SlideShow

0

Mencari Ketenangan

~~Luahan Hidup~~



Andai kata kalau sesuatu berlaku pada aku yang melibatkan nyawa aku sedia merelakan..
kerna apa..kerna aku sudah tiada arah tuju hidup.destinasi hidup ku sudah berakhir.tiada matlamat tiada impian segalanya sudah punah.hancur berkecai.fikiran ku berserabut.aku perlukan masa.
aku sudah tidak pedulikan apa-apa lagi.aku tidak mempunyai sesiapa sekarang ini.
destinasi ku sudah berakhir.segalanya sudah berakhir.kalau dulu aku hidup kerana sesuatu
tetapi sekarang..aku tidak mempunyai apa-apa misi dan tujuan untuk meneruskan hidup ini.
aku hidup untuk apa sekarang?siapa aku pada mereka?

Buat masa sekarang ini apa yang aku perlukan adalah aku perlu berehat.
aku memerlukan masa untuk menenangkan fikiran serta cuba untuk memulihkan diri ku.
alangkah indahnya kalau aku berada ditepi pantai mendengar desiran ombak..angin berlalu dengan sepoi-sepoi bahasa,burung-burung berkicauan.alangkah terasa nyamannya hidup..

Kini aku telah merancang untuk pergi bercuti seorang diri.Baik untuk diri aku sendiri dan orang sekeliling...Aku ingin menghilangkan diri sementara waktu.mana la taw kowt2 semasa aku bercuti nanti aku dapat matlamat hidup yang baru,
sekurang-kurangnya hidup aku lebih bermakna.dan aku akan pastikan masa itu aku tidak diganggu.harap maaf pada semua sekiranya aku tidak menghubungi kamu semua.tolong berikan aku masa.aku ingin keluar dari kajang.dari selangor.kalau boleh nak keluar dari malaysia tapi memandangkan modal tidak mencukupi..

Perancangan aku hanyalah ingin ke Cherating,Pulau Tioman atau ke Sabah..
Tapi aku masih belum membuat keputusan untuk ke mana.
Dan kalau boleh biarlah aku sahaja yang tahu kemana akan aku pergi nanti.
Sungguh tidak sabar untuk menanti hari tersebut.Insyallah kalau tiada aral melintang.MAC 2011..tarikh masih belum pasti lagi..

Ketenteraman..
Ketenangan..
Keindahan...
 Selagi aku tidak pergi bercuti selagi itulah jiwa aku tidak tenteram...
 Fikiran aku tidak tenang..Apa yang aku inginkan adalah menikmati keindahan alam..

Mungkin aku akan jadi Traveller Writer...HAHAHA..
                        
          BERCUTI SEORANG DIRI DI TEPI PANTAI ALANGKAH BAHAGIANYA HIDUP..

0 comments:

Post a Comment