah disebaliknya..
ya..itulah yang selalu diungkapkan oleh orang ramai..tapi apakan daya..kita hanya mampu merancang..
tidak boleh salahkan sesiapa kerana itu adalah takdir kita..

perasaan sayu..pilu...sedih..jelas terungkap dimuka pemuda itu dikala mengetahui perancangannya terpaksa dibatalkan..walau macam mana pun kita terpaksa mengharungi segala rintangan hidup..
fikirlah positif..mana la tahu kot2 kalau diikutkan perancangan ini berjalan seperti biasa ada sesuatu yang tidak diingini berlaku..tiada siapa yang tahu disebabkan pergi berseorangan..oleh itu pembatalan percutian ini dapat mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini ini daripada terus berlaku..
ya..betul itu..mungkin juga...kita patut berterima kasih kerna sekurang-kurangnya tiada apa yang akan terjadi..next time masih ada lagi..biarlah apa yang da berlaku terus berlaku..kita patut redha..

tetapi...huhu..kerunsingannya tetap terus menyelubungi mindanya...
ye.. memang aku terasa sangat2 sedih..
aku agak terkilan kerana terpaksa batalkan..untuk membuang segala masalahku untuk membuang perasaan aku..supaya menjadikan aku lebih tabah di masa yang akan datang untuk menghadapi segala masalah yang datang..ok fine..aku terima dengan redha..bukanlah salah sesiapa cuma ini semua takdir kerana aku tahu pastinya plan ini tidak akan menjadi sebab itu yang aku rasa pada awalnya dan aku tetap akan terus untuk memikirkannya..now da jadi macam nie xbley buat apa dah la..terpaksa la akur..huhu
ok itu saje luahan untuk kali ini..sudah cukup lega..