SlideShow

0

Tiba masanya.. Segala-galanya Aku Ceritakan (2)



 Rupa-rupanya Luna sedang online dan menghantar chat ke Rafael. Setelah sekian lama Luna menghilang dan kembali tetapi waktu itu hubungan Luna seperti tidak berapa baik dengan temannya. Rafael cuba menenangkan Luna dan cuba memintanya untuk melupakan perkara sedih.Mereka bersembang seperti biasa. Rancak bersembang.

Mereka berterusan bersembang di ruang Fb dalam tempoh yang agak lama akan tetapi tibanya masa Luna dan temannya kembali semula Rafael sekali lagi pasrah dan cuba mengundur diri. Apalah nasibnya di dunia yang fana ini. Mereka masih lagi meneruskan bersembang di chatting Fb tetapi tidaklah serancak sebelum ini.

2 tahun sudah berlalu tiada apa - apa yang mengembirakan Rafael sehinggakan dia berhenti kerja lamanya dan membuka syarikat sendiri untuk mengembangkan bisnesnya sendiri untuk menjadi seorang usahawan.
Pada masa yang sama pada awal bulan Rafael mendapat tahu yang Luna sudah berpindah ke Semenyih. Dekat dengan tempat tinggal Rafael.Tetapi walaupun dekat tidak kesampaian untuk berjumpa dengannya.Mereka jarang bersembang kerana Luna sedang berbahagia dengan temannya.Hanya sekali sekala sahaja mereka sempat bersembang.Hinggalah masing-masing menyepi untuk beberapa bulan.Dalam tempoh itu Rafael ada berkawan rapat dengan 2 orang gadis. Mereka kerap berjumpa. Setiap kali Rafael habis waktu bekerja Rafael akan ke tempat kerja salah seorang gadis itu iaitu Maya. Maya bekerja dekat dengan office Rafael dan seorang lagi Aida. Aida pula bekerja jauh dari tempat Rafael dan Maya tetapi mereka akan bertemu setelah masing-masing habis bekerja.Mereka sering keluar bersama untuk menghabiskan masa yang ada. Mereka akan keluar makan bersama dan bershopping bersama. Dengan mereka lah Rafael sering bercerita jika ada masalah dan saling menerima dan memberi nasihat antara satu sama lain. Mereka diibaratkan seperti adik beradik. Rafael dan Maya sebaya tetapi Aida tua 2 tahun daripada mereka.


Tibanya bulan Ramadhan Rafael, Maya dan Aida jarang keluar bersama kerana masing - masing ada komitmen sendiri pada bulan itu.Pada satu ketika Rafael keliru tentang sesuatu kerana dia sudah lama menyepi dan berseorangan. Jiwanya berkocak memikirkan tentang kerjayanya tanpa seorang pendorong. Dia teringin untuk menjadi seperti rakan-rakannya yang lain bila ada masalah kerja akan ada seorang disisinya untuk diceritakan dan diberi semangat.Malam itu Rafael tekad untuk membuat solat istikharah untuk meminta petunjuknya sama ada perlukah dia fokuskan kan pada kerjayanya waktu itu atau sudah tiba masanya mencari teman hidup.Kalau benar dia perlu mencari teman hidupnya siapakah gerangannya gadis itu ?


 Keesokan harinya, Luna chat kepada Rafael. Rafael terkejut dengan apa yang Luna minta kepadanya. "Rafael boleh bagi nombor telefon tak ?", "Eh,bukan da bagi ke sebelum nie",Rafael membalas."Ada ke, ex bf dah buang kot", kata Luna. "ok ni nombornya ***-*******.eh dah jadi ex ke ?",Rafael menanya."aah,ok tq",kata Luna.
Selang beberapa saat handphone Rafael berdering tanpa nama."ni nombor Luna ke ?", tanya Rafael."yup",Luna membalas. Riang nya Rafael tidak dapat digambarkan kerana hampir 2 tahun dia menanti akan tindak balas akhirnya dapat jua nombor Luna. Dia penuh pasti akan penantiannya yang tidak sia-sia.
Lalu Rafael terfikir yang dia ada buat solat istikharah pada malam semalamnya dan apakah memang benar Luna jodohnya ? Kerana sudah lama mereka tidak bersembang di ruang fb dan tiba-tiba Luna meminta nombornya. "Apakah ini petunjuk yang kau berikan pada ku ya Allah ?Aku teramat bersyukur padamu ya Allah kerana memberikan ku kesabaran dalam penantianku ini", Rafael berdoa tanda kesyukurannya pada-Nya.

Hanya sementara, walaupun dapat nombor telefon Luna, mereka tidaklah berbalas sms atau call sesama sendiri.Masih menggunakan ruang chat di fb. Tetapi Rafael tersangat bersyukur jika adanya nombor telefonnya kerana mungkin ini adalah berkat-Nya di bulan ramadhan.Dalam 2 tahun mereka tidak pernah berjumpa walaupun sudah semakin dekat tempat tinggalnya.Dalam beberapa hari selepas itu Rafael ada membuat satu video khas untuk Luna iaitu video luahan perasaannya tapi sayang kali ini juga tidak diendahkan Luna menjadi dingin terhadap Rafael.Puas Rafael pujuk supaya jangan membisu seperti itu lagi dan selang beberapa hari mereka kembali ok semula.Berat dugaan Rafael.Betapa kerasnya hati Luna untuk menerima Rafael.Rafael hanya mampu terus menanti dan terus mencuba.


Dalam bulan ramadhan Rafael sering ke bazaar yang berlainan jika dia berseorangan dan pada satu hari dia teringin untuk ke bazaar Bandar Teknologi tetapi  entah mengapa dia terlajak simpang dan berlalu terus untuk mencari tempat u-turn tetapi tidak kesampaian kerana terlalu sesak disitu. Rafael meneruskan perjalanannya lagi mana la tahu kalau-kalau ada tempat u-turn. Memang tidak kesampaian jalan terlalu sesak dan Rafael terfikir untuk ke Bazaar Pelangi Semenyih dimana Luna tinggal disitu dan mana la tahu kalau-kalau terserempak akan tetapi apabila sampai di pekan Semenyih malang tidak berbau tayar motornya bocor kerana terkena paku.Rafael menolak motornya dan nasib baik ada kedai motor di depan itu.Rafael berfikir positif dan memikirkan hikmah disebalik kejadian yang berlaku padanya itu. Mengapa terjadinya tayar motornya pancit mungkin kerana belum masa yang sesuai untuk dia ke Pelangi Semenyih jadi Rafael hanya pergi ke bazaar Semenyih Sentral. Hari itu berlalu dengan tenang.Hujan gerimis sewaktu Rafael ingin pulang.


Selang beberapa hari, Rafael terfikir untuk ke bazaar Pelangi Semenyih. Perjalanannya untuk kesana lancar dan tiada apa-apa yang menghalangnya.Setibanya di bazaar itu, Rafael cuba pusing satu bazaar dan tiba-tiba Rafael terkaku kerana terlihat seseorang yang agak pernah nampak. 2 tahun sudah berlalu Tuhan telah temukan mereka berdua di bulan yang mulia  mungkin pertemuan ini memang sudah tertulis di suratan. Akan tetapi mereka hanya bertentang mata tanpa berkata apa-apa.Lidah Rafael kaku dan berjalan kehadapan seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku,Ianya umpama mimpi dalam mimpi. Tetapi waktu itu Luna sangat lain. Tanpa sebarang make up mungkin wajahnya kelihatan letih dan gaya tudungnya yang bersahaja membuat Rafael terpegun. Gadis cantik, hot, seksi itu bukanlah gadis idaman Rafael yang pastinya cukup seperti Luna sudah mencukupi.Itulah yang orang kata Natural Beauty. "sekali terserempak dengan Luna aku terus kenyang,tak tahu nak beli juadah apa untuk berbuka.boleh batal puasa nie hahaha,"berkata seorang diri Rafael sambil tersenyum keseorangan.Rafael pun cuba untuk pusing lagi untuk mencari juadah dalam hati gembira pabila sampai ke hujung tiada apa yang dijumpa dia berpatah balik dan terserempak lagi sekali dari arah bertentangan hanya mampu tersenyum sahaja ketika itu dan disebabkan hati yang terlalu gembira Rafael singgah disatu gerai dan beli sahaja lalu terus pulang kerumah.hati nya yang gembira ketika itu tidak tergambar oleh sesiapa dan sesungguhnya dia bersyukur kepada yang Maha Esa kerana memberinya jalan itu dan memakbulkan doanya walaupun sudah terlalu lama doanya itu. Pada hari itu dia dapat jumpa dengan Luna dan tidak semena-menanya tempat kerja nya pun Rafael tahu dengan secara tidak sengaja.

Pada malam itu, Rafael telah dipelawa oleh dua rakannya untuk ke tesco semenyih kata mereka untuk berjumpa seorang kawan ingin cuci kereta jadi Rafael mengikuti mereka. Setibanya di Pelangi Semenyih Rafael dan rakan-rakannya bukan berhenti di tesco semenyih tetapi di rumah kawannya yang terletak tidak jauh disitu iaitu Taman Pelangi Semenyih. Sebaik sahaja turun dari kereta Rafael mencapai sekotak rokok Winston dari poketnya dan mengeluarkan sebatang lalu mencucuhnya dengan api.Rafael memerhatikan rakan-rakannya yang sedang sibuk dengan hal kereta dan Rafael tidak kisah itu semua dia hanya memerhatikan suasana disekeliling taman itu yang agak meriah menjelang Hari Raya Aidilfitri akan tiba 2 minggu lagi. Sewaktu Rafael melilau matanya di situ, matanya terhenti di hadapan rumah rakannya itu bertentangan diseberang jalan akan satu tembok yang tertulis VILA IMPIANA. Rafael termenung seketika memikirkan yang dia seperti pernah dengar nama itu dan "oh, Luna pernah memberitahu dia duduk di Vila Impiana",kata Rafael dalam hati. Tiada siapa sangka apa yang Rafael dapat dalam satu hari dan ianya secara tidak sengaja. Rafael hanya mampu memandang dari jauh dan selepas itu Rafael kembali ke rakannya dan berseloroh seketika . Berborak dan berborak Rafael terpandang ke hadapan dimana Vila Impiana terletak dan secara tidak sengaja waktu itu Luna pulang dan memasuki kawasan yang dijaga oleh security di situ. Rafael hanya mampu memandang dari jauh sambil tersenyum lebar dan bersyukur pada Tuhan. Segalanya sudah tertulis di suratan.Apa yang berlaku ada hikmahnya mengapa rakannya mengajak nya , rumah rakannya berhadapan dengan tempat tinggalnya.Rafael berada disitu bersama rakannya sehingga larut malam sehingga rakannya selesai cuci kereta.Seterusnya Rafael pulang ke rumah.

Rafael tidak dapat tidur lena malam itu kerana fikirannya melayang atas apa yang terjadi pada dirinya satu hari itu dan sedar tidak sedar sudah sampai ke pagi. Rafael tidak tidur seharian apakah dia terlalu gembira ?
Hanya Rafael sahaja yang mengetahuinya.

PART 1


0 comments:

Post a Comment