Rupa-rupanya Luna sedang online dan
menghantar chat ke Rafael. Setelah sekian lama Luna menghilang dan
kembali tetapi waktu itu hubungan Luna seperti tidak berapa baik dengan
temannya. Rafael cuba menenangkan Luna dan cuba memintanya untuk
melupakan perkara sedih.Mereka bersembang seperti biasa. Rancak
bersembang.
Mereka berterusan bersembang di ruang Fb
dalam tempoh yang agak lama akan tetapi tibanya masa Luna dan temannya
kembali semula Rafael sekali lagi pasrah dan cuba mengundur diri. Apalah
nasibnya di dunia yang fana ini. Mereka masih lagi meneruskan
bersembang di chatting Fb tetapi tidaklah serancak sebelum ini.
2
tahun sudah berlalu tiada apa - apa yang mengembirakan Rafael
sehinggakan dia berhenti kerja lamanya dan membuka syarikat sendiri
untuk mengembangkan bisnesnya sendiri untuk menjadi seorang usahawan.
Pada
masa yang sama pada awal bulan Rafael mendapat tahu yang Luna sudah
berpindah ke Semenyih. Dekat dengan tempat tinggal Rafael.Tetapi
walaupun dekat tidak kesampaian untuk berjumpa dengannya.Mereka jarang
bersembang kerana Luna sedang berbahagia dengan temannya.Hanya sekali
sekala sahaja mereka sempat bersembang.Hinggalah masing-masing menyepi
untuk beberapa bulan.Dalam tempoh itu Rafael ada berkawan rapat dengan 2
orang gadis. Mereka kerap berjumpa. Setiap kali Rafael habis waktu
bekerja Rafael akan ke tempat kerja salah seorang gadis itu iaitu Maya. Maya bekerja dekat dengan office Rafael dan seorang lagi Aida.
Aida pula bekerja jauh dari tempat Rafael dan Maya tetapi mereka akan
bertemu setelah masing-masing habis bekerja.Mereka sering keluar
bersama untuk menghabiskan masa yang ada. Mereka akan keluar makan
bersama dan bershopping bersama. Dengan mereka lah Rafael sering
bercerita jika ada masalah dan saling menerima dan memberi nasihat
antara satu sama lain. Mereka diibaratkan seperti adik beradik. Rafael
dan Maya sebaya tetapi Aida tua 2 tahun daripada mereka.
Tibanya
bulan Ramadhan Rafael, Maya dan Aida jarang keluar bersama kerana
masing - masing ada komitmen sendiri pada bulan itu.Pada satu ketika
Rafael keliru tentang sesuatu kerana dia sudah lama menyepi dan
berseorangan. Jiwanya berkocak memikirkan tentang kerjayanya tanpa
seorang pendorong. Dia teringin untuk menjadi seperti rakan-rakannya
yang lain bila ada masalah kerja akan ada seorang disisinya untuk
diceritakan dan diberi semangat.Malam itu Rafael tekad untuk membuat
solat istikharah untuk meminta petunjuknya sama ada perlukah dia
fokuskan kan pada kerjayanya waktu itu atau sudah tiba masanya mencari
teman hidup.Kalau benar dia perlu mencari teman hidupnya siapakah
gerangannya gadis itu ?
Keesokan harinya,
Luna chat kepada Rafael. Rafael terkejut dengan apa yang Luna minta
kepadanya. "Rafael boleh bagi nombor telefon tak ?", "Eh,bukan da bagi
ke sebelum nie",Rafael membalas."Ada ke, ex bf dah buang kot", kata
Luna. "ok ni nombornya ***-*******.eh dah jadi ex ke ?",Rafael
menanya."aah,ok tq",kata Luna.
Selang beberapa saat handphone
Rafael berdering tanpa nama."ni nombor Luna ke ?", tanya
Rafael."yup",Luna membalas. Riang nya Rafael tidak dapat digambarkan
kerana hampir 2 tahun dia menanti akan tindak balas akhirnya dapat jua
nombor Luna. Dia penuh pasti akan penantiannya yang tidak sia-sia.
Lalu
Rafael terfikir yang dia ada buat solat istikharah pada malam
semalamnya dan apakah memang benar Luna jodohnya ? Kerana sudah lama
mereka tidak bersembang di ruang fb dan tiba-tiba Luna meminta
nombornya. "Apakah ini petunjuk yang kau berikan pada ku ya Allah ?Aku
teramat bersyukur padamu ya Allah kerana memberikan ku kesabaran dalam
penantianku ini", Rafael berdoa tanda kesyukurannya pada-Nya.
Hanya
sementara, walaupun dapat nombor telefon Luna, mereka tidaklah berbalas
sms atau call sesama sendiri.Masih menggunakan ruang chat di fb. Tetapi
Rafael tersangat bersyukur jika adanya nombor telefonnya kerana mungkin
ini adalah berkat-Nya di bulan ramadhan.Dalam 2 tahun mereka tidak
pernah berjumpa walaupun sudah semakin dekat tempat tinggalnya.Dalam
beberapa hari selepas itu Rafael ada membuat satu video khas untuk Luna
iaitu video luahan perasaannya tapi sayang kali ini juga tidak
diendahkan Luna menjadi dingin terhadap Rafael.Puas Rafael pujuk supaya
jangan membisu seperti itu lagi dan selang beberapa hari mereka kembali
ok semula.Berat dugaan Rafael.Betapa kerasnya hati Luna untuk menerima
Rafael.Rafael hanya mampu terus menanti dan terus mencuba.
Dalam
bulan ramadhan Rafael sering ke bazaar yang berlainan jika dia
berseorangan dan pada satu hari dia teringin untuk ke bazaar Bandar
Teknologi tetapi entah mengapa dia terlajak simpang dan berlalu terus
untuk mencari tempat u-turn tetapi tidak kesampaian kerana terlalu sesak
disitu. Rafael meneruskan perjalanannya lagi mana la tahu kalau-kalau
ada tempat u-turn. Memang tidak kesampaian jalan terlalu sesak dan
Rafael terfikir untuk ke Bazaar Pelangi Semenyih dimana Luna tinggal
disitu dan mana la tahu kalau-kalau terserempak akan tetapi apabila
sampai di pekan Semenyih malang tidak berbau tayar motornya bocor kerana
terkena paku.Rafael menolak motornya dan nasib baik ada kedai motor di
depan itu.Rafael berfikir positif dan memikirkan hikmah disebalik
kejadian yang berlaku padanya itu. Mengapa terjadinya tayar motornya
pancit mungkin kerana belum masa yang sesuai untuk dia ke Pelangi
Semenyih jadi Rafael hanya pergi ke bazaar Semenyih Sentral. Hari itu
berlalu dengan tenang.Hujan gerimis sewaktu Rafael ingin pulang.
Selang
beberapa hari, Rafael terfikir untuk ke bazaar Pelangi Semenyih.
Perjalanannya untuk kesana lancar dan tiada apa-apa yang
menghalangnya.Setibanya di bazaar itu, Rafael cuba pusing satu bazaar
dan tiba-tiba Rafael terkaku kerana terlihat seseorang yang agak pernah
nampak. 2 tahun sudah berlalu Tuhan telah temukan mereka berdua di bulan
yang mulia mungkin pertemuan ini memang sudah tertulis di suratan.
Akan tetapi mereka hanya bertentang mata tanpa berkata apa-apa.Lidah
Rafael kaku dan berjalan kehadapan seolah-olah tiada apa-apa yang
berlaku,Ianya umpama mimpi dalam mimpi. Tetapi waktu itu Luna sangat
lain. Tanpa sebarang make up mungkin wajahnya kelihatan letih dan gaya
tudungnya yang bersahaja membuat Rafael terpegun. Gadis cantik, hot,
seksi itu bukanlah gadis idaman Rafael yang pastinya cukup seperti Luna
sudah mencukupi.Itulah yang orang kata Natural Beauty. "sekali
terserempak dengan Luna aku terus kenyang,tak tahu nak beli juadah apa
untuk berbuka.boleh batal puasa nie hahaha,"berkata seorang diri Rafael
sambil tersenyum keseorangan.Rafael pun cuba untuk pusing lagi untuk
mencari juadah dalam hati gembira pabila sampai ke hujung tiada apa yang
dijumpa dia berpatah balik dan terserempak lagi sekali dari arah
bertentangan hanya mampu tersenyum sahaja ketika itu dan disebabkan hati
yang terlalu gembira Rafael singgah disatu gerai dan beli sahaja lalu
terus pulang kerumah.hati nya yang gembira ketika itu tidak tergambar
oleh sesiapa dan sesungguhnya dia bersyukur kepada yang Maha Esa kerana
memberinya jalan itu dan memakbulkan doanya walaupun sudah terlalu lama
doanya itu. Pada hari itu dia dapat jumpa dengan Luna dan tidak
semena-menanya tempat kerja nya pun Rafael tahu dengan secara tidak
sengaja.
Pada malam itu, Rafael telah dipelawa oleh dua
rakannya untuk ke tesco semenyih kata mereka untuk berjumpa seorang
kawan ingin cuci kereta jadi Rafael mengikuti mereka. Setibanya di
Pelangi Semenyih Rafael dan rakan-rakannya bukan berhenti di tesco
semenyih tetapi di rumah kawannya yang terletak tidak jauh disitu iaitu
Taman Pelangi Semenyih. Sebaik sahaja turun dari kereta Rafael mencapai
sekotak rokok Winston dari poketnya dan mengeluarkan sebatang lalu
mencucuhnya dengan api.Rafael memerhatikan rakan-rakannya yang sedang
sibuk dengan hal kereta dan Rafael tidak kisah itu semua dia hanya
memerhatikan suasana disekeliling taman itu yang agak meriah menjelang
Hari Raya Aidilfitri akan tiba 2 minggu lagi. Sewaktu Rafael melilau
matanya di situ, matanya terhenti di hadapan rumah rakannya itu
bertentangan diseberang jalan akan satu tembok yang tertulis VILA
IMPIANA. Rafael termenung seketika memikirkan yang dia seperti pernah
dengar nama itu dan "oh, Luna pernah memberitahu dia duduk di Vila
Impiana",kata Rafael dalam hati. Tiada siapa sangka apa yang Rafael
dapat dalam satu hari dan ianya secara tidak sengaja. Rafael hanya mampu
memandang dari jauh dan selepas itu Rafael kembali ke rakannya dan
berseloroh seketika . Berborak dan berborak Rafael terpandang ke hadapan
dimana Vila Impiana terletak dan secara tidak sengaja waktu itu Luna
pulang dan memasuki kawasan yang dijaga oleh security di situ. Rafael
hanya mampu memandang dari jauh sambil tersenyum lebar dan bersyukur
pada Tuhan. Segalanya sudah tertulis di suratan.Apa yang berlaku ada
hikmahnya mengapa rakannya mengajak nya , rumah rakannya berhadapan
dengan tempat tinggalnya.Rafael berada disitu bersama rakannya sehingga
larut malam sehingga rakannya selesai cuci kereta.Seterusnya Rafael
pulang ke rumah.
Rafael tidak dapat tidur lena malam
itu kerana fikirannya melayang atas apa yang terjadi pada dirinya satu
hari itu dan sedar tidak sedar sudah sampai ke pagi. Rafael tidak tidur
seharian apakah dia terlalu gembira ?
Hanya Rafael sahaja yang mengetahuinya.
PART 1