SlideShow

1

Tiba masanya.. Segala-galanya Aku Ceritakan (7)



Diwaktu kehilangan Rafael beberapa bulan dahulu...

Aku tahu apa perasaan burung didalam sangkar,
Bila matahari terang benderang di bukit sana,
Bila angin sepoi di dedaunan hijau,
Dan sungai deras jernih ibarat kaca,
Bila bersiulnya burung lain,
Dan kembang putik berbunga,
Dan wangiannya memukau ,
Aku tahu apa perasaaan burung di dalam sangkar.

Aku tahu kenapa burung di dalam sangkar kibarkan sayapnya,
Sehingga cedera, luka, berdarah pada besi,
Ia perlu pulang ke batang sangkar dan bergayut,
Kala lena, itu jua tempat jantungya berdenyut,
Perih dan parut lama pasti ia ingat,
Aku tahu kenapa burung di dalam sangkar kibarkan sayapnya.

Aku tahu kenapa burung dalam sangkar menyanyi,
Sayapnya luka dan punggungnya letih,
Bila bersiul maka bebaslah,
Bukan lagu gembira atau lagu untuk menari,
Tetapi doa dari jauh dalam lubuk hati,
Mohon kepadanya ia berterbang pulang,
Aku tahu kenapa burung dalam sangkar menyanyi.


Kelihatan seorang pemuda sedang berdiri di persisiran pantai dengan keadaaan yang aman dan damai mendengar desiran ombak pantai, burung-burung berkicauan , angin yang sepoi-sepoi bahasa. Sungguh indah ciptaan tuhan ini. Segala-galanya tersangatlah indah dan cukup sempurna.

Tidak jauh dari tempat dimana pemuda itu berada dia terlihat akan seorang gadis sedang duduk termenung di bawah pokok menghadap ke arah pantai dan pemuda itu perhati gadis itu seolah-olah sedang bersedih. Dimana jelas kelihatan air matanya mengalir di pipinya. Pemuda itu mula melangkah ke arah gadis itu tanpa memikir masa panjang.

" Assalamualaikum", sapa pemuda itu.

"Eh, waalaikumsalam, awak ni siapa ?", gadis itu balas dengan nada terkejut.

" Saya Rafael, saya berdiri di sana tadi dan memerhatikan awak keseorangan disini jadi kiranya tak salahkan kalau saya menemankan awak disini . Macam syok je duduk bawah pokok sambil memerhatikan pantai. Penat lah berdiri.Hehe ," gurau Rafael dan membuatkan gadis itu mula tersenyum.

" Oh, saya Puteri. Salam perkenalan. Tapi saya was-was la dengan orang yang saya tak kenal."

" Iya, itu memang betul at least awak tahu nama saya jadi awak dah kenal kan. Hahaha."

" Haha. baiklah."

"Maaf kalau saya bertanya , tadi saya nampak awak seperti menangis. Apa yamg awak sedihkan ?"

" Perlu ke saya bercerita pada awak ?"

" Perlu atau tidak terpulang lah tapi saya jamin saya tidak mampu selesaikan masalah tanpa mengetahui nya dan saya jamin saya akan jadi pendengar yang baik. Haa manala tau kalau-kalau saya boleh beri sedikit nasihat untuk muhasabah diri, kan".

" Baiklah, memandangkan saya pun tengok awak macam orang baik-baik aje jadi saya boleh lah share dengan awak. Macam ni sebenarnya. Saya tak tahu apa perlu saya buat dalam hidup ini. Seringkali masalah datang tak putus-putus. Lepas satu, satu yang datang. Apakah takdir ini sungguh kejam pada saya. Baru-baru ini , saya sepatutnya jadi tunangan orang tetapi kerana pihak lelaki buat masalah menyebabkan kami tak jadi bertunang dan boyfriend saya terus minta putus dan sebab itu lah saya minta cuti dan terus kesini untuk menenagkan fikiran saya. Awak rasa apa yang saya perlu buat ? Jahat sangat ke saya ini ? Setiap pilihan yang saya buat semua tidak menjadi. Saya sudah tak lalu lagi nak teruskan hidup. " Puteri menceritakan masalahnya kepada Rafael.

" Erm, sabar lah Puteri. Agak parah juga sebenarnya. Tapi apa yang saya nak kata kan ni semuanya bukanlah salah takdir. Takdir kita memang sudah tertulis dari awal lagi. Mungkin lelaki itu bukan jodoh awak. Semua perkara yang terjadi ada hikmahnya. Sepertimana saya jumpa awak sekarang ini. Tuhan sudah aturkan dengan canttik.Kalau awak tidak bercuti ke sini mana mungkin awak dapat jumpa saya bukan ? Dan saya ingin tanya pada awak. Bagi pendapat awak apa itu TAKDIR dan PILIHAN ?

Puteri mula tercengang akan kata-kata Rafael dan menjawab akan pertanyaan Rafael , " Takdir terjadi atas pilihan kita yang pilih.Betul tak ?

"Erm. Ikut pendapat masing-masing la ye. Kalau bagi saya , takdir itu memang sudah ditentukan. Pilihan hanyalah jalan untuk kita ke takdir. Seperti seorang kawan saya pernah beritahu TAKDIR umpama RUMAH. PILIHAN umpama JALAN. Kita nak ke satu rumah ini akan tetapi ada dua jalan yang berlainan. Nampak tak disitu ? Kita tidak tahu jalan mana yang dekat dan yang mana jauh akan tetapi kedua-dua jalan ini tetap menuju ke destinasi yang sama.. Tujuan kita adalah untuk ke rumah itu. Andai kata kita ikut jalan yang pertama. Terdapat bermacam-macam halangan seperti jambatan runtuh, pokok tumbang, jalan banjir, tiada kenderaan awam kita katakan ianya UJIAN & DUGAAN. Disitu kita perlu berjalan dan katakan ianya USAHA dan BERDOA kepada Allah SWT untuk memudahkan perjalanan dan oleh itu kita mampu menyeberang sungai , meredah hutan, membuat rakit dan bantuan seperti  kenderaan umpama bas atau lain-lain disediakan di jalan itu untuk tiba ke rumah itu. Dan seterusnya kita tiba ke destinasi. Apa yang saya ingin sampaikan disini setiap pilihan yang kita buat akan tetap menuju ke takdir kita cuma..CUMA MASA YANG MENENTUKAN CEPAT ATAU LAMBAT. Jika kita berusaha maka cepatlah. Jika kita leka maka lambatlah. Sama juga seperti jalan yang satu lagi itu dekat tapi kalau kita tidak berjalan masuk ke jalan itu sampai ke kita ke destinasi ? Tidak kan. Usaha itu penting tidak kira jalan mana kita ambil pastikan tabah dalam menghadapi segala  ujian dan dugaan. Allah SWT itu ada jangan sesekali kita sombong akan-Nya. KITA TIDAK MAMPU TERUSKAN HIDUP SELAGI KITA TIDAK BERGANTUNG PADA YANG TAK MATI", panjang penjelasan Rafael kepada Puteri dan Puteri khusyuk dan asyik mendengar.

" Terima kasih Rafael, sekarang baru saya sedar. Kalau awak tiada mesti saya dah bunuh diri agaknya. Terima kasih banyak-banyak nasihat awak sangat berguna dan akan saya ingatkan sampai bila-bila. Dan terima kasih kerana sudi menjadi pendengar yang baik. Hehe."

" Haha , tak mengapalah saya hanya buat apa yang perlu untuk kawan-kawan yang dalam kesusahan. Kalau ada apa-apa nanti nak berborak ke apa ke call me", Rafael tersenyum sambil menghulurkan sekeping bussiness card kepada Puteri dan terus berlalu pergi dari situ.

" Wow ! Thanks again..i will..," jerit Puteri.





"Rafael, Rafael", u ni kenapa. Cam lagi tak kat i nie. Nampak i terus je termenung jauh ", seorang gadis menegur Rafael dan menyebabkan Rafael tersentak dari lamunannya.

"Oh, mestilah kenal.Mana boleh tak kenal. Puteri kan. Lama tak jumpa buat apa sekarang".

"Masih seperti biasa. But i transfer ke sini taw. U pun ada dekat sini boleh lah jumpa u selalu lepas ni.  Lama betul u menghilang kan diri . Tak da call or text langsung.Menyepi macam itu aje. Perangai tak berubah dari dulu", balas Puteri.

"Owh, saje je jalan-jalan mengimbau kenangan disini. Hehe. Memang sama la tak ada yang berubah sekali pun".

" Yela u balik tak bagi tahu i ape-ape pun i tanya kat receptionist diorang kata u dah check out.

" Hehe sorry..i'm really sorry. jom la kita pergi lepak mana-mana dulu duduk sana berborak takkan nak berdiri aje".

" Ok , i follow u aje ".


Mereka berdua terus menuju ke tempat dimana ada kedai makan di kawasan itu.Siapa sangka Rafael boleh terserempak dengan Puteri di bumi Rafael. Bukan di tempat pertama kalinya mereka bertemu.Akan tetapi.. Siapakah Puteri ?
Apakah hubungan Rafael dengan Puteri selama beberapa bulan sebelum ini ?



Bunga tanjung bunga melati

Kembang tujuh dibulan terang
Tinggi gunung sama didaki 
Dikala jatuh mengapa seorang


Part 6                                                                                                 BERSAMBUNG..

1 comments:

Anonymous

APE KESUDAHAN CERITA NI, TOLONG LER... TGH SYOK DAN KHUSYUK BACA CERITA NI... PERKATAAN SAMBUNG TU DAH TAK DE LINK.TOOOOOLOOOONG SAMBUNGKAN...

Post a Comment