"Aku sedar kewujudan aku hanya akan membebankan
mereka dan menyusahkan mereka. Aku perlu kembali seperti keadaan
dahulu. Ada sebab mengapa sewaktu ketika dahulu aku sering menyendiri
dan berseorangan kerana aku tidak ingin menyusahkan orang di sekeliling
aku tapi sekarang ? Aku sudah bergaul dengan ramai orang dan aku
merasakan sesuatu. Aku seolah-olah sudah melibatkan orang di sekeliling
aku dalam kehidupan aku. Aku merasakan yang aku satu bebanan pada
mereka. Aku merasakan aku telah banyak menyusahkan mereka. Ini semua
tidak patut berterusan. Aku perlu mengundurkan diri secepat yang mungkin
supaya ianya tidak berlarutan dan cuba untuk mengelak akibat yang akan
datang. Aku bukanlah seorang kawan yang baik kerana aku tahu aku hanya
akan memberi masalah sahaja. Dengan adanya aku tidak memberikan apa-apa
keuntungan kepada sesiapa. Jadi mengapa aku perlu di sini bukan ? Aku
tidak patutnya berada disini di dalam situasi ini. Maafkan aku
kawan-kawan , aku bukan sengaja tetapi kerana aku sayang akan
kawan-kawanku jadi aku perlu memulakan langkah. Langkah untuk
menstabilkan semula keadaan ini. Aku berharap jika aku tiada ini kamu
semua anggap sahajalah yang aku tidak pernah wujud. Tidak pernah kenal
supaya keadaan menjadi seperti dahulu.Terlalu banyak yang aku telah
lalui dan aku tidak sanggup melibatkan orang lain lagi dalam masalah
aku.Asalkan kawan-kawan aku gembira, aku turut tumpang gembira walaupun
aku hanya melihat dari jauh. Itu lah apa yang aku ingin kan dalam hidup
ini untuk membuat kawan-kawan ku gembira akan tetapi aku tidak terdaya
malah aku hanya akan menjadi penghalang akan kegembiraan kawan-kawanku
yang lain. Maafkan aku. Dan aku sedar siapa aku dikalangan kawan-kawan
aku walaupun tiada siapa yang memberitahu akan aku ini membebankan orang
lain tapi aku tahu dan aku dapat rasakannya. Memang banyak pertolongan
yang kamu semua bagi pada ku tapi kalau nak dibandingkan dengan
pertolongan yang aku beri masih tidak mencukupi dengan apa yang kamu
semua beri. Aku rasa sangat bersalah kerana buat kamu semua macam ini.
Maafkan aku. Maafkan aku. Maafkan aku. Aku tak terniat untuk buat semua
ini cuma kerana masalah aku yang terlalu berat untuk aku fikirkan dan tidak siapa tahu , tiada siapa boleh membantu dan aku tidak ingin
melibatkan sesiapa pun dalam masalah aku ini oleh itu izinkan ku
melangkah pergi. Kamu semua berhak untuk mendapat kawan lain yang lebih
baik dari aku. Orang seperti aku ini memang tidak layak dianggap kawan
kerana hidup hanya memberi bebanan pada kawan sendiri. Sebelum itu
inginku ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana kamu semua sudah
banyak membantu aku selama perkenalan kita. Terima kasih. Jasa baik mu
mungkin tidak dapat ku balas tetapi akan ku kenangkan dan doakan untuk
kalian semua." Terima Kasih banyak-banyak.
KADANGKALA ORANG YANG MENYINTAIMU ADALAH ORANG YANG TAK PERNAH MENYATAKAN CINTANYA PADAMU..
KERANA ORANG ITU TAKUT KAU BERPALING DAN MENJAUHINYA..
DAN BILA DI SUATU MASA DIA HILANG DARI PANDANGANMU...
KAU AKAN MENYEDARI DIA ADALAH CINTA YANG TIDAK PERNAH KAU SEDARI..
" coretan dalam sebuah website atas nama Rafael dijumpai dan dibaca oleh semua rakan-rakan Rafael termasuklah Maya dan Aida setelah 2 bulan berlalu.
Mereka mendapat tahu dalam tempoh 2 bulan itu Rafael terlibat didalam kemalangan motosikal tetapi apakan daya sehingga kini mereka masih tidak dapat berjumpa dengan Rafael. Bagaimanakah keadaan dia ? Sihatkah ? Macam mana dengan kehidupannya ? Pelbagai persoalan yang bermain didalam pemikiran kawan-kawan Rafael.
*************
3 BULAN SELEPAS KEHILANGAN RAFAEL..
" SEKALI lagi aku melangkah dimana tempat aku membesar setelah 3 bulan aku tinggalkan tempat ini. Tiada apa yang berubah melainkan pembinaan stesen MRT yang masih lagi belum siap sepenuhnya dan nampaknya masih lagi didalam pembinaan peringkat awal. Teringin aku melihat kawan-kawan aku tetapi masih bolehkah mereka menerima ku setelah apa yang aku lakukan pada mereke ? Setidaknya elok lah aku membiarkan sahaja dulu dan tiba masanya nanti akan ku jumpa dengan mereka. " rintihan hati Rafael yang sedang menuju ke destinasinya dari KLIA.
"Raff , kenapa dengan kau ni. Sampai sini terus je kau termenung. Kau dengar tak apa yang aku ceritakan tadi ? Ke dah jumpa pilihan hati baru kat sana yang kau tak ceritakan pada aku lagi ? haha ", Andy, teman sekerja Rafael di suatu ketika dahulu mula menegur dan lamunan Rafael terhenti.
"Ah, tak ada la. Memandai je kau ni, Maaf lah tak berapa nak dengar la cerita kau. Kau cerita apa tadi ? Ok ok aku akan dengar dengan khusyuk nya kali ini,"balas si Rafael.
"Tak nak aku cerita pasal aku, aku nak dengar cerita pasal kau",Andy senyum sinis.
" Sejak dua menjak ini makin kerap aku diganggu visi bila celik juga bila mimpi aku nampak kau tapi bukan aku yang disisi dia membelaimu dengan izin dan permisi sentuhan katanya semuanya kau iakan sentuhan jarinya kau biar dan diamkan aku redha walau tak ku damba walau hampa semuanya sudah dijangka.Well, aku tak da la nak menaruh harapan lagi pada si Luna tu. As long dia happy aku pun happy juga la. Aku dapat tahu dia dah jumpa pengganti baru kan.Bagi aku bukannya apa kan, cuma macam ni la kita sebagai manusia kalau nak berkata-kata tu kenalah tepat,betul dan berisi. Bukan cakap kosong. Cakap semua orang boleh cakap sedangkan budak baru lahir pun dah boleh merengek.Kau faham tak maksud aku ?," tanya Rafael kepada Andy.
"Amboi rap,haha.Nanti jap, kau cerita pasal apa ni ? Luna dah ada pengganti ? Aik macam mana kau dari tempat jauh kau tahu pasal dia ni ha.. Kau stalker dia ye.. Hahaha... Kau memang pro-stalker.," gurau Andy.
"Hahaha..Bro, gua bukan stalker bro..Dengar ni baik-baik. " I DONT STALK BUT I INVESTIGATE. Ha.. Ada faham ? Hahahaha..Ini Rafael la..YOU CAN HIDE BUT YOU CAN'T RUN. YOU CAN LIE BUT I'LL ALWAYS FIND OUT. Bahaya tak aku ni ? lagak Rafael sambil menjeling ke Andy.
" Iya la Raff..Kau memang bahaya tapi aku tahu kau jenis yang setia dan pegang pada janji. Kau buat macam tu pun sebab kau masih sayangkan dia kan. Ha apa yang kau maksudkan cakap kosong tu ? Yang itu aku tak berapa nak faham", Andy mula bertanya.
"Macam ni ceritanya. Kau ingat lagi tak yang aku ceritakan pasal Luna ada kata hati dia pada seorang sahaja iaitu 'ex' dia. Sekarang kau tengok. Dengan siapa ? Bukan 'ex' dia. Orang baru. Itu yang aku maksudkan kita tak tahu apa akan jadi pada masa hadapan jadi mulut tu kenalah jaga sama juga ada orang tu kata setia tapi setia celah mana ? Selagi tak confirm tak jadi apa-apa jangan nak sedap mulut aje. Ni bukan aku tuju pada Luna tapi pada semua orang sekeliling lah yang banyak kat kawan-kawan aku yang lain. Aku pernah direct terus kat diorang kalau diorang cakap besar ke ape ke aku cakap terus I DON'T TRUST WORDS, I TRUST ACTION. Terdiam. Geli hati pula aku tengok. Cuba kita berjanji dengan diri sendiri dahulu tengok macam mana boleh tak kita tunaikan. baru aku akan diam. 2 tahun aku berjanji pada diri aku untuk tunggu dia dan takkan cari perempuan lain dalam tempoh tu alhamdullilah aku berjaya tepati janji aku 2 tahun. In syaa allah mungkin lepas ni aku berani berjanji dengan orang lain. Tapi tak nak lah aku nak ingat pasal benda ni buat hati kembali berdarah aje. Aku harap dia bahagia lah dengan pengganti baru dia dan aku doakan kebahagiaan dia. " panjang lebar celoteh Rafael pada Andy.
" Oh, betul la tu. Tapi siapa pengganti dia tu bagi tahu la aku boleh usha tengok kau dengan dia mana lagi hensem.Hahahaha. "sindir Andy.
"Kau ni . Biar lah rahsia. Hahaha. "
"Maya pula apa cerita ? Kau tak pergi jumpa dia ke ? Kau dah lah pergi macam tu je balik pun senyap je. Janji kau dah tepati boleh la ko adjust Maya tu. Hahaha..Tapi nasib baik kau ingat kat aku.Hahaha,"soal Andy lagi.
"Aku tak jumpa lagi pun. Ntah la tunggu aku bersedia nanti aku pergi lah jumpa dia.3 bulan je pun aku pergi.Kau ni suka-suka hati je la aku dengan dia tak ada apa-apa la. Eh, mana makanan kita ni tak sampai-sampai lagi. Ni yang nak buat marah ni. Hahaha."
"Sabar-sabar. Kau ni gelojoh la. Tu da sampai da tu.Pandai je tukar topik,"
Mereka pun terus menjamu selera dan terus bersembang. Terlihat wajah Rafael sedikit kesal dengan nasib yang terjadi pada dirinya. Kisahnya dengan Luna tersangat lah tragis. Ianya memang seperti drama bermusim yang memakan masa 2 tahun lebih,.Kini sudah masuk tahun baru dan Rafael sudah tidak mengharapkan apa-apa lagi kerana kalau benar dia jodohnya untuk Rafaael tidak akan kemana.Mungkin Luna lebih bahagia dengan pengganti barunya itu.
2 BULAN KEMUDIAN..Rafael menuju ke satu destinasi dimana mungkin akan mengimbau kenangan lamanya dan tanpa disangka-sangka mata bertentang mata dengan seseorang yang dia pernah kenali dahulu. Kedua-duanya terdiam, kaku seribu bahasa seperti terkejut umpama melihat hantu. Siapakah yang gerangan yang membuatkan Rafael terkejut sebegitu rupa ?
PART 5
0 comments:
Post a Comment