SlideShow

0

This is the End?

Apa yang aku perlu buat sekarang ini?otakku terlalu serabut bila memikirkannya.akusudah tiada kekuatan..tidak tabah.aku lemah.lemah selemah-lemahnya.aku tidak terdaya dan tidak mampu.bukan ingin menyerah kalah atau berputus asa tapi untuk mengelakkan perkara yang lagi teruk berlaku.kerjayaku sudah pun musnah.Tiga bulan berturut-turut.memang tidak masuk akal tapi itulah realitinya.ye aku mampu membuat kerja.semua orang kata kerja-kerja ku tiada masalah.tapi ini bukan soal kerja-kerja harian tetapi ini melibatkan tentang MANAGEMENT.ye aku memang boleh buat kerja tapi tidak dalam hal management planning.urgh!!!aku serabut dan semak.


walaupun bukan aku yang buat salah tapi aku tetap bersalah kerana ianya adalah tanggungjawab aku.dan aku bertanggungjawab untuk mengembalikannya kepada sediakala dengan hanya satu cara penyelesaian iaitu berhenti.cukup sekadar aku berhenti dan itulah tnggungjawab terakhir yang aku dapat lakukan.itulah apa yang aku patut tanggungkan.tapi..kenapa mereka tidak mahu terima?sedangkan kalau aku tiada dan diganti dengan orang lain masalah akan selesai bukan.keadaan kembali seperti sediakala.dan company juga tidak akan rugi.kenapa mesti menanggung orang yang selalu merugikan company?tolonglah lepaskan aku.dengan ini notis akan ku buat dengan serta merta dan akan diberi juga dengan serta merta.cukuplah perkhidmatanku ini yang hampir 4 tahun.aku sudah penat dan tidak telarat menghadapi masalah yang sama setiap  bulan.ake berhenti bukan kerana give up atau lari dari masalah tapi kerana sifat tanggungjawab..
rasa mcm nk jadi mcm dulu dah nie..rasa mcm kalau dah xda xpyh nk byk2 fikir dah..hahaha.erm..tapi kan.. setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya dan mengapa perkara ini berlaku selama tiga bulan berturut-turut??anda tahu?dan aku sudah tahu..
ingat tentang takdir?jangan salahkan takdir.
ini kerana takdir ku bukanlah untuk berada disini untuk selama-lamanya oleh itu dengan terjadinya perkara seperti ini adalah memberi petanda untuk aku bertukar angin.untuk mencari destinasi hidup yang sebenar.itulah yang berlegar dikepala ku.dan aku terbaca dari satu blog mengisahkn tentang ini..tentang apa?ini-->>
Kekadang kita terlalu takut jika Allah Taala tidak menyayangi kita, bila mana kita tidak ditimpakan ujian walau sebutir zarah pada hari-hari yang kita hadapi.
Ujian ini, bukan untuk menakutkan diri, tapi mencari hikmah yang tersembunyi.
Berterima kasihlah kepada Allah Taala kerana masih ditarbiah hati ini.
link untuk blog ini click here
 Jadi apa yang anda fahami tentang maksud itu?petanda telah diberikan oleh itu gunakanlah akal fikiran yang telah diberi oleh-Nya.perjalanan kita masih jauh.kehidupan sebenar masih belum bermula..jadi tiada istilah berakhir..masakan perkara sudah berakhir jika ianya belum bermula..jika anda fikir saya salah tolong beritahu dan tolong beri tunjuk ajar..sekian..wassalam.

0 comments:

Post a Comment