![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjNEpalyR_LtOkcLMTHT_l2Hlhw_CZc_FCnIdyKjPU_XB4L7nQirqIWnLdN2RGFSu-KwiSCY8vJ_RAZwGQSNwvY5hQJ-PPTFYIFkXyTKg1wMGWQp612TqIcfhn9zPZqbGjHzS4nYePckP5Q/s320/IMG_20121001_164517.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg65LH-2pJKHA5Qwt7xVPCj7aX7bYvbZDws8_-jJ3o7RX7xmJX1D3XzzZLUJpqkoS1pSVF3uxp_7BZI4E-Sym9547HYlNSIl88F0nlACwJZ3szELJliGKNS31mSKfClx0SmeeY1SVf2TS74/s320/IMG_20121005_151007.jpg)
Rafael menghantar sms ucapan pagi dan malam hanya bertahan selama 2 minggu sahaja kerana dia terlihat satu status di fb dari Luna yang mengatakan dia menyampah dan jangan paksa dia untuk menerima Rafael kerana hatinya pada seorang sahaja. Walaupun Luna tidak mention nama Rafael,tetapi Rafael tahu status tu ditujukan kepada siapa.Luna masih menantikan ex nya dan Rafael tetap akan terus menanti Luna.Mulai saat itu Rafael tiba-tiba menghilang.Menghilangkan diri dari dunia Fb.Sudah tidak memberi sms pada Luna.Hilang menyepi begitu sahaja.
Pada masa yang sama, Rafael dan Maya semakin lama semakin rapat. Rafael sering menemankan Maya sewaktu dia bekerja.Pagi , tengahari dan petang akan sentiasa bersama dengan Maya. Tetapi mereka tiada sebarang hubungan. Memang benar sebelum ini Rafael dan Maya pernah bekerja di bawah satu syarikat yang sama dan mereka pernah dikontroversikan oleh rakan-rakan sekerja mereka dahulu akan tetapi mereka hanyalah kawan sahaja dan itu lah yang Rafael paling takutkan. Takut akan munculnya perasaan itu. Kadang-kadang pabila Rafael bersama dngan Maya, Rafael seperti ingin melindungi Maya. Jika ada lelaki lain yang memandang pada Maya, Rafael akan rasa marah dan berkemungkinan Rafael cemburu. Rafael keliru dengan perasaannya jika kena pada masanya. Akan tetapi Rafael telah nekad untuk tidak akan ada perasaan itu dan Maya tahu akan status Rafael yang masih setia menanti.Maya pun tahu akan kisah Rafael dan Luna kerana Rafael ada juga bercerita tentang Luna kepadanya
Walaupun Rafael melayan Maya dengan layanan yang baik sering ambil berat tapi itulah sifat Rafael seorang yang peramah dan ambil berat dengan rakan-rakannya. Sedaya upaya Rafael akan setia menanti akan Luna dan terus menanti dan pada masa yang sama cuba untuk menghalang perasaannya dengan Maya itu muncul. .
Beberapa lama kemudian, Rafael ada cuba membuka Fb nya dan ternampak satu nota yang dibuat oleh Luna tetapi tidak pasti untuk siapa kah itu adakah untuk Rafael atau orang lain .Jika ianya untuk Rafael masih adakah ruang dan harapan untuknya dan tetapi jika ianya ditujukan pada orang lain maka redha dan pasrah itu yang Rafael perlu persiapkan.
Selang beberapa hari dia menyedari yang Luna sudah remove dan block Rafael dari akaun fb nya. Rafael redha dan pasrah hanya mampu tersenyum riang. Kerana Rafael ingin menyepi buat seketika untuk mempersiapkan diri supaya lebih bersedia lebih beriman dan sekembalinya nanti segala- galanya akan dia serahkan pada Allah S.W.T dan kalau dia jodoh Rafael , dia pasti akan turut menanti. Rafael mengambil masa untuk 3 bulan sahaja dan apabila berakhirnya tahun ini dia akan kembali bertemu Luna.
Maya dan Aida ada pernah berkata untuk melupakannya dan cuba mencari yang lain akan tetapi Rafael tetap akan pendiriannya dia hanya akan menunggu 3 bulan untuk mempersiapkan dirinya dan andai kata selepas itu masih tidak berubah apa - apa baru lah Rafael akan akur tentang keputusan Luna.
^***********************
Sekali lagi Rafael tersentak dari lamunannya kerana azan subuh kedengaran. "Ah, dah subuh rupanya.Aku ingat baru pukul 2 atau 3 pagi. X sangka aku terkenangkan semua ni sampai ke pagi.parah dah ni.Belum tidur lagi nie kejap lagi nak pergi keje lagi", kesal Rafael. Lalu Rafael bermandi dan mengerjakan solat subuh sebaik sahaja azan sudah berhenti.
Sebaik sahaja Rafael selesai bersolat dia duduk di tepi tempat tidurnya dan tertanya pada diri "kenapa aku mengenangkan kisah ini yang bermula dari 2 tahun lepas sehingga keadaan sekarang ni.Memang benar aku tidak boleh melupakannya dan aku akan tunggu dia.Aku berharap penantian ku ini tidaklah sia- sia tetapi sekiranya aku berhenti menanti bukan kerana aku sudah putus asa tetapi aku tidak mempunyai cukup masa.Apabila tiba masanya nanti kau carilah teman pengganti kerana orang yang kau akan temui mungkin adalah lebih baik dariku.Aku akan pergi,pergiku tak kan kembali kerana aku pergi menemui kekasih abadi. Akan ku doakan kebahagiaan mu nanti pabila ku disana nanti", kata Rafael dalam nada yang sedih.
************************
PART 3
0 comments:
Post a Comment