SlideShow

0

DiSeBaLiK taKdiR,jgn salahkan TAKDIR

ehem..ehem..(intro)
uhuk..uhuk..uhuk..ubat batuk ada??(kata seorang budak kpd staff 7eleven)

assalamualaikum..
hello..ari nie nk cter ckit je..psl sesuatu yg aku kagum..haha..sblom tu yg kt ats nie abaikan xda kaitan..haha
mulanye cm nie..aku tertarik dgn satu blog..kate2 nye sangat mbakar aku..hahaha
mbakar bukan bermakna aku terbakar lalu mjadi hangus tp telah mbuatkan aku sedar akan sesuatu
yang selama nie aku xsedar..di mana aku mgetahui sedikit kebenaran yg sebenar-benarnya tiada yg tidak benar melainkan yang benar sahaja...
macam nie la aku copy paste skit petikan yang aku baca td..

"kita kena yakin bahawa soal jodoh pertemuan, rezeki, ajal maut - itu semua kerja Allah yang disembunyikan dari kita. Allah yg menentukan semuanya. Dan saya percaya juga Allah punya sebab untuk menyembunyikannya dari kita.

Anda tahu bila nak dapat rezeki? Bila nak bertemu jodoh? Bila nak mati? Rasa2nya takde yg tahu. Kalau agak2 tahu pun, masih belum pasti. Betul?

Dan kenapa Allah sembunyikan, pada kita, adalah kerana Allah nak kita gunakan akal yg diberi, kudrat yang diberi, ruang yg diberi, dan apa saja yg Allah pinjamkan pada kita itu, kita gunakan untuk berusaha. Bukan berusaha melawan takdir, tapi berusaha untuk mendapatkan yang terbaik. Samada Allah beri atau tidak beri, itu soal lain. Jika Allah beri, ataupu tidak beri, selepas kita berusaha sebaiknya, maka itulah takdir Allah pada kita.
Saya bagi contoh, orang kata "ada jodoh, ada lah tu." Betul, tapi kalau tak berusaha, agak2 ada tak jodohnya. Ada, jika itulah yg Allah kata, tapi logiknya, anda kena berusaha, kan? Berusaha mencari jodoh anda. Andai kata anda berusaha, dan anda jumpa bakal jodoh anda, tapi sehari sebelum akad nikah, dia Allah panggil menghadapNya, maka itulah takdir anda, iaitu bukan jodoh anda dengan dia. Dalam keadaan itu, kita pahamlah bahawa penentu segalanya adalah Allah SWT.

Tapi kalau kita tak berusaha. Kita suka seseorang, kita cuma diam. Kita tak berusaha nak "mendapatkan" dia. Kita cuma berdoa moga Allah jodohkan dengan dia. Dan bila satu hari kita dengar dia dah berkahwin, kita kata, "dah takde jodoh kita dengan dia.". Maka kita pun frust, walaupun masih menerima takdir Allah. Terima ya, tapi wajarkah frust. Allah beri kita pilihan. Dan kita memilih untuk tidak berbuat apa2. Andai mungkin anda berusaha, si dia mungkin jodoh anda.

Sama juga kalau bercerai, "sudah takde jodoh kami, nak buat macamana". Seringkali dengar orang cakap macam itu kan? Tak salah apa dikata, cumanya pada saya, bukankah Allah bagi pilihan untuk kita pilih.

Imagine anda jumpa sms cinta dari bekas pakwe isteri anda, apa nak buat? Ada orang tanpa usul periksa, ceraikan isteri tang2 tu juga. Dan bila dah bercerai, "Nak buat lagu mana, dah bukan jodoh." Yg sebenarnya, kita memilih untuk jadi macam itu. Andai kata kita berusaha untuk berbincang dan bertanya dengan isteri, mungkin takdir hidup kita bukan bercerai dengan isteri. Mungkin. Allah saja yg tahu.

Point saya sebenarnya ialah, jangan disalahgunakan konsep "sudah takdir Allah". Melainkan kita telah memilih untuk berusaha yg sebaiknya, sekiranya Allah kata itu bukan utk kita, maka disitulah baru kena konsep, "segalanya adalah ketentuan Allah". Jangan sesenangnya nak gunakan takdir Allah bilamana kita tidak berusaha dengan sebaiknya.''

erm..jadi macammana??adakah hati anda semua sudah terbuka..??minda sudah diterangkan..
sama2 lah kita semua merenungkannya..
InsAN yAnG cEmErLaNg dAtAnGnYa DaRi AkAl,jIwA yAnG bErSiH HatI yAnG tEnaNg
 akhir kata kita jumpa lagi..~wassalam~

0 comments:

Post a Comment