![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgvKJf8iBgUfohYlB9buKc1YyuGy1sjCSWKroDbMm046Lr7GKHfOCcKCsJQNJmJu3YI06ZfiI0nv7GPOwBMyBsuAt7TLcesPAE8shHk-SvL2TDmn5yPUqy50D5p6_QFY-a0y9f-pf-g5wzc/s320/hujan2.jpg)
"Eh, da lama sampai ke ? "soal Maya kepada Rafael. " Erm, tak ada la lama sangat sebelum hujan turun lag" balas Rafael. Tiba-tiba Rafael sedar, " mengapa aku perlu ,menanti pada orang yang tidak sedar akan kewujudan ku sedangkan di depan mataku ada dan sedar akan kewujudan aku selama ini. Tak mungkin, aku tidak layak untuk sesiapa . Aku tidak berhak dicintai dan mencintai. " keluhan Rafael.
Hujan masih lagi belum reda malah makin lebat turunnya dan Maya yang dari dalam pejabatnya cuba keluar untuk melihat hujan sudah berhenti atau belum dan sebaik sahaja Maya membuka pintu luar Maya terasa hairan dan tertanya-tanya pada dirinya sendiri, "aik, mana pulak si Rafael ni. Tadi ada sekarang hilang pula. Hujan bukan main lebatnya, mana pula dia pergi ni." Lama Maya berada diluar itu akan tetapi tidak terlihat akan kelibat Rafael disitu dan Maya masuk semula ke pejabatnya dan menyangka Rafael akan kembali nanti.
Beberapa jam sudah berlalu dan Rafael masih belum kembali lagi Maya cuba menjenguk keluar tetapi tidak kelihatan Rafael di situ justeru itu Maya mencapai telefonnya dan cuba untuk menghubungi Rafael. " The number you have dial is not in coverage, please try again later", operator berkata. Rafael tidak dapat dihubungi mungkin kerana telefonnya sudah dimatikan. Hujan masih lagi belum reda ketika itu. Maya sudah habis kerja dan menunggu diluar. Beberapa minit kemudian Aida muncul dan duduk bersama dengan Maya. Rafael masih lagi tidak kelihatan. Maya dan Aida mula tertanya-tanya. Pada malam itu , Aida dan Maya keluar makan tanpa Rafael.
Keesokan harinya, pada kebiasaan Rafael akan singgah ke tempat kerja tetapi tidak untuk hari itu. Kelibat Rafael tidak kelihatan. Berlalu sahaja hari itu, Maya dan Aida keluar tanpa Rafael dan hari-hari seterusnya. Rafael hilang menyepi. Seminggu sudah berlalu. Maya dan Aida tidak berjumpa dengan Rafael. Mereka berdua mula memikirkan kemana perginya Rafael. Dengan tiba-tiba sahaja Rafael hilang begitu sahaja dihubungi tidak juga dapat.Mereka mula merasakan sesuatu yang agak aneh.
Sebulan sudah pun berlalu, masih lagi tiada khabar berita tentang Rafael. Mahupun di facebook, twitter langsung tiada khabar berita tentangnya. Akan tetapi ....................
PART 4
0 comments:
Post a Comment